"Tak boleh" Taehyung menggelengkan kepalanya berulang kali. Kedua-dua mereka merengus kasar.
Sudah banyak kali dia menutup matanya dan keluhan keluar dari mulut setiap kali dia membuka mata. Akhirnya, dia mengalah.
"Dah tu, kalau awak tak dapat jumpa Haru, kita nak buat apa sekarang?" Sara mengurut kepala.
"Kita pergi tempat tu?" soal Taehyung.
Satu tamparan kuat di belakang Taehyung dihadapankan daripada Sara. Sara mencebik. Memang tak ada idea lain yang mampu diaorang fikirkan setakat ni?
"Apa salahnya kita berterus terang? Kita tak dapat nak buka pun kotak tu?" Taehyung cuba mencapai belakangnya dengan tangan kerana mahu menghilangkan sakit namun tangannya tidak sampai.
"Awak dah gila ek? Ke dah hilang akal?" Sara menunjal bahu lelaki itu.
Baru sahaja sebentar tadi mereka berbual perihal kekejaman Haru dan amaran-amaran Jungkook. Takkanlah pergi ke sana ialah satu-satunya cara?
"Mulut tu jaga sikit. Saya terasa tau" Taehyung memeluk tubuh.
Sara memandang lelaki itu kerana tidak percaya dengan apa sahaja yang baru didengar olehnya.
"Dah kenapa gedik sangat?" Sara mengangkat kening.
"Saja, nak lift up the atmosphere supaya kita takdelah panik sangat walaupun saya rasa kita dah cukup panik" Taehyung mengangkat bahu.
"Jadi, memang tak ada cara lain untuk kita buka Pandora selain daripada pergi ke sana?" Sara mengeluh.
"Masalahnya sekarang, antidot untuk Namjoon ada dalam kotak tu, dan Jungkook memang nak bunuh si Namjoon tu. Jadi kalau kita bawa kotak tu ke sana, tak ke Jungkook akan musnahkan dulu kotak tu?" Sara menyatakan logik.
Taehyung mengelipkan mata beberapa kali selaju yang boleh tanda berpura-pura terkejut dengan kebenaran yang Sara nyatakan.
Taehyung bersandar dan tidak berkata. Otaknya ligat berfikir tentang apa yang perlu dia lakukan.
Pergi ke sana dan menyerah diri?
Memang tak mungkin dia nak masuk ke kubur sendiri.
Cuba selesaikan kata laluan itu sendiri?
Kalau password tu salah? Memang mampus Namjoon tu nanti.
Taehyung mengurut dagu. Dia memandang Sara. Otaknya tidak dinafikan sangat jammed. Lagipun, dia sudah ke tempat tu malam semalam. Walaupun hanya dalam bentuk mimpi. Dia bukannya yakin sangat dengan kebenaran mimpi tu. Tapi selepas apa yang Sara dah terangkan tadi membuatkan dia tak layak untuk teragak-agak.
"Kita mesti ke sana. Itu muktamad" Taehyung memberikan kata putus.
Sara memandang wajah lelaki itu kerana tidak percaya. Sepasang matanya terbuntang luas kerana terkejut.
"Sekarang ni, siapa yang ada hak nak bagi arahan?" Sara bengang.
"Kita tak ada pilihan lain. Kalau awak tak nak ikut, saya boleh pergi sendiri. Tapi awak kena ingat, walau apa cara sekalipun yang kita fikirkan, diaorang akan satu langkah lebih advance berbanding kita. Kita hanya perlu tunggu masa untuk mereka tangkap kita dan pancung kita. Kalau bukan kat sini, kat mana-mana tempat pun" Taehyung berdiri.
Walaupun mukanya seperti tiada perasaan semasa memberitahu apa yang dia fikirkan, suaranya tetap menggeletar kerana takut dengan pelbagai kemungkinan.
"Kalau awak tak setuju sangat, kita minta bantuan polis" Taehyung memeluk tubuh.
