42

425 61 4
                                    

Jungkook terus menerus menumbuk kuat lelaki itu walaupun Taehyung sudah tersungkur. Darah yang keluar daripada hidung langsung tidak diberikan peluang untuk dilap. Bukan itu sahaja, Jungkook juga dibantu oleh robot AI yang menggunakan peluru paintball yang akan meninggalkan lebam.

"Jungkook, take five" arah Seokjin yang kasihan melihat Taehyung dibelasah tanpa belas kasihan.

Tapi, kalau dia mahu Taehyung untuk bersama dalam ekspedisi gila ni, Taehyung perlu lali dengan kesakitan, sama seperti Haru dan Jungkook yang sentiasa bekerja di padang.

Taehyung hanya terbaring lemah di atas lantai dan sehelai kain yang diisi dengan ais dicampak tepat ke perut oleh Jungkook.

"Jangan jadi lemah. Kalau kesakitan macam ni pun kau tak tahan, macam mana kalau kau terkena tembakan daripada peluru sebenar?" Jungkook meneguk air kosong yang sejuk itu rakus kemudian dia menghulurkan tangannya kepada Taehyung supaya lelaki itu bangkit.

Taehyung yang terlalu sakit untuk bersuara hanya mampu menekap ais pada tempat dia ditembak dan mencapai tangan Jungkook lalu lelaki itu menariknya bangun.

"Kita tak ada masa. Kau hanya ada seminggu untuk lali dengan semua lebam ni dan untuk kalahkan aku" Jungkook mula merenggangkan badannya.

Taehyung yang dari tadi diam hanya mampu menyedut sedikit air sejuk yang telah cair daripada kain yang berisi ais. Lalu dia buang kain tersebut dan bersedia untuk berlawan sekali lagi. Kali ini, matanya lebih fokus dengan bahaya yang akan datang.

Jungkook hanya tersenyum sinis mengenangkan kedegilan lelaki yang berada di hadapannya. Dia tidak akan mungkin kalah dengan lelaki itu buat masa terdekat ni. 

Taehyung mula memasang kekuda dan tangannya berada di hadapan dada tanda bersedia untuk menyerang. Walaupun kakinya sukar digerakkan akibat menahan kesakitan ditembak paintball, dia hanya perlu fokus kepada Jungkook yang menumbangkan lelaki itu supaya dia boleh berehat.

Air liur diludah ke lantai, Jungkook turut membaling botol air jauh dari tempat mereka berlawan.

Seokjin yang menerima signal bahawa kedua-dua mereka mahu berlawan hanya mangaktifkan drone dan robot AI yang akan menembak Taehyung dengan peluru tumpul dan menyakitkan.

Drone dan robot mula menembak. Taehyung hanya mampu mengelak satu dan dua peluru dan yang lain dimakan oleh badannya. Terdapat juga peluru yang terkena di tempat yang sama berkali-kali.

Taehyung mengagahkan diri dan berlari laju menuju ke arah Jungkook. Satu tumbukan padu cuba diberikan namun Jungkook mengelak dengan mudah. Sebagai balasan, satu tumbukan di perut dihadiahkan oleh Jungkook menyebabkan Taehyung tersungkur sekali lagi.

Namun Taehyung tidak mahu berputus asa lagi. Dia berdiri dan berlari laju ke arah Jungkook sambil drone dan robot mengejarnya. Taehyung segera melompat ke belakang Jungkook menyebabkan lelaki itu terkena peluru paintball yang sebenarnya ditujukan kepada Taehyung.

Haru tersenyum sendiri melihat pertarungan yang berat sebelah itu. Mana mungkin Taehyung mampu mengalahkan Jungkook dalam sangkar Jungkook sendiri. Namun lelaki yang bijak itu sudah semestinya mempunyai rancangan di dalam kepalanya.

Jungkook yang terkena peluru sebentar tadi tidak langsung berganjak. Peluru itu bagaikan langsung tidak memberi kesan kepada kulit dan reseptor sakitnya. Jungkook memandang Taehyung yang laju sahaja mengelak daripada terkena peluru dan sedang pantas menuju ke arahnya. 

Taehyung menggenggam baju Jungkook yang kini sudah sedikit berwarna dan cuba untuk menarik lelaki itu supaya dia terkena peluru yang dimuntahkan oleh pistol yang terpasang pada drone dan robot yang sedang sibuk mengejarnya, tapi badan Jungkook seakan-akan terlalu berat untuk ditarik dan Taehyung akhirnya menerima sebuah tumbukan padu sekali lagi di perut menyebabkan matanya berpinar.

Taehyung kini kembali berbaring dan matanya menangkap pandangan sinis Jungkook. Dadanya senak dan nafasnya tidak teratur. Tidak sampai sepuluh saat, imej yang dia nampak hanyalah kegelapan.

"Seronok kena belasah?" soal satu suara yang bagaikan mengejutkan Taehyung dari lena. 

Badannya langsung tidak terasa sakit walaupun dia baru sahaja bertarung dengan Jungkook si Badang yang tak ada simpati.

"Aku pengsan lagi?" soal Taehyung apabila dia cuba bangun daripada perbaringan dan duduk di atas lantai.

"Well, yes, obviously" suara Haru bagaikan mengejeknya.

"Kecedaran aku teruk sangat ke?" Taehyung berjalan mengelilingi ruang rumah usang yang pintunya tertutup itu.

"Jungkook tahu titik kelemahan orang. Sebab tu kau boleh pengsan walaupun dia baru bagi kau beberapa blow"

"Ada soalan yang aku daripada tadi nak tanya sebenarnya. Siapa yang sebenarnya korang tengah lawan ni?" soal Taehyung, straight to the point. 

Oleh kerana dia tidak mampu untuk bertanya di realiti, dia memberanikan diri bertanya di alam mimpi.

"Organisasi yang dah culik kita dulu"

"Kenapa korang berdendam dengan diaorang? Kenapa tak boleh lepaskan masa lampau?" Taehyung tidak faham agenda sebenar mereka.

"Well, aku tak tahu kenapa Jungkook berdendam dengan diaorang, tapi aku ada sebab yang munasabah kenapa aku tak mampu nak lepaskan masa silam aku"

"Benda ni ada kena mengena dengan sebab kau membunuh ke?" Taehyung cuba mencungkil lebih dalam lagi.

"Well, yes. Aku membunuh sebab organisasi ni. Aku dah banyak ambil nyawa orang lain dan aku nak bertaubat"

"Kau tahu yang balas dendam bukan salah satu cara untuk bertaubat kan?" Taehyung masih lagi tidak faham.

"Bagi aku, ianya salah satu cara untuk aku bertaubat. Sebab orang dekat sana masih lagi ambil advantage daripada kebolehan aku. Aku masih connected dengan kepala diaorang" 

"Jadi, diaorang boleh buat kau membunuh tanpa kau sedar?" Taehyung cuba memberi kesimpulan.

"Lebih kurang macam tu. Seokjin oppa punya dadah yang kawal aku daripada terus berhubung dengan diaorang"

"Habis tu, macam mana kau boleh berhubung dengan aku?" Taehyung pening.

"Aku sendiri tak boleh nak bagi kau jawapan untuk soalan tu. Seokjin oppa cakap, semua ni tak boleh diterangkan menggunakan sains"

"Kalau macam tu, kau baru je berikan aku matlamat yang baru untuk masuk dalam kumpulan ni" Taehyung tersengih.

✔ ʟᴏsᴛ ɪɴ ʜɪᴍ +ᴋᴛʜWhere stories live. Discover now