"Apa yang Haru cakap dengan awak malam tadi sampai awak takut sangat?" kali ini, Sara pula mengambil giliran untuk bertanya.
"Saya takut sebab tak biasa dengan interaksi pakai otak" Taehyung tersengih.
Tetapi senyuman yang dipakainya tidak tahan lama.
"Tapi, semalam, Haru minta tolong saya untuk selamatkan Namjoon dan Jungkook" Taehyung memberitahu.
"Jadi, sebenarnya, Haru berada di pihak kita?" Sara mengangkat kening.
"Mungkin ya, mungkin tak. Saya masih kurang pasti" Taehyung mengangkat bahu. Bubur yang sudah sejuk itu disuap perlahan.
Mereka berdua mendiamkan diri sekaligus menghabiskan makanan yang berbaki tadi.
"Lepas ni, kita kena buka Pandora" ujar Taehyung bersungguh-sungguh.
"Tapi kita tak tahu password" Sara berkerut.
"Jimin tak bagi kita apa-apa hint" Taehyung mengelengkan kepala.
"Bukan tak nak, tapi tak sempat" Sara memperbetulkan persepsi lelaki itu.
Taehyung meletakkan mangkuknya ke dalam singki dan membasuhnya. Selepas mengelap tangannya pada kain lap tangan, terus sahaja dia menuju ke arah meja kerja Sara yang dipenuhi kertas dan ditengah-tengahnya terletak Pandora yang berantai.
"Ada idea kenapa Pandora ni warna purple?" soal Taehyung kepada Sara yang sedang membasuh mangkuk sendiri.
"Tak pasti" balas Sara sambil mengelap tangannya.
"Kan saya dah cakap, saya hanya tahu kewujudan dia je, tak pernah tengok benda ni depan-depan pun" Sara berjalan terus ke arah sofa dan melabuhkan punggungnya.
"Apa perkataan terakhir yang Jimin cakap semalam?" soal Taehyung menginginkan kepastian.
"Lari? Bukan dia suruh kita lari?" soal Sara kembali.
"Lari? Daripada siapa? Jungkook?" Taehyung memandang Sara.
"Mungkin?" Sara mengangkat bahu.
"Kalau macam tu, tak pelik ke?" Taehyung duduk di sebelah Sara.
"Apa yang peliknya?" soal Sara lagi sambil matanya tertumpu kepada peti besi yang berada di atas mejanya.
"Kalau Jimin suruh kita lari daripada Jungkook, kenapa kita yang tak ikut cakap Jimin dan balik ke rumah awak yang obviously Jungkook dah tahu kedudukannya, masih lagi tak kena tangkap?" Taehyung memeluk tubuh.
Sara mengangguk.
"Macam mana kalau perkataan lari tu sendiri ialah password?" Sara berdiri dan mendekati meja kerjanya.
Kemudian, dia mentelaah kunci yang berada pada rantai Pandora itu.
"Tapi kunci ni ada nombor 4 digit je" Sara hampa.
Semasa menjumpai kotak Pandora di bilik Haru semalam, satu nota terselit pada rantai itu. Tulisan cakar ayam yang sukar difahami akhirnya dapat diterjemah dengan kepakaran Sara menggunakan alatan di dalam makmal.
'Kotak ini akan selamanya terkunci kalau salah kata laluan'
Disebabkan kata-kata amaran itu, Taehyung dan Sara segera mencari klu di dalam bilik 057 namun satu patah perkataan pun tidak dijumpai kecuali lukisan-lukisan Taehyung dan Haru yang bersepah di atas lantai.
Disebabkan mereka mahu mengkaji lukisan-lukisan itu kerana melukis adalah salah satu cara Haru berkomunikasi, mereka mengambil keputusan untuk menyimpan lukisan dan membawanya balik ke rumah
Tiba-tiba Taehyung teringat satu perkara. Beg Sara diambil dengan kasar dan dia membukanya dengan tergopoh gapah. Helaian kertas yang dia ambil daripada bilik 057 diselereakkan. Gambar-gambar yang dilukis oleh Haru diamati.
