56

467 56 24
                                    

Jungkook melangkah perlahan sambil matanya meliar ke arah segenap penjuru yang terdapat di situ. Alat komunikasi walkie talkie menjadi peneman setakat ini. Sudah beberapa minit dia mencari jalan terus ke hadapan.

"Alpha kepada Jungkook, awak perlu susur ke kiri, over" 

Suara Yoongi yang berselang dengan bunyi desingan seperti radio rosak bergema di dalam ruang sempit itu.

Seperti yang Jungkook tahu, mereka memang sudah letak GPS pada beg sandang, topi keledar serta baju Jungkook untuk langkah berjaga-jaga. Selain itu, untuk memberikan arahan ke mana dia sepatutnya pergi berdasarkan blueprint yang telahpun dimuat naik dalam sistem komputer.

"Jungkook kepada Alpha, runtuhan agak teruk. Tak ada ruang masuk, over" Jungkook memberitahu keadaanya. 

Menurut mereka yang berada di atas, dia masih lagi belum memasuki tingkat bawah tanah. Tapi, Dia hanya perlu turun tangga kecemasan yang diberitahu Taehyung kepada Haru supaya semua orang boleh keluar dengan aman.

"Beta kepada Jungkook, masuk ke simpang kanan. Agak jauh tapi bertembung dengan laluan yang kita nak lalu, over" pihak bomba pula bersuara.

"Roger" Jungkook terus mengambil laluan sempit ke sebelah kanan, masuk ke dalam ruangan lobi yang amat dia kenali. 

Jungkook berjalan terus, seperti yang diarahkan sebelum ini. Di sebelah kiri dan kanannya terdapat percikan daripada beberapa jenis wayar yang Jungkook tidak mahu sentuh. Dia sudah menyesal membiarkan Haru dan Taehyung mengenakan renjatan elektrik.

"Tolong..." satu suara bergema menyebabkan Jungkook tercari-cari suara itu.

Suara perempuan yang lemah itu sudah serupa hantu pula. Jangan sangka lelaki sado tak takut hantu. Walaupun sudah serupa hantu. Jungkook menggunakan lampu suluh di dalam beg juga supaya penglihatannya lebih cerah.

"Tolong..." sekali lagi orang itu meminta tolong. 

Jungkook terus berjalan ke arah suara itu. Semakin laju dia menerobos lubang-lubang kecil apabila terlihat beberapa pergerakan daripada suluhan lampu.

"Jungkook kepada Alpha, seorang mangsa dijumpai, over" Jungkook memberitahu pihak keselamatan.

Jungkook terus mengalihkan lampu suluh daripada tangannya ke dalam beg sandang semula dan mengeluarkan first aid kit.

"Charlie kepada Jungkook, saya akan terangkan apa yang perlu awak buat, over" suara paramedik yang amat dia kenali kedengaran. Entah kenapa suaranya mampu melukis senyuman pada muka Jungkook.

"Roger" Jungkook hanya perlu menunggu arahan seterusnya.

"Charlie kepada Jungkook, tanya mangsa di mana rasa sakit dan minta mangsa bernafas, over" suara paramedik bergema lagi.

Jungkook terus melilau ke arah mangsa yang menangis perlahan menahan sakit itu. Terdapat tasik darah pada lantai dan darah terus mengalir tanpa henti tetapi perlahan. Suluhan pada topi keselamatan Jungkook menunjukkan wanita itu tersepit di antara dua simen. Lebih teruk lagi, Jungkook hanya mampu melihat upper body wanita itu dan lower body wanita itu berada di bahagian lain yang di halang oleh simen.

"Awak rasa sakit kat mana? Dan tolong bernafas ya" Jungkook yang langsung tiada pengalaman itu mencuba sepenuh hati walaupun langsung tidak memberikan sokongan mental.

"Kaki dan tangan saya tak boleh bergerak. Kepala saya pening" wanita yang berkot putih itu memberitahu keadaannya.

"Jungkook kepada Charlie, mangsa tersepit di antara dua simen. Saya tak dapat clear vision untuk lower body tapi upper body hanya ada calar-calar. Dia kata kaki dan tangan tak boleh bergerak, over" Jungkook memberitahu perkembangan sebenar.

"Charlie kepada Jungkook, awak ada akses untuk pergi ke lower body dia?, over" soalan paramedik itu menyebabkan Jungkook mencari-cari bukaan yang berdekatan. 

