"Apa maksud kau dia hilang?!" Jungkook menjerit kuat, menyebabkan semua yang berada di situ terdiam.
"Dia larikan diri daripada hospital. Aku dah kerahkan Yoongi dan pasukan dia untuk cari Sara. Setakat ni, masih tak ada apa-apa perkembangan lagi. Tapi, ada kemungkinan besar dia diculik"
"Kitaorang gerak ke sana sekarang. Tak guna bercakap dalam telefon. And Joon, you have to explain to us as detailed as possible when we get there. Or I'll bite your ass off" Seokjin tiba-tiba menjadi serius dan mematikan talian.
"Apa lagi yang korang tercengang kat sini? Cepat masuk kereta! Mati anak Choi tu korang jugak yang meroyan nanti" arah Seokjin sambil bercekak pinggang.
Arahan itu segera dilaksanakan oleh Jungkook. Haru dan Taehyung memandang sesama sendiri dengan perasaan yang tak tahu nak diungkap.
"Taehyung, tolong aku kemas makmal. Buang semua bukti tentang eksperimen kita. Aku nak simpan produk terakhir kita. Senang nak manufacture kat syarikat sana" arah Seokjin sambil tangannya laju sahaja mengemas meja.
Taehyung mengangguk dan memandang Haru. Mulutnya menyuruh Haru pergi terlebih dahulu dan wanita itu terus berlalu. Taehyung dengan segera menolong Seokjin dan melakukan seperti yang diarahkan.
Selasai sahaja kerja mereka, Seokjin dan Taehyung terus memasuki perut kereta yang sudahpun mengandungi Jungkook sebagai pemandu dan Haru.
Kereta yang tidaklah begitu menyerlah itu meluncur membelah jalan dengan kelajuan yang sangat tak boleh bawa bincang. Beberapa kali mereka menjerit kerana Jungkook memotong beberapa buah kereta dengan spontan.
Walaupun dengan pemanduan yang sangat laju itu, Jungkook berjaya memarkir kereta mereka di tempat letak kereta syarikat.
Masing-masing keluar daripada kereta dan Seokjin bagaikan mahu termuntah. Dia sudah lama tidak menaiki kenderaan lagipula yang di bawa dengan kelajuan sonic the hedgehog.
Apa lagi, belum sempat kandungan perut sampai ke mulut, kumpulan yang diketuai oleh Seokjin itu sampai di hadapan pejabat Namjoon yang pintu tertutup rapat. Belum sempat Seokjin mengetuk pintu tanda lelaki beradab, Jungkook sudahpun menolak kasar pintu tersebut sehingga ianya terhantuk pada dinding dan menghasilkan bunyi yang kuat.
"Sekarang ni, apa masalah dia? Macam mana boleh Sara hilang? Dekat hospital tu tak ada sekuriti ke?" jerkah Jungkook dengan amarah membuak-buak.
Macam mana kalau Sara diculik oleh organisasi yang mereka tentang selama ini? Bagaimana kalau belum sempat dia nak membalas dendam, nyawa Sara melayang?
"Sabar, aku tahu yang kau sayang sangat dekat Sara tu. Tapi, marah-marah macam ni tak akan selesaikan masalah. Yoongi hyung masih belum bagi apa-apa perkembangan" Namjoon menggeleng melihat lelaki yang baran itu.
"Tak, sekarang ni, masalah dia, dekat hospital tu tak ada sekuriti ke? Macam mana dia boleh terlepas?" soal Taehyung dalam keadaan tenang. Tiada guna kalau panik. Bukannya dia mampu buat apa-apa pun sekarang.
"Masalahnya sekarang, sekuriti tu tertidur. Entah macam mana dia boleh pengsan waktu bertugas. Macam tahu tahu je yang Sara nak larikan diri waktu tu" Namjoon mengangkat bahu.
"CCTV tak dapat rakam pergerakan Sara sebab entah kenapa dia macam asyik berjalan dekat tempat yang tak dirakam oleh sudut CCTV" Namjoon menunjukkan beberapa buah video yang merakam aksi Sara yang asyik memandang ke belakang.