Memang semuanya gambar sesuatu berlari.
Walaupun semuanya comot dan hampir tidak dapat difahami, tetapi lukisan itu memang samar-samar menunjukkan sesuatu sedang berlari.
"Apa tu?" Sara memanjangkan lehernya untuk melihat sendiri apa yang lelaki itu keluarkan daripada begnya.
Tak gentleman langsung. Sudahlah dia membuka beg tangan itu dengan kasar, teraburkan segala isinya sehingga barangan peribadi milik Sara, selepas menjumpa apa yang dicari, dibiarkan pula beg itu nyawa-nyawa ikan.
"Semua lukisan yang Haru lukis ni macam ada benda berlari" Taehyung memandang Sara yang berada di belakang.
"Tak nampak pun?" Sara berkerut.
"Apa apa pun, perkataan lari memang password Pandora. Tapi persoalan dia macam mana kita nak terjemahkan perkataan itu kepada nombor?" Taehyung melabuhkan punggung di atas meja kerja Sara.
"Kita tukarkan perkataan lari kepada nombor? Contohnya huruf A ialah satu, B ialah dua, dan seterusnya" Sara memberi idea.
Taehyung terus mengambil kertas dan menulis susunan huruf dan nombor di bawah setiap huruf.
" L ialah 12. A ialah satu, obviously. R ialah 18. I pula sembilan. Kalau campur semua jadi 6 nombor pulak" Taehyung memberikan sepenuh fokus pada helaian kertas yang baru sahaja dia conteng.
Matanya teralih kepada perkataan lari yang dibulat di atas kertas itu.
"Tapi L nampak macam tujuh bila terbalik. I pula nampak macam satu" Taehyung mengurut dagunya yang tiada janggut. "Masalahnya A dengan R terbalik tak nampak macam nombor langsung!"
"Aah! Banyak sangat kemungkinan!" Sara menghempaskan badannya pada sofa.
"Tapi, bila A terbalik, dan buang palang dekat tengah-tengah di jadi V dan V dalam nombor roman ialah lima." Sara pula mengurut dagu, seperti tidak mahu kalah dengan lelaki itu. "R pula diterbalikkan dan buang ekor nanti jadi P terbalik. Bentuk dia sama macam nombor enam terbalik. Tapi itu masih nombor enam kan?"
"Awak janganlah buat saya pening. Banyak sangat teori ni" Taehyung seperti mahu mengalah.
"Apa kata awak tidur dan tanya pada Haru?" Idea bernas terpacul keluar daripada mulut Sara.
Taehyung terdiam.
"Tapi, saya dah tersakitkan hati dia semalam" perlahan Taehyung membalas.
"Jangan tebal sangat ego tu. Tebal muka tak apa. Kita ada satu peluang je nak buka Pandora ni. Satu peluang ni je boleh selamatkan Namjoon dan Jungkook" ujar Sara dengan tegas.
"Tapi..." Taehyung seperti merengek.
"Buat pertama kali dalam sejarah, saya nak gunakan kuasa saya sebagai bos sementara awak untuk tidur dan jumpa Haru sekarang. Saya tak beri awak pilihan. Ini ialah arahan" Sara berlagak seperti diktaktor.
"Baik bos" Taehyung memberi tabik dan terus berbaring di atas sofa dan peha Sara sekali lagi menjadi bantal.
"Saya tidur dulu" Taehyung tersengih sebelum menutup mata.
![](https://img.wattpad.com/cover/208152057-288-k655737.jpg)
YOU ARE READING
✔ ʟᴏsᴛ ɪɴ ʜɪᴍ +ᴋᴛʜ
Fantascienza° ᴬ ᴹᴬᴸᴬᵞ ᶠᴬᴺᶠᴵᶜ ᶠᴿᴼᴹ ᴿᴬᵁˢᶻᵞᴰᴬᴵ ° in which his whole existence is a labyrinth. cover made by my best buddy: @cryingat5am Publish : 30/12/2019 End :11/3/2020