Taehyung membuka mata dan rasa sakit mula dirasai. Dia menutup mata menggunakan lengan dan tersenyum. Apa yang kelakar, dia sendiri tak tahu.
"Kenapa lambat sangat kau bangun?" soal Seokjin sambil berjalan ke arah Taehyung yang terbaring di atas sofa di ruang tamu itu.
Bukan mudah dia mengangkat Taehyung gaya piggyback daripada basement. Kalau nak diharapkan Jungkook, sampai kiamat pun belum tentu.
"Sekarang pukul berapa?" Taehyung bangun daripada perbaringannya dan mendengus kerana menahan sakit.
Dia memerhati badannya yang tidak berbaju itu. Dia mengelipkan matanya berkali-kali sebelum menutup badannya dengan lengan dan tangan.
"Tak payah nak gedik sangat, aku dah rawat sikit lebam kau tu. Tapi aku tak boleh buat apa kalau kau masih rasa sakit. Lagipun, bahan kimia yang Sara kasi pada kau perlukan masa untuk sebati dengan dadah dalam badan kau" Seokjin menghulurkan Taehyung sehelai baju putih yang agak besar.
Taehyung terus sahaja menyarungkan badannya dengan baju itu apabila dia mengambilnya daripada tangan Seokjin.
"Sekarang dah pukul dua pagi. Aku masih perlukan pertolongan kau untuk pecahkan kod dalam formula tak guna tu. Cepat basuh muka. Aku tunggu kat dalam bilik sebelah tempat kau bergaduh dengan Jungkook tadi" Seokjin berjalan terus ke tingkat atas dan membiarkan Taehyung terkulat-kulat.
Taehyung bangkit lalu pergi ke arah dapur dan menuang secawan air sejuk lalu diteguk rakus. Air yang meleleh daripada bibirnya dilap kasar. Tangannya bermain dengan cawan sementara badannya bersandar pada meja makan.
Fikirannya menerawang kembali kepada perbualan dia dengan Haru. Dia tersenyum lagi. Entah kenapa, dia masih terasa kelakar.
Selesai termenung, dia memasukkan cawannya di dalam singki dan mengagahkan diri naik ke tingkat atas dan menuju ke arah bilik yang dimaksudkan oleh Seokjin.
Apabila dia masuk sahaja ke dalam bilik tersebut, logo Black Zone yang dia sangat kenali menerjah pandangannya. Di sebelah kirinya pula terdapat sebuah mirror board yang diconteng dengan tulisan dan dihiasi dengan gambar. Taehyung mendekatkan diri dengan mirror board tersebut.
Dia membelek semua gambar yang ada dengan benang merah yang terlekat dan berselirat. Gambar dia dan Sara juga terlekat pada board tersebut.
"Woi! Meh sini" panggilan Seokjin menyebabkan fokus Taehyung tergendala. Dia terus memandang ke belakang di mana kotak Pandora yang terbuka dan Seokjin berada.
Taehyung berjalan terus menuju ke arah lelaki itu. Di belakang Seokjin terdapat beberapa rak tabung uji yang dipenuhi tabung uji yang diisi dengan bahan kimia yang bertindak balas sehingga mendapat pelbagai warna.
"Tak tahu prosedur dalam makmal ke? Sarung tangan mana? Kot? Ke perlu masuk sekolah balik?" perli Seokjin yang fokus dengan eksperimennya.
Taehyung yang agak terkesan dengan ayat sinis Seokjin terus melilau dan mencari sarung tangan dan lab coat. Cermin mata juga tidak dia lupa supaya tidak lagi dikecam oleh lelaki yang lebih tua itu.
Selesai mengenakan pakaian yang sepatutnya, dan juga memakai kasut anti radioaktif kerana dia tidak tahu di mana kasutnya pergi, dia berjalan terus ke arah Seokjin yang sedang fokus memasukkan satu cecair ke dalam cecair yang lain yang sedang didihkan.
