40

478 62 4
                                    

"Mana korang dapat semua ni?" soalan itu ialah yang pertama sekali terpacul keluar sebaik sahaja seluruh ruang itu diterangi cahaya lampu LED yang tertanam pada siling ruang itu. 

Di hujung tempat sasaran menembak, terdapat logo Black Zone yang timbul pada dinding. Kalau matanya tidak menipu, di dalam bilik bertarung di mana Jungkook berlatih juga terdapat simbol itu.

"Itu soalan pertama kau? Kau sepatutnya lebih tahu yang kitaorang ni agensi rahsia yang tak patuhi undang-undang. You're dealing with gangsters, killers, drug and human traffickers, Don't be stupid" Haru menyampah dengan lelaki itu. 

Kata mahu sertai mereka, tapi kerja kotor pun tak tahu.

"Yeah, every one can be silenced with money. Typical" Taehyung mengangkat bahu.

"Kau nak belajar ke, kau nak kutuk kerja kitaorang?" soal Haru, geram dengan perangai Taehyung.

Dia tidak sangka lelaki itu berperangai sebegitu. Memang patut pun Namjoon pening kepala setiap kali dia ataupun Jungkook menyebut nama Taehyung.

"Okay, aku belajar" Taehyung mengangkat tangan bagaikan ditahan polis.

"Nah, benda paling basic dulu. Glock-17" Haru menyerahkan sepucuk pistol automatik di ambilnya daripada atas meja yang dia sediakan sebentar tadi.

"Aku kenal pistol ni" Taehyung tersengih. 

"Sebab banyak sangat tengok TV" pengakuan Taehyung menyebabkan Haru tepuk dahi.

"Pistol ni ada 6 peluru. Benda pertama yang kau kena buat ialah leraikan dan pasang balik pistol ni dalam masa dua minit" Haru bercekak pinggang.

"Dah serupa askar" bisik Taehyung.

"Kita akan ada dalam medan perang! So, get your ass ready" Haru mula naik angin. 

Baginya, kendali senjata api adalah sesuatu yang amat serius. Sikap Taehyung yang asyik mahu main-main dan annoying menyebabkan dia terasa begitu terbeban. Entah kenapa dia menyukai lelaki itu pun dia tak tahu. Sedangkan dia dah tahu bahawa lelaki itu sememangnya bukan type lelaki yang dia suka.

"Yes ma'am" Taehyung memberi tabik hormat. 

Haru menunjukkan cara meleraikan pistol itu terlebih dahulu dengan perlahan supaya Taehyung mampu mengikut gerak gerinya. Habis sahaja dia meleraikan, Taehyung terus leraikan Glock-17 yang berada di dalam genggamannya dengan tangkas. 

Haru yang nampak ketangkasan lelaki itu terus memasang semula pistol dengan kelajuan yang sengaja dipercepat. Namun, lelaki itu masih boleh memasang semula pistol itu tanpa sebarang masalah.

"Kau pasti kau tak pernah sentuh benda ni?" soal Haru, pelik dengan ketangkasan Taehyung yang tidak langsung dijangka.

"Aku fikir kau dah masuk dalam memori aku" jawab Taehyung dengan nada bersahaja.

"Apa maksud kau? Kau memang dah pernah guna benda ni sebelum ni?" soal Haru, tercabar dengan pernyataan itu.

"Aku pernah guna. Tapi sekali je. Masa kat atas bot. Aku salah seorang budak yang diaorang kerah suruh bunuh budak lain yang mentah" Taehyung membelek Glock-17 itu lalu menyasarkan muncungnya kepada sasaran.

"Aku masih dapat rasa macam mana perasaan aku pegang pistol ni dulu. Mungkin sebab tu ada chemistry" Taehyung tersengih dan pistol diletakkan kembali ke atas meja besi yang berada di hadapannya.

"Kau boleh tembak tepat?" soal Haru, kini lebih tertarik dengan fakta tentang Taehyung.

Kini, punggungnya di labuhkan di atas meja besi yang sejuk itu. Lebih selesa dalam keadaan begini kerana ketinggiannya tidak mampu melawan Taehyung. Sakit tengkuk kalau terus mendongak.

"Aku tak pernah cuba" Taehyung mengangkat bahu tanda jujur.

"Aku nak kau cuba tembak tepat pada sasaran paling jauh tu. Kalau kau boleh, senang sikit kerja kita" Haru tersengih memandang Taehyung.

"Kalau aku dapat tembak tepat sasaran tu, aku nak kau bagi aku hadiah" Taehyung mendekatkan mukanya dengan muka Haru. 

Wanita itu tersenyum sinis. Masing-masing mampu merasakan kehangatan udara hembusan masing-masing. Haru memandang tepat ke dalam mata Taehyung yang berwarna coklat gelap itu. Baginya, tiada apa yang lebih menawan berbanding bersemuka dengan seseorang yang disukai.

"I'll grant you a wish if only you hit bullseye" Haru mempersilakan Taehyung untuk melakukan tembakan.

"Whatever might it be?" soal Taehyung mengangkat kening sambil tangannya merayap pada pistol untuk dia bersiap siaga.

"Well, perverted ones aren't counted anyways, so, yes" Haru, tanpa berfikir panjang, hanya mengiyakan sahaja permintaan lelaki itu.

Taehyung berdiri tegak di hadapan sasaran yang dimaksudkan oleh Haru. Kaki dan tangannya tidak lagi menggeletar seperti kali pertama dia menggunakan senjata itu. Mungkin kerana tembakan itu bukan untuk tujuan membunuh.

BANG!

Satu tembakan dilepaskan. Asap keluar daripada muncung pistol. Taehyung mula terbau serbuk mesiu yang dikeluarkan sama waktu dengan peluru dimuntahkan.

Matanya mula fokus pada tempat sasaran. Taehyung berdecit kerana peluru tersebut tertembus satu sentimeter jaraknya dengan bullseye. Dia meletakkan semula pistol itu di atas meja.

"Beginner's luck. Nasib baik tak kena bulleye. Kalau tak.." Haru mengurut dadanya. Bibirnya terukir senyuman lega.

Dia tidak mampu menipu, jantungnya masih berdegup kencang walaupun dia tahu yang dia tidak perlu memberikan apa-apa kepada Taehyung.

Haru turun daripada meja itu dan menepuk dada Taehyung.

"Jangan risau, I will make you a pro" Haru berlalu dari situ sambil kedua-dua tangannya menggenggam erat sepucuk Glock-17 untuk setiap satu tangan dan menembak tepat ke arah sasaran.

Taehyung terdiam tak terkutik. Dalam hati hanya mampu memuji kehebatan wanita itu.

"Jangan risau, aku akan pastikan kau boleh buat macam aku buat tadi pakai semua senjata api yang aku dah sediakan untuk kau" Haru meletakkan Glock-17 di atas meja.

"Sekarang, aku nak kau buka, pasang dan tembak. Terus menerus" Haru bercekak pinggang.

Taehyung meneguk liur. Biar betul perempuan ni. 

"Tapi, aku takkan bagi kau kerja mudah" Haru tersengih kemudian berjalan ke arah dinding dan menekan satu punat berwarna merah.

Tiba-tiba sahaja muncul daging yang tergantung, betul-betul di hadapan tempat sasarannya.

"Aku nak kau lencongkan peluru tu" Haru tersenyum jahat.

✔ ʟᴏsᴛ ɪɴ ʜɪᴍ +ᴋᴛʜWhere stories live. Discover now