8

1.1K 126 45
                                    

Sara membuka pintu yang membenarkan dia memasuki kawasan Black Zone. Cepat-cepat dia berjalan menuju ke arah ruangan 0001 yang tidak jauh dari pintu masuk kerana ruang tersebut sememangnya berdekatan dengan pintu masuk.

Ruangan tersebut terletak di hadapan sedikit daripada pintu kerana dihadapan ruang 0001 itu terdapat sebuah ruang yang agak besar yang kosong tapi berselirat dengan wayar melekat di dindingnya. Terdapat juga beberapa tiub oksigen, hidrogen, karbon dioksida, karbon monoksida, gas klorin dan sulfur dioksida. Ke semua gas ini digunakan bagi memudahkan proses mutasi spesimen.

Terdapat juga gas yang terhasil disebabkan mutasi, juga berada di dalam salur logam yang tidak bertindak balas dengan gas yang dibebaskan oleh spesimen dan para doktor.

Lantainya pula merupakan jaringan besi kerana dibawahnya terdapat beberapa saluran yang membawa cecair berlainan pH.

Bau di dalam kawasan Black Zone yang busuk itu dilalui okeh Sara dengan selamba. Dia sudah lali dengab bau-bauan yang tidak menyenangkan begini. Secara jujur, kawasan ini jauh lebih busuk berbanding dengan kawasan Yellow Zone yang dipenuhi dengan mayat itu. Hal ini sudah tentu kerana kerja Namjoon yang pentingkan diri sendiri itu.

Namjoon telah melakukan beberapa jenis mutasi kepada beberapa orang spesimen yang berlainan yang menyebabkan mereka lebih layak dipanggil mayat hidup oleh lelaki yang tidak berperikemanusiaan itu kerana kulit mereka yang mereput dan wajah mereka yang tidak serupa spesies manusia yang hidup di muka bumi yang bulat ini.

Sara terus sahaja masuk ke dalam ruangan 0001 dan meletakkan fail laporan di atas mejanya.

Bau lelaki di hadapannya itu juga tidak ubah seperti mayat yang sudah bertahun mati namun organ dan kulitnya diperap. Namun tubuh Jungkook yang kekar disebabkan mutasi itu masih lagu bertahan. Lelaki itu sudah serupa dengan Hulk namun dia tidak berwarna hijau dan saiznya bukan gergasi.

Sara merenung wajah Jungkook yang dipenuhi dengan urat timbul yang berwarna merah, biru dan hijau. Lelaki itu mengetap bibir dan dahinya berkerut seribu kerana sedang cuba menahan sakit yang teramat.

Sara telah menyebabkan semua ini.

Kalaulah dia tidak berhadapan dengan Namjoon hari itu, kalaulah dia tidak keras kepala untuk mengugut Namjoon, kalaulah dia tak pentingkan diri, kalaulah idea meninggalkan Jungkook tidak hadir, kalaulah...

Kini, pipi Sara sudah pun basah dek dihujani oleh air mata suamnya sendiri. Rasa serba salah ini tidak akan tinggalkan dirinya selagi Jungkook tidak pulih semula sebagai seorang manusia yang normal yang mampu untuk menjalani kehidupan buat kali kedua. Lagipun, yang telah meragut kesempatan itu sebenarnya ialah dirinya sendiri.

"Kenapa menangis?" Perlahan sahaja Jungkook bertanya dek menahan kesakitan melampau akibat dadah dimasukkan ke dalam badannya dan tidak berhenti bertindak balas di dalam badannya itu.

Jungkook juga tidak pernah menyangka bahawa dia boleh menjadi sekuat itu. Dia tidak pernah terfikir bahawa dia akan jadi sebegini kental dari segi mental selepas menerima pelbagai jenis penderaan. Dia juga tidak sangka, wanita yang selama ini menaman keketalan tersebut di dalam kepala dan hatinya itu kini ingin menyelamatkan dirinya pula. Sejenak dia berfikir, dia tidak mampu untuk berdendam dengan wanita ini. Namun dia yang selama ini berada di belakang tadbir penyeksaan semua orang yang berada di sini.

"Awak tak layak menangis. Awak tak sakit" nada suara Jungkook semakin lama semakin perlahan. Sesungguhnya, lelaki tak guna itu telah menambah dos dadah itu dengan sengaja tanpa sebab.

"Saya minta maaf" wanita itu tiba-tiba sahaja meminta maaf. Badannya dibongkokkan 90 darjah dan air matanya tidak berhenti untuk mengalir.

Jungkook kaget dalam kesakitan. Dia memejam matanya rapat kerana kesakitan itu bagaikan tidak dapat ditanggung lagi. Dia tidak mahu mati di sini. Dia tahu dia boleh melawan. Dia telah melawan segalanya yang lelaki durjana itu telah berikan kepadanya. Dia tidak boleh mati sekarang. Kalau begitu, dia akan kalah. Dia tidak mahu kalah dengan lelaki seperti Namjoon.

"Jungkook?!" Sara kelam kabut apabila Jungkook mula mengigil tanpa amaran. Matanya merah apabila terbelalak tiba-tiba menyebabkan Sara terjerit kecil. Dada lelaki itu turun naik secara agresif dan bibir lelaki itu diketap kuat sehingga darah mula mengalir tanpa henti. Pipi dan hidungnya kembang kuncup mencari oksigen yang bagaikan hilang dari persekitaran.

Sara panik namun masih boleh berfikiran waras. Terus sahaja dia memberhentikan pengaliran dadah yang terus ke arteri Jungkook itu. Jarum dia lengan tangan Jungkook ditarik perlahan walaupun diganggu oleh gigilan Jungkook yang semakin menjadi-jadi. Bacaan denyutan jantung Jungkook yang sememangnya sudah abnormal berbanding manusia lain itu juga kini melonjak tinggi. Kalau dibiarkan, jantung Jungkook akan meletup!

Sara terus berlari ke arah telefon yang melekat pada dinding ruangan itu sepertimana ia disediakan di ruangan lain juga di dalam kawasan Black Zone itu. Ganggang telefon itu ditarik kasar dan punat nombor satu ditekan lama.

Kecemasan! Spesimen 0001 dalam bahaya. Code Black!

Baik. Bantuan akan tiba.

Panggilan dimatikan. Sara bergegas semula kepada Jungkook. Tangan Jungkook yang berurat dan kekar itu dipegang kemas. Jarum penenang itu dibenamkan ke dalam kulit Jungkook. Jarum yang digunakan itu merupakan jarum yang istimewa dan diperbuat daripada logam yang keras kerana bukan semula logam mampu menembusi kulit Jungkook yang keras itu.

"Awak tak boleh mati lagi. Jangan mengalah dengan Namjoon! Jangan kasi dia pandang rendah kepada awak! Awak kena kuat! Awak kena hidup supaya saya dapat tebus segala kesalahan saya kepada awak. Jangan tinggal saya, Jungkook" suara Sara kini tenggelam timbul akibat melawan sedu sedan.

Keadaannya sekarang tidak sesuai untuk menyelamatkan Jungkook dan dia sendiri tidak mempunyai satu klu tentang dadah baharu yang digunakan oleh Namjoon kepada Jungkook.

Marahnya terhadap Namjoon membuak-buak namun marahnya terhadap diri sendiri tidak tertahan.

✔ ʟᴏsᴛ ɪɴ ʜɪᴍ +ᴋᴛʜWhere stories live. Discover now