Taehyung membuka mata dan muka Jimin muncul pada pandangan.
"Selamat pagi" sapa Jimin dengan senyuman.
"Aku ingat korang memang betul-betul nak bunuh aku" Taehyung mengusap muka. Muka Taehyung terasa basah. Mungkin kerana peluh.
"Oh come on, tak pasal-pasal nanti King jadikan aku ni makanan anjing" Jimin duduk di sebelah Namjoon.
"Diaorang macam mana?" Soal Taehyung.
"Jungkook dah sedar tapi Namjoon kasi dia dadah" Jimin memberitahu kebenaran.
"Aku rasa tak payah nak seksa dia kot" Taehyung berkerut. Perasaan serba salah menyelubungi dirinya. Dia baru sahaja mendapat kepercayaan mereka, takkanlah nak khianat mereka lagi?
"Oh, kau patut tengok macam mana reaksi dia tadi. Dah serupa anjing liar ganas. King sampai terpaksa renjatkan elektrik pada dia" Jimin ketawa.
"Bukan salah kau. Kau dah buat kerja dengan baik. Aku memang underestimate kau masa first day kau kat syarikat" Namjoon berjalan berhadapan Taehyung, menepuk bahu lelaki itu.
"Kenapa King nak bunuh diaorang? Lagipun Sara tak ada kena mengena dengan perdagangan ni pun kan?" Dalam hati Taehyung masih berdoa bahawa dia masih boleh selamatkan mereka.
"Sara dah tahu banyak sangat. Aku ada bukti yang Sara dah tahu yang kau sebenar berada di pihak King. Sedap tekak dia je selongkar fail kau masa korang cari Pandora hari tu" Namjoon dengan bersahaja menghirup wiski dari dalam botol yang memang sudah tersedia di atas meja.
Gayanya tidak tumpah seperti King.
"Tae, kau masih dengan kitaorang ke?" Namjoon mencerlung tajam ke arah lelaki yang baru sahaja sedar itu.
"Aku dah kata jangan panggil aku dengan nama tu" marah Taehyung, menggunakan suara dalamnya.
"Jangan nak marah sangat. Nasib kau masih belum tentu. Kalau King dapat bau gerak khianat kau, King mungkin akan bagi Jungkook ratah badan kau lepas dah rosakkan otak lelaki tu" Namjoon tersengih.
"Apa salah diaorang sebenarnya?" Taehyung betul-betul ingin tahu.
"Diaorang cuba untuk tumbangkan organisasi perdagangan ni" Jimin jawab dengan bersahaja.
"Kau sendiri tahu macam mana susah King cuba dapatkan organisasi ni. Jadi, bila dia dah buat silap dengan upgrade Haru dan Jungkook, sudah semestinya dia kena padam mereka. Walaupun pada hakikatnya diorang tu ialah masterpiece King" Jimin mengulas cerita.
"Lebih tepat, masterpiece aku" Namjoon mencelah. Dia tidak mahu kalah dengan sesiapa termasuk ayah kandungnya sendiri.
"Macam mana dengan Seokjin? Dia di pihak siapa?" Taehyung mendekati Namjoon dan menuang air ke dalam cawan.
"Dia dah larikan diri. Entah macam mana boleh intel bocor" Jimin menjawab.
"Jadi, dia bukan di pihak kita?" Taehyung lega apabila Seokjin terselamat. Kemungkinan besar Seokjin akan meminta pertolongan orang lain untuk melepaskan mereka.
"Jangan banyak soal. Kau buatkan aku rasa suspicious" Namjoon memberhentikan tembakan soalan daripada Taehyung yang bertubi-tubi itu.
Suasana tegang sebentar. Bagi Taehyung, Namjoon memang patut meragui tindakan dia. Walaupun dibesarkan dalam keadaan yang kejam dan tak normal, Taehyung masih mempunyai rasa serba salah.
"Aku nak tengok keadaan Jungkook" Taehyung memutuskan untuk pergi dari bilik itu.
"Kau pasti kau nak tengok keadaan dia?" Namjoon bagaikan mengejek.
"Tak payah" dari arah pintu, kedengaran suara King bergema.
Mereka bertiga menelan liur yang terasa pahit. Bukan mudah untuk mereka melihat kelibat King.
