46

427 57 47
                                    

Haru memandang ke arah Taehyung yang sedang bermain dengan jarinya. Suara Namjoon sejak dari tadi terngiang di dalam kepalanya. Kenapa perlu dia yang menjalankan permintaan itu? Kenapa bukan Jungkook yang selama ini memang membenci Taehyung?

Kereta yang dipandu oleh Jungkook itu dibawa agak perlahan masuk ke dalam perkarangan pelabuhan yang dipenuhi dengan manusia yang penuh tatu dan rokok di dalam mulut mereka.

Jungkook memarkirkan keretanya di tengah-tengah kawasan itu. Di hadapannya, terdapat sebuah bot yang amat besar dan bot itu mengenangkan kembali memori silam yang tidak mahu dia ingat.

Mereka bertiga keluar daripada kereta dengan tangan berada di atas kerana tidak mahu mencetuskan pergaduhan dengan sesiapa sahaja yang berada di situ. Matlamat mereka hanya mahu menyelamatkan Sara yang mungkin diculik oleh mereka.

Jimin mungkin ialah orang yang diperkatakan oleh Jung Hoseok. Orang yang telah membunuh semua orang penting di dalam organisasi.

"Aku nak jumpa bos korang!" pinta Jungkook dengan nada kuat supaya semua orang dapat mendengar.

Tiba-tiba, seorang kanak-kanak yang berpakaian lusuh mendekati mereka dan menyuruh mereka mengikut dirinya. Daripada tuturnya, kanak-kanak itu buka berasal daripada Korea Selatan ataupun negara berdekatan dengannya.

Haru yang memahami kanak-kanak perempuan itu menterjemahkan setiap bait yang diperkatakan.

Akhirnya, ketiga-tiga mereka mengikuti kanak-kanak itu ke dalam satu kontena yang disinari dengan cahaya lampu. Ditengah-tengah kontena itu terdapat seorang wanita yang amat mereka kenali iaitu Sara. Sara sedang terbaring sambil seluruh badannya diikat.

Jungkook ialah orang pertama yang berlari terus ke arah Sara. Taehyung memandang Haru yang sedang ralit memandang kanak-kanak perempuan yang membawa mereka ke situ.

Akhirnya, Taehyung melangkah masuk ke dalam kontena itu apabila dia terdengar Jungkook menjerit memanggil nama Sara.

Sara membuka matanya dan memanggil nama Jungkook. Jungkook yang lega terus mendudukkan perempuan itu.

"Kau ada cedera--" ayat Jungkook dipotong apabila Sara meludah tepat mengena wajah lelaki itu.

Sara memandang ke arah lain dan apabila dia mendapati Taehyung berada di situ bersama dengannya, Sara terus memeluk badan lelaki itu dan menangis.

Haru yang tergamam melihat adegan itu tidak perasan bahawa kanak-kanak perempuan tadi menolak dirinya masuk ke dalam dan mereka dikunci dari luar apabila cepat sahaja pintu kontena itu tertutup.

Jungkook mengelap mukanya menggunakan baju yang dipakai. Dia tidak sangka akan diperlaku sebegitu rupa dengan wanita yang selama ini kononnya menjaganya dengan penuh kasih sayang.

"Macam mana boleh awak hidup balik?" soal itu diajukan oleh Sara yang menyorokkan mukanya ke dalam dada Taehyung yang bidang.

Taehyung menolak badan wanita itu dan memandang tajam wajah Sara yang redup itu. Wanita itu sudah banyak menangis di sebabkan oleh dirinya.

"Saya tak pernah mati" jawapan itu diberikan dengan suara yang dalam. Entah kenapa, dia marah apabila Jungkook diperlaku sebegitu oleh Sara, wanita yang selama ini Jungkook sayang.

Haru yang kasihan dengan keadaan Jungkook cuba untuk membangunkan lelaki itu namun Jungkook menepis tangan Haru. Jungkook terus berjalan menuju ke salah satu dinding dan menumbuknya kuat sehingga lantai yang mereka pijak itu juga bergegar kuat.

Jungkook tanpa henti menumbuk dinding itu dengan kuat sehingga terbentuk genggamannya pada dinding itu. Namun, dinding itu terlalu tebal untuk kuasa tumbukannya menyebabkan lubang untuk mereka keluar.

Bibir Jungkook diketap kerana amat marah dan dia sendiri tak tahu apa yang patut dia utarakan kepada mereka sekarang. Dia tahu, dalam keadaan begini, dia tidak sepatutnya beremosi. Tapi kalau dia diperlaku sampai begitu sekali, hati siapa yang tak panas?

Taehyung hanya mampu bersimpati dengan keadaan Jungkook namun dia hanya membiarkan sahaja kerana ianya mungkin satu-satunya cara mereka dapat keluar dari situ.

"Hey, kenapa ni? Kita kat mana?" soal cepumas Sara menyebabkan Taehyung naik angin.

"Sara, get into your senses! Kau dah gila ke?" Taehyung menengking wanita itu.

Tapi, kalau diikutkan, memