38

476 64 7
                                    

"Tapi kami tak bermaksud untuk cederakan kau" Haru memandang ke arah Taehyung. Tangannya berada pada dada Jungkook supaya lelaki itu bertenang.

"Bukan kitaorang yang serang kau, atau langgar kau, atau mahukan kau mati. Kitaorang nak selamatkan kau, jaga nyawa kau, supaya kitaorang tak ada rasa serba salah lepas dah pergunakan kau" badan Haru menghadap Taehyung.

Lelaki itu kelihatan masih berang dengan Haru. Mukannya langsung tidak tahu bagaimana mahu menyorokkan kemarahan yang wujud.

"Kenapa? Kenapa kau pergunakan aku, Haru? Dalam banyak-banyak orang, kenapa aku yang kau guna?" soal Taehyung, cuba untuk tidak menghamburkan marah.

"Sebab kau orang terakhir yang berhubung dengan aku. Kau orang terakhir yang mampu aku masuk ke dalam. Kau terbuka seperti laluan yang tiada pintu. Tapi, bila masuk ke dalam, ianya seolah-olah bukannya laluan" Haru berkerut kerana tak mampu untuk bercerita. Dia tahu, Taehyung takkan faham.

"Namjoon dah cuba cari seramai-ramai manusia untuk jaga aku, dah kau seorang je yang wujud pada waktu tu. Kau tak rasa ada benang merah yang menyatukan kita?" Mata Haru sudah berkaca.

"Aku tak sangka, aku langsung tak sangka yang kau salah seorang daripada kami. Aura yang aku lihat pada kau, langsung tak menunjukkan diri kau yang sebenarnya dan itu sangat gila!" Air mata Haru mula menitis.

Taehyung yang keliru mula bertenang. Dia tidak sampai hati melihat wanita di hadapannya itu menangis.

"Aku tak faham langsung cerita kau, tapi janganlah nangis" Taehyung terasa sebak. Entah kenapa, dia masih tidak pasti.

"Aku minta maaf sebab dah pergunakan kau. Tapi kitaorang tak ada cara lain. Kitaorang tak ada masa lain. Mereka semakin hari semakin besar, semakin ganas, semakin kejam. Ramai lagi budak macam kita, yang minta tolong sekuat hati tapi tak ada sesiapa pun yang datang. Aku nak jadi sesiapa tu. Kitaorang nak jadi sesiapa tu" Haru mencengkam lengan Taehyung lembut.

"Aku tahu kau tak faham Taehyung, tapi aku tak boleh nak jelaskan. Kau akan sakit nanti. Aku tak nak orang yang aku sayang, sakit. Biar aku je yang tanggung semuanya" Haru berkata dalam sedu sedan.

"Apa yang kau merepek ni Haru?" Jungkook yang tergamam dengan pernyataan Haru langsung tak mampu tangkap apa yang Haru cuba katakan.

"Aku tahu, kau selalu berwaspada dengan aku. Kau selalu tak percayakan aku. Aku faham kenapa dan aku tak pernah salahkan kau. Tapi, aku cuma nak kau percayakan satu je statement aku. Kitaorang tak jahat. Kitaorang cuma berdendam. Dendam kitaorang ni yang jebakkan kau, yang sedang hidup aman damai" Haru mengaku di depan Taehyung.

"Dan aku, bagi pihak kitaorang semua, nak minta maaf banyak banyak pada kau sebab dah bangkitkan segala apa yang kau tanam, jauh di sudut ingatan kau" Haru mengigit bibir.

Tak semena-mena, Taehyung memeluk wanita itu. Dalam hatinya, ada satu perasaan yang tidak dapat dia ungkap, yang tak dapat dia rasa sebelum ini. Perasaan yang membawa dia jauh kedalam memori, memori yang paling dia benci namun paling dia sayang.

"Kau, kau ada dalam bot tu kan?" soal Taehyung, masih dalam dakapan Haru.

Haru hanya mampu mengangguk.

"Aku tak pernah faham kenapa aku rasa happy lain macam bila aku ada dengan kau. Perasaan ni selalu muncul masa aku masih jaga kau yang ada dalam cermin tu. Walaupun kita baru kenal, aku, entah. Dopamin terlebih bila aku nampak muka kau hari-hari" suara Taehyung agak tenggelam kerana mukanya tersorok di balik bahu Haru.

"Dah habis bergaduh dah?" Soal Seokjin di balik pintu.

Jungkook yang tidak boleh percaya matanya dengan apa sahaja yang baru dia lihat dan dengar keluar daripada bilik itu pada masa yang sama melanggar bahu Seokjin yang berada di muka pintu.

Seokjin yang melihat adegan pelukan tiada penghujung tu mengeluh dan beredar dari situ.

Tiba-tiba kedengaran pintu ditutup kasar yang bergema di segenap ruang.

Taehyung melepaskan Haru apabila yakin bahawa dia bersama dengan wanita itu sahaja.

Haru yang masih lagi tidak mampu hadam apa sahaja yang dilakukan oleh Taehyung hanya mampu berdiri dan mendiamkan diri kerana kekok.

"Maaf aku cekik kau tadi" Taehyung bagaikan separuh berbisik. "Aku tak mampu kawal perasaan."

"Aku faham" sepatah sahaja jawapan Haru. Dia memandang muka Taehyung penuh dengan luka lalu tersenyum.

"Kenapa bodoh sangat pergi lawan dengan Jungkook tu? Ingat kalau dah adapt dengan bahan kimia yang Sara bagi tu, kau boleh kuat macam petik jari je?" soal Haru, sambil tangan bersilang pada dada.

"Sara. Dia macam mana?" Taehyung tak mampu melihat wajah Haru apabila bercerita tentang Sara.

"Dia okay. Namjoon sedang rawat dia. Ada je dekat hospital."

"Macam mana aku boleh adapt dengan racun yang Sara bagi ni?" soal Taehyung kerana tiba-tiba ingin tahu.

"Masa dalam bot tu, kau diberi dadah yang sama dengan kitaorang. Dadah tu masih ada dalam badan kau" Haru menjawab.

Pandangan Taehyung terus tertumpu pada mata Haru. Sejujurnya, dia sangat lega. Entah mengapa baru sekarang dia teringat perihal Sara sedangkan dia mengamuk kerana risaukan wanita sombong itu.

"Aku nak kau bagitahu aku apa yang kau tahu, Haru. Segalanya. Aku dah bagi segala memori aku. Sekarang, aku nak join kau orang, secara offical" Taehyung kelihatan bersungguh.

"Memang taklah aku nak bagi" Haru berkerut. Tiada memang melarang habis habisan kalau Taehyung mahu bersama dengan dia dalam perjuangan itu.

"Aku ada dalam bot tu. Ada tempat untuk aku marah dengan sesiapa sahaja yang kau tengah lawan sekarang ni" Taehyung mendekati Haru lagi.

"Aku nak sertai rancangan ni" Taehyung betul-betul berkeras.

"Dengan syarat, kau kena minta permission daripada Seokjin, Namjoon, Jimin,  Jungkook dan aku. Kau kena ikut jawapan majoriti. Dan aku, bagi kau tak yang pertama." 

✔ ʟᴏsᴛ ɪɴ ʜɪᴍ +ᴋᴛʜWhere stories live. Discover now