"Dia macam gelisah je" Taehyung memberi spekulasi.
"Kau pasti yang dia tak dengar perbualan kau dalam telefon?" soal Haru. "Manalah tahu yang dia berwaspada dengan organisasi yang kita cuba nak lawan ni lepas dengar perbualan kau dengan kitaorang."
"Boleh jadi jugak" Seokjin mengangguk.
"Tapi, macam tak logik pula dia nak larikan diri kalau dia dengar perbualan kita. Sebab dia mesti dengar nama aku kena panggil. Dia mesti tahu yang aku masih hidup. Tak ada sebab kenapa dia nak melawan sebab dia tahu kalau aku selamat, maksudnya korang semua tak ada niat jahat" Taehyung membidas hujah itu.
"Aku rasa, kita serahkan aje pencarian tu kepada polis. Kita kena cari sebab kenapa pegawai tu tiba-tiba boleh pengsan masa bekerja" Taehyung memberi pandangan. "Manalah tahu, sebenarnya organisasi jahat tu memang sengaja biarkan Sara terlepas."
"Sebenarnya, aku nak bagitahu korang tentang satu perkara" Namjoon menekan hologram di hadapannya sekali gus membentangkan satu video yang menyebabkan Haru menutup mulut.
"Jimin bukan berada di pihak kita" Namjoon memandang ke arah skrin.
Susuk tubuh Jimin yang sedang memakai pakaian jururawat itu nampak jelas di dalam skrin. Jimin juga dengan sengaja memandang ke arah kamera CCTV dan menjelir lidah. Dua cawan air yang dimasukkan ubat diberikan kepada pengawal keselamatan yang bertugas untuk menjaga bilik Haru.
"Aku sepatutnya lebih tahu!" Jungkook menghentak meja kuat sehingga bunyinya bergema di segenap ruang. Nasib sahaja meja itu diperbuat daripada kayu, jikalau tidak, mesti sudah kemik atau pecah.
"Habis tu, kau dah jumpa dia?" soal Seokjin, cuba untuk menahan geram.
"Malangnya, tak" Namjoon menggeleng dan video tadi berhenti.
"Kalau macam tu, kita kena raid tempat tu sekarang jugak!" Jungkook semakin bersemangat.
"Seokjin akan manufacture dulu bahan kimia ni. Jungkook dan Taehyung, korang berdua akan sediakan bahan api dan masukkan dalam van yang aku dah sediakan. Haru, aku nak cakap sikit" tanpa berlengah, Namjoon terus memberikan arahan. Mereka juga terus melakukan apa yang disuruh.
Haru terus berjalan berhadapan dengan Namjoon apabila semua orang keluar daripada pejabat tersebut.
"Kenapa?" Haru binggung. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia mengikut Jungkook dan Taehyung menyediakan senjata mereka kerana itu ialah kepakarannya.
"Aku nak minta tolong kau something tapi kau tak boleh tanya sebab apa" Namjoon mencari sesuatu di dalam lacinya lalu diberikan picagari ke dalam genggaman Haru.
"Minta tolong apa?" Haru menjungkit kening.
"Kau kena bunuh Taehyung" kata-kata itu tidak mampu dihadam oleh Haru. "Janji dengan aku kau akan bunuh dia. Lepas semua ni tamat, aku akan bagitahu kau segala-galanya."
![](https://img.wattpad.com/cover/208152057-288-k655737.jpg)
YOU ARE READING
✔ ʟᴏsᴛ ɪɴ ʜɪᴍ +ᴋᴛʜ
Science Fiction° ᴬ ᴹᴬᴸᴬᵞ ᶠᴬᴺᶠᴵᶜ ᶠᴿᴼᴹ ᴿᴬᵁˢᶻᵞᴰᴬᴵ ° in which his whole existence is a labyrinth. cover made by my best buddy: @cryingat5am Publish : 30/12/2019 End :11/3/2020