18

696 98 31
                                    

"Jangan ambil tahu. Dia tak suka kalau kisah silam dia dibangkitkan. Lagipun bukan penting sangat" perkataan penting ditekan oleh Sara.

Kalau boleh, dia tidak mahu Taehyung masuk campur dengan spesimen yang berada di bawah tanggungjawabnya walaupun keadaan sekarang sudah darurat.

"Sara, saya rasa semua benda tentang masa silam Jungkook sangat penting untuk mencari diaorang. Haru minta saya untuk hentikan mereka daripada melakukan perkara yang tak baik. Kalau kita tak tahu dari mana asalnya dendam diaorang, diaorang berkemungkinan besar akan satu langkah lebih bersedia berbanding kita" Taehyung bertegas.

Sara mendiamkan diri. Dia tidak mahu menjawab soalan lelaki itu lagi. Dia tidak mampu untuk menghadapi masa silamnya dan mengakui kesalahannya. Egonya terlalu tinggi untuk dirobohkan.

"Sara" Taehyung memanggil lembut. 

Dia mahu Sara berterus terang dengannya. Dia tidak mahu Sara menyimpan sebarang rahsia tentang Haru dan Jungkook. Segala maklumat yang keluar daripada mulut Sara sekarang mampu membantu mereka memberkas Haru dan Jungkook yang sekarang merupakan pelarian.

"Taehyung, kita kat sini nak buat kerja. Saya tak ada masa nak layan awak" Sara terus menyibukkan dirnya dengan memulis nota dan menyelak kertas.

Taehyung mengeluh. 

Tiba-tiba telefon milik Sara berdering. 

Wanita itu menjeling sekilas namun tidak mengangkat panggilan. Dia hanya mebiarkan lagu deringan.

Taehyung terus mengambil telefon wanita itu dan mengamit nombor telefon yang tidak dikenali. Walau bagaimanapun, nombor tersebut merupakan nombor daripada telefon bimbit.

"Tak nak angkat?" soal Taehyung yang kemudiannya duduk di sebelah Sara. Tangannya masih memegang telefon pintar milik perempuan itu.

"Tak" balas perempuan itu sepatah kerana malas mahu melayan kerenah Taehyung yang seakan mahu curi tulang.

"Kalau ni Jungkook macam mana?" soal Taehyung lagi.

"Biarkan aje lah tu kan phone saya" Sara merengus.

Makin dilayan, makin mengada pula lelaki bernama Taehyung ni. Sara meneruskan kerjanya tanpa menghiraukan lelaki yang tidak membuat kerja itu.

Sekali lagi, telefon itu berdering.

Tanpa segan silu dan kebenaran, Taehyung mengangkat panggilan itu.

"Hello?"

Apabila Sara dengar sahaja perkataan itu, dia terus berdiri dan menghadap Taehyung. Baginya, lelaki itu sudah melampau. Apa yang dia fikirkan? Dia dah lupa ke pemilik telefon pintar itu sekarang berada di hadapannya dan merupakan bosnya?

Taehyung meletakkan jari pada bibir tanda meminta Sara senyap.

Talian di sebelah langsung tidak menjawab. Hanya kedengaran bunyi benda bergerak.

"Hello?"

Taehyung berkerut lagi. Nombir yang memanggil telefon itu segera dicatit.

"Professor Sara pergi tandas. Ada apa-apa pesanan ke untuk dia?" Taehyung cuba memancing sebarang suara.

"Taehyung?"

Satu suara akhirnya membalas. Suara seorang lelaki. Suaranya yang agak tenggelam timbul menandakan dia sedang penat ataupun takut. Tapi suara itu sangat dikenali.

"Kenapa kau ada kat situ? Kenapa kau ada dengan Sara?"

Soalan daripada hujung talian itu menyebabkan Taehyung terkesima. Taehyung memandang ke arah Sara.

"Aku kerja dengan dia. Kau ada apa-apa pesanan nak bagitau dia?" Taehyung menahan Sara daripada bergerak.

"Bagitau dia, Namjoon parah sekarang. Aku tak sangka dia gila sangat sampai nak lawan man to man dengan Jungkook!"

Taehyung akhirnya membuka speaker.

"Cakap balik apa yang kau cakap. Sara ada kat sini" suara Taehyung ditekan.

"Sara! Namjoon tengah parah sekarang! Jangan datang sini. Seokjin musuh dalam selimut. Antidot ada dalam Pandora!"

"Aku mana tahu Pandora kat mana! Namjoon tak pernah bagitahu!" Sara merampas telefonnya daripada Taehyung yang nampak begitu keliru.

Sara menyikat rambutnya yang panjang ke belakang dengan jari.

"Semuanya dia dah sediakan. Aku tak boleh lama. Ada dalam pejabat dia. Password dia--"

Bunyi seperti telefon itu terjatuh kedengaran. Kedengaran lelaki yang berada di sebelah sana menjerit kesakitan.

"LARI! LARI!"

Suara itu kedengaran semakin lama semakin jauh. Kedengaran dia mengaduh kesakitan dan terdengar juga bunyi lelaki itu seperti di belasah.

"Jimin! Kau dengar aku tak?! Jimin! Jawab!"

Suara lelaki bernama Jimin itu tidak lagi kedengaran.

Beberapa saat selepas bunyi pukulan itu berhenti, kedengaran bunyi seretan telefon itu.

"Hello? Hello?"

Taehyung dan Sara hanya mendiamkan diri. Mereka mahu lelaki yang berada di sebelah sana menyatakan hasrat dahulu sebelum salah seorang daripada mereka melenting.

"Sara, dah lama rasanya kita tak bersua. Ironically, i cant seem to remember your face at all. And of course, i dont miss you one bit. Dan Taehyung, i warned you. Aku dah kata yang aku akan hantar kau lubang nereka if you butt into my business. But at my surprise you dont seem to take my warning seriously"

Suara Jungkook berkumandang dari hujung talian. Sara mengigit bibir. Suara Jungkook membuatkan dia rasa serba salah.

"Hey, dont be so rude. Kenapa diam when i am obviously talking to the both of you?"

Kedengaran Jungkook seperti tersengih.

"Aku akan tunggu kau orang dengan Pandora dekat sini. I will text the address to you using this number. Dan kalau you guys got the guts to call the cops, aku takkan teragak-agak to kill more innocent people than I should. You know me Sara. Guns and knife dont slow me. Mainan tu tak berikan apa-apa kesan pada aku dan aku sangat berterima kasih dengan ubat-ubatan kau."

"Jungkook, stop all this nonsense. Apa je yang kau dapat daripada mengamuk dengan kitaorang? Your life back?" Sara tidak mahu mengalah dengan Jungkook.

"I got pleasure"

"What are you try to say mad man?" Taehyung pula kini memprovok.

"Anyways, you better come fast because it seems that your man right here can't handle strong acid."

Jungkook ketawa.

"Oh and by the way, your beloved Haru say hi"

Belum sempat Taehyung membuka mulut, Jungkook sudahpun meletakkan telefon.

✔ ʟᴏsᴛ ɪɴ ʜɪᴍ +ᴋᴛʜWhere stories live. Discover now