Warna cecair itu bertukar kepada warna ungu dan Seokjin merengus.
"Dah beratus kali aku cuba untuk tukarkan warna dia kepada biru. Tapi satu bahan pun tak beri reaksi yang tertulis dalam Pandora" Seokjin mengambil beberapa tapak ke belakang.
Taehyung mengambil kertas yang terletak di sebelah Pandora. Diamati tanpa berkelip dan tangannya lincah memeriksa bahan kimia yang terletak di atas meja.
"Aku dah buat semua tindak balas tu. Pernah berjaya, tapi sekali je. Walaupun aku tak anggap dia kejayaan sebab terlampau reaktif untuk human consume. Nanti mati anak Jeon tu, aku tak nak masuk penjara" Seokjin memecahkan keheningan.
"Jadi, apa function kau minta aku tolong kau kalau formula ni sendiri bermasalah?" soal Taehyung, menjungkit kening.
Seokjin seorang saintis yang sangat disegani di dalam syarikat. Sedangkan Namjoon juga menghormati dan memerlukan tenaga kerja seorang Seokjin, apalah sangat bantuan seorang intern yang bernama Taehyung itu.
"Formula ni salah" Seokjin merampas kertas itu daripada Taehyung.
"Kalau formula tu salah, apa kena mengena dengan aku pulak?" Taehyung mula hilang sabar. Logik jenis apa yang lelaki genius ini pakai. Salah diakah formula itu salah?
"Kau ada dalam bot tu. Kau mesti tau apa-apa tentang formula ni" Seokjin seolah-olah berharap.
"Kenapa kau tak tanya dekat Jungkook dengan Haru je?" Taehyung memeluk tubuh.
"Wahai Taehyung, diaorang tak ada apa-apa knowledge tentang kimia. Itu sahaja dah membuktikan yang diaorang langsung tak ingat apa-apa ataupun mereka tak ambil kisah tentang dadah yang diberikan pada korang semua. Dan kau, ironinya, menceburi bidang ni, walaupun ianya menyebabkan kau teringat zaman silam yang pahit. Apa lagi penjelasan yang ada selain daripada kau ingat segalanya tentang dadah yang mereka berikan?" panjang lebar Seokjin menyatakan hujah.
"Pengetahuan kau tentang dadah yang memberikan reaksi baik terhadap bahan kimia yang selama ni Namjoon eksperimenkan boleh membantu dalam mencipta cure untuk budak-budak lain" Seokjin melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang berdekatan.
"Aku hanya bagi kau syarat kalau kau nak terlibat dalam pertarungan dengan organisasi tu. Tapi, aku tak bagi kau syarat untuk bantu budak-budak yang senasib dengan kau. Empayar mereka semakin hari semakin besar dan semakin ramai budak yang ditimpa nasib malang. Kau tahukan kesan dadah tu kepada manusia? Kau sendiri kata, kau pernah bunuh mereka sebab mereka tak tahan dengan kesan sampingan dadah tu" Seokjin masih lagi memujuk.
"Taehyung, aku memang betul-betul perlukan kau punya tenaga kerja. Kisah pula aku yang kau ni lepasan universiti. Asalkan kau ada pengetahuan lebih dalam daripada sesiapa sahaja di dalam dunia ni" Seokjin bersungguh memujuk Taehyung.
"Okay, aku tolong. Tapi kalau tak jadi, bukan salah aku."
YOU ARE READING
✔ ʟᴏsᴛ ɪɴ ʜɪᴍ +ᴋᴛʜ
Science Fiction° ᴬ ᴹᴬᴸᴬᵞ ᶠᴬᴺᶠᴵᶜ ᶠᴿᴼᴹ ᴿᴬᵁˢᶻᵞᴰᴬᴵ ° in which his whole existence is a labyrinth. cover made by my best buddy: @cryingat5am Publish : 30/12/2019 End :11/3/2020