"Jungkook kepada Charlie, saya akan cuba cari, over" Jungkook terus berjalan berhadapan dengan wanita itu.

"Awak tunggu sekejap ye, saya akan tengok apa yang berlaku" Jungkook tersenyum ke arah wanita itu kemudian berlalu. 

Setelah seminit mencari bukaan, Jungkook dapat meloloskan diri ke tempat dimana dia boleh melihat belakang wanita itu dengan jelas dan permandangan itu bukanlah permandangan yang dia bayangkan.

"Jungkook kepada Charlie, tulang pada kaki kanannya patah sampai tertembus kulit dan betis sebelah kirinya pula tertembus besi, over" walaupun Jungkook tidak mahu muntah namun apakan daya, keadaan wanita itu terlalu ekstrem buatnya.

"Charlie kepada Jungkook, tolong tengok pada tulangnya yang patah, darah memancut keluar atau tidak?, over" paramedik itu kedengaran panik.

Jungkook berjalan perlahan ke arah wanita itu dan mengimbas sekali kulit yang terbuka dari dalam itu. Memang ada darah yang keluar, tetapi tidak memancut.

"Jungkook kepada Charlie, darah tak memancut, over" Jungkook menjauhkan diri semula daripada dua kaki yang tergantung itu.

"Charlie kepada Jungkook, bantuan akan tiba segera, over" akhirnya paramedik itu memberikan kata putus selepas beberapa minit.

"Alpha kepada Jungkook, awak diberikan kebenaran untuk meneruskan misi" Yoongi memberitahu Jungkook yang sedang terkial-kial.

"Roger"

-

"Are you guys serious? We're leaving!" Felix membentak buat kelima kali.

Kini kanak-kanak yang berada bersama dengan Taehyung itu sudah berpecah kepada dua kumpulan. Satu ingin mencari jalan keluar sendiri, satu lagi mahu menunggu kerana percaya bahawa pertolongan akan sampai ke tempat mereka.

"Watashitachi mada shiranai desho? Haru san ga zettai ni kurukara. (Kita masih tak tahu kan? Haru mesti datang)" Momo pula bersuara lantang.

"Lagipun, kita tak boleh tinggalkan Seojun hyung dekat sini sorang-sorang" ujar Jisung yang sudah memeluk lututnya.

"Habis tu, nak kena timpa dengan simen besar ni ke? Abang ni sendiri kata tempat ni bahaya kan?" Haechan yang masih menangis pula marah-marah.

"Besides, we already knew how to get out of this hell anyway!" Felix membentak lagi. Bukankah memang sudah menjadi impian semua orang di sini untuk keluar dan lihat langit? 

"Hey, sudah!" Taeyong pula menjerit. 

Pening kepalanya memikirkan kelakuan kanak-kanak di hadapannya. Kalau bukan disebabkan dia paling tua disitu, sudah pasti dia hanya akan berdiam diri dan tak lakukan apa-apa. Dia sudah penat. Macam mana Seojun hyung boleh bertahan dengan mereka?

"Kita akan berehat dulu. Kalau kita keluar sekalipun, aku takkan larat nak jaga korang seorang diri. Lagipun, sekarang dah malam, kita akan sesat sebab tak ada cahaya. Sedangkan tadi pun kita hanya gunakan lampu suluh yang nyawa-nyawa ikan, selangkah kita keluar, habis dah bateri lampu tu. Lepastu, kalau ada benda tu banyak lagi kat luar sana macam mana?" bebel Taeyong sambil tunjuk pada makhluk yang baru sahaja dibunuh oleh Taehyung.

Felix menghentak kaki. Walaupun dia sememangnya takut dengan makhluk itu, pendapatnya masih perlu ditegakkan. 

"Felix, kalau kau nak keluar jugak, pergilah sorang-sorang. Lagipun, kita ada kat tempat yang paling selamat dalam runtuhan ni. Kalau berlaku gegaran sekali lagi pun, aku tak rasa tempat ni akan hancur teruk" Taeyong memandang ke arah Felix yang berwajah cemberut.

Akhirnya Felix mengambil pilihan untuk duduk walaupun tidak memandang tepat pada Taeyong. 

"Hey kids, miss me?" satu suara bergema menyebabkan semua kanak-kanak di situ meremang bulu roma.

✔ ʟᴏsᴛ ɪɴ ʜɪᴍ +ᴋᴛʜWhere stories live. Discover now