"Apa maksud kau?" Soal Taehyung, terasa berang walaupun hanya mampu disimpan di dalam hati.
"Bawa dia masuk" arah King sambil memandang ke belakang, membenar susuk tubuh Jungkook yang bergerak seperti anjing itu masuk.
Keadaan lelaki itu hampir sahaja membuatkan Taehyung menangis. Mata Jungkook yang berwarna kelabu itu sudah menunjukkan yang dia separuh buta. Air liurnya meleleh seperti seekor anjing yang meminta makanan. Badannya tidak berbaju dan sekujur tubuhnya dipenuhi parut renjatan.
"Mulai hari ni, aku nak bela dia" ujar King, menarik tali yang mengikat Jungkook di lehernya.
"Kau tak rasa melampau ke?" Nafas Taehyung tersekat. Dia takut.
"Kau cuba nak ajar aku ke?" King menjungkit kening.
"Tak" balas Taehyung perlahan, tidak mampu untuk melawan. Terasa diri sendiri tersangat lemah.
Kalau Haru ada dekat sini, mesti dia melawan habis-habisan. Bagaikan ada rantai yang mengikat dia walaupun ianya hanyalah fantasi Taehyung semata-mata.
"Aku nak lepaskan kau" ucap King tanpa berkelip.
"Kau dah tak ada kaitan dengan aku lepas ni" King memberikan laluan kepada Taehyung untuk keluar.
Taehyung diam tak terkutik. Fokusnya masih pada Jungkook. Lelaki itu telah terseksa seluruh hidupnya. Kali ini, peluang untuk dia menyelamatkan lelaki itu lupus tanpa sempat dia berbuat apa-apa.
"Jangan risau, aku akan masukkan kau dalam makmal mana-mana yang tengah buat research tentang manusia. Lebih kurang sama agenda dengan syarikat Namjoon. Jadi, aku dapat rasakan kau boleh bekerja dengan baik kat sana" King memberitahu sebelum mempersila Taehyung keluar daripada bilik itu.
"Kenapa tiba-tiba?" Soalan pelik terpacul keluar daripada mulut Taehyung. Kalau boleh, dia mahu tampar sahaja mulutnya yang celupar itu.
"Kenapa? Kau tak nak berhenti ke?" King tersengih. Terasa dirinya menang kerana beranggapan lelaki itu tidak mampu hidup tanpa tampungannya.
"Bukan maksud aku macam tu, cuma--"
"Cuma apa? Kau tak mampu nak tanggung diri sendiri tanpa aku?" King tidak langsung cuba untuk menyembunyikan keangkuhannya.
Taehyung terdiam. Buat sekian lama, dia langsung tidak terfikir perihal kemandiriannya. Memang betul pun yang selama ini dia memang bergantung kepada King. Namun, dia sudah tidak tahan dengan penyeksaan mental yang orang di sekelilingnya berikan.
"Aku tak selemah tu" Taehyung memandang tajam ke arah King tanpa berganjak. Dia sudah nekad.
"Apa yang kau cuba buktikan pada aku?" Soal King, bunyinya seakan mengejek.
"Kau perlu ingat kau bukan sesiapa dalam dunia ni. Hanya seorang budak yang kotor dipenuhi dosa" King masih mendongak ke langit.
Tanpa bersuara, Taehyung berlari laju ke arah King, menghunus picagari berisi bahan yang dia masih kurang pasti kandungannya, menggunakan semua teknik yang dia pelajari daripada Jungkook.
Misinya hanya untuk melengahkan masa. Jungkook yang serupa zombie itu cuba mempertahankan tuannya namun Taehyung yang celik penglihatannya itu lebih tangkas.
"Kau orang terlalu pandang rendah orang" Taehyung terus melompat dan mendarat ke atas badan King, membenamkan bahan itu kedalam leher lelaki tegap itu.
YOU ARE READING
✔ ʟᴏsᴛ ɪɴ ʜɪᴍ +ᴋᴛʜ
Fantascienza° ᴬ ᴹᴬᴸᴬᵞ ᶠᴬᴺᶠᴵᶜ ᶠᴿᴼᴹ ᴿᴬᵁˢᶻᵞᴰᴬᴵ ° in which his whole existence is a labyrinth. cover made by my best buddy: @cryingat5am Publish : 30/12/2019 End :11/3/2020