"Maksudnya dalam sarang kita ada mole ke?" Haru memandang ke arah Seokjin dan Seokjin hanya membalas dengan anggukan kepala.
"Dengar dulu apa yang dia nak cakap. Soal siasat belum habis lagi" suara Jungkook yang kedengaran terlalu dingin menyebabkan Sara dan Seokjin menutup mulut.
Bukan mudah untuk dapatkan Jeon Jungkook versi dingin begitu.
"Awak pernah nampak muka dia? Sekadar bentuk badan pun sangat membantu"
"Tak. Saya hanya dapat arahan melalui satu panggilan telefon. Pada mulanya sangat tak percaya dengan dia. Yelah kan, takkan gangster seramai-ramai tu boleh mati kena bunuh macam tu je? Tapi lepas saya pergi sangkar kami, memang betul semua orang tengah kelam-kabut sebab bos besar dah mati"
"Jadi, macam mana awak boleh tahu yang pembunuh bos awak tu yang berikan arahan?"
"Macam mana? Tempat tu penuh dengan kertas bersepah-sepah atas lantai dan bangunan suruh sesorang bunuh Taehyung dan Sara. Sebab tu saya buat"
"Jadi, maksud awak. semua orang diberikan arahan yang sama oleh pembunuh bos awak tu?"
"Haah. Bukan tu aje. Pembunuh tu kan dah bunuh bos kami. Jadi, kalau sesiapa sahaja yang dapat bunuh Taehyung dan Sara tu, mereka akan dinaikkan pangkat walaupun sebelum ni mereka hanyalah orang bawahan"
"Kalau macam tu, kenapa awak kata pentadbiran dalam kumpulan awak bertambah baik sedangkan awak sendiri kata mereka kelam kabut?"
"Saya tak boleh cakap tentang itu dengan encik polis. Itu urusan peribadi kumpulan"
"Alang-alang awak dah sampai sini, insaf terus tak boleh?"
Mereka mendiamkan diri.
"Banyak syarikat tiba-tiba buat investment pada kumpulan kami. Jadi saya rasa itu satu perkara yang baik untuk kumpulan. Lagipun, pembunuh bos kami tu, dia tambah bilangan gangster di markas kami sebab tu saya cakap macam tu"
"Saya faham. Habis tu, kenapa awak beritahu saya tadi, tak semua orang yang saya pandang sebagai seorang yang baik, itu tak baik sebenarnya?"
"Sebab saya ada nampak beberapa orang yang bekerja di bawah kumpulan kami di sini. Tak hairan kalau mereka tu kawan encik polis"
"Kenapa awak macam nak beri amaran kepada saya?"
"Encik polis ingat, saya tak kenal encik polis? Saya tahu encik polis berpihak pada siapa. Kalau encik polis beri saya jaminan keselamatan macam yang pegawai siasatan saya sebelum ni berikan, kemungkinan saya untuk hidup lebih tinggi. Saya bukan beri amaran pada encik je, saya beri bukti kepada encik, dan saya mahukan keselamatan saya terjaga oleh encik. Sebab saya tahu dari saat saya buka mulut tentang kematian bos kami, saya ada dekat hujung tanduk"
"Maksud awak, mata-mata mereka ada di mana-mana?"
"Sudah tentu. Korea Selatan ni kecil je encik. Encik jangan naif sangat."
"Lepas ni, ada lagi pegawai siasatan yang akan tanya awak perihal hal domestik awak. Saya minta diri dulu"
Jungkook meraup wajahnya kerana pening dengan apa sahaja yang baru dia dengar.
"Kau pasti kita boleh percaya entah siapa siapa ni? Sedap dia je bagi kita maklumat sulit kumpulan tu" Jungkook bengang.
"Kenapa kau marah sangat? Baguslah ni kita dapat maklumat tambahan" Haru berkerut dengan perubahan Jungkook.
Sudahlah tadi dia menyakat orang macam budak kecil. Sekarang ni serius sangatlah pulak.
"Maklumat tambahan yang tak bagus untuk kita. Kau tak faham ke apa yang dia cuba sampaikan? Seorang daripada kita ialah spy. Maksudnya apa sahaja yang kita dah rancang, mereka dah tahu!" Jungkook berdiri dan jari telunjuknya menunjuk ke arah skrin hologram sambil matanya mencerlung tajam ke arah Haru yang baginya agak perlahan itu.
"Tapi, tak semestinya dia maksudkan tentang kita. Dia mungkin maksudkan tentang pihak polis" Haru pula bangun kerana tak puas hati dimarahi sebegitu oleh Jungkook yang obviously lebih muda daripadanya.
"Oh come on, dia sendiri cakap yang dia tahu Yoongi hyung ada pada pihak siapa. Dia bukannya suruh Yoongi hyung yang jaga keselamatan dia, dia suruh kita! Kau dan aku! Takkan benda simple macam tu kau tak faham?" Jungkook mendekatkan diri dengan Haru kerana bengang Haru melawan katanya.
Mereka ada dalam situasi yang fatal kot! Tak ada masa untuk mereka duduk atas sofa empuk ni. Tak ada masa untuk berfikiran tertutup dan hiraukan segala kemungkinan. Musuh mereka bukan calang-calang. Tapi pembunuh gila yang entah macam mana boleh masuk ke dalam gambar ini membuatkan Jungkook lebih takut daripada sebelumnya.
Jungkook sudah mengetahui musuh mereka, modul operandi mereka, siapa yang paling mereka harapkan. Tapi, bila semua orang itu telah dibunuh, sekarang apa yang dia dendamkan tidak akan dapat dilaksanakan. Ada orang lain yang dah bunuh mereka sebelum Jungkook. Sudah tentu dia bengang.
"Jungkook, bos mereka dah mati. Dah tak ada makna kita nak teruskan operasi kita lagi. Apa yang kita rancang selama ni dah hancur. Apa yang patut kita buat sekarang?" Soal Seokjin sekaligus cuba meleraikan pergaduhan Haru dan Jungkook.
"Masih ada makna lagi. Walaupun dia bukannya bos sebenar kumpulan tu, dia masih lagi musuh aku. Dia masih lagi cuba untuk cederakan Sara dan Taehyung. Walaupun aku tahu diaorang tak ada kena mengena dengan kita, tapi kita yang bertanggungjawab dengan segala kecederaan mereka. Aku tak nak berhutang dengan Tae lepas apa yang dia dah buat" kata Jungkook kemudian duduk di atas sofa semula.
"Lagipun, aku nak tahu apa motif dia bunuh semua orang penting kumpulan tu. Apa kaitannya pulak dengan Taehyung. Aku nak kenal siapa musuh kepada musuh aku. Mungkin kami boleh buat bisnes" kata Jungkook kemudian menyilangkan kakinya.
"Aku baru ingat nak bercuti kalau kau kata kita dah tak ada kena mengena dengan pembunuh bos tu" Seokjin mencebik.
Jungkook dan Haru hanya tersengih dengan ulasan professor kesayangan mereka.
YOU ARE READING
✔ ʟᴏsᴛ ɪɴ ʜɪᴍ +ᴋᴛʜ
خيال علمي° ᴬ ᴹᴬᴸᴬᵞ ᶠᴬᴺᶠᴵᶜ ᶠᴿᴼᴹ ᴿᴬᵁˢᶻᵞᴰᴬᴵ ° in which his whole existence is a labyrinth. cover made by my best buddy: @cryingat5am Publish : 30/12/2019 End :11/3/2020