"Awak lupa ke threat yang Jungkook dah beri? Dia akan bunuh semua orang yang tolong kita. Tak kisah dia polis atau tidak. Dia dah imun dengan kesakitan. Pisau belati tajam yang mampu untuk melapah daging dia pun dia tak takut, apatah lagi peluru pistol yang berkaliber tinggi" Sara segera menggeleng.
"Saya tak nak kita sia-siakan nyawa orang lain lagi" Sara menunduk. "Sebab saya dah banyak sia-siakan nyawa orang lain" tambahnya separuh berbisik.
"Dah tu? Awak ada idea yang lagi bernas? Awak juga yang minta saya untuk tak lengahkan masa semalam. Kenapa awak pula yang tangguhkan kerja kita sekarang?" ujar Taehyung dengan tegas.
"Saya..." Sara mengambil nafas. Dia mengelak pandangan Taehyung. "Saya cuma takut" sambung wanita itu.
"Kan saya ada?" Taehyung tersenyum walaupun dahinya berkerut.
"Walaupun saya tahu yang awak sekarang tengah berlagak, kata-kata tu buat saya agak secure. Tapi bila difikirkan balik, saya tarik kata-kata saya" Sara membalas dengan tawa yang dibuat-buat.
"Jom?" Taehyung menghulurkan tangannya.
Sara menyambut tangan itu dan mereka terus mengemas barang untuk bergegas ke tempat yang di mesej oleh Jungkook semalam.
Apabila mereka keluar daripada rumah itu dan sedang Sara mengunci pintu, satu figura tiba-tiba sahaja mendekati mereka, bagaikan mahu menyerang mereka dan figura yang memakai baju sweater berhoodie mengangkat tinggi kayu besbol yang dihiasi grafiti dan paku.
Sara yang tergamam tidak tahu nak buat apa itu diselamatkan oleh Taehyung apabila lelaki itu tidak semena-mena memeluk Sara dan menyerahkan belakang badannya untuk dihempuk batang kayu yang menyeksakan itu.
Sara terjerit kecil apabila batang kayu itu mendarat menghentam lelaki yang sedang memeluknya itu. Badannya terasa berat dan mereka hilang keseimbangan.
Taehyung terjatuh betul-betul di atas badan Sara. Namun, tangan Taehyung masih lagi memeluk erat wanita itu menyebabkan kepala wanita itu tertanam di dalam dada Taehyung.
Rasa sakit bagai nak mati hanya dilepaskan ketapan bibir sehingga berdarah. Sekujur Sara yang menggigil didakap rapat supaya wanita itu tidak cedera.
Semakin lama, semakin laju lelaki misteri itu menghenyak belakang Taehyung.
Sara cuba bergelut supaya Taehyung tidak lagi perlu untuk menahan perit dipukul sebegitu rupa. Kolam darah Taehyung telah pun membasahkan belakang bajunya.
Sara menangis kuat. Tangannya memukul dada lelaki itu supaya lelaki itu berganjak. Mulutnya menjerit-jerit nama lelaki itu. Matanya terus menerus mengeluarkan air mata hangat yang sekaligus membasahkan kemeja yang dipakai oleh Taehyung.
Taehyung mengusap perlahan kepala Sara. Badannya terasa berat dan tangannya kebas. Penglihatanya kabur namun dia tetap gagahkan diri untuk terjaga supaya dapat menyerang semula sesiapa sahaja di belakangnya.
Siapa sangka, belum sempat dia bertemu Jungkook, malaikat maut sudah menjemputnya dahulu?
YOU ARE READING
✔ ʟᴏsᴛ ɪɴ ʜɪᴍ +ᴋᴛʜ
Ciencia Ficción° ᴬ ᴹᴬᴸᴬᵞ ᶠᴬᴺᶠᴵᶜ ᶠᴿᴼᴹ ᴿᴬᵁˢᶻᵞᴰᴬᴵ ° in which his whole existence is a labyrinth. cover made by my best buddy: @cryingat5am Publish : 30/12/2019 End :11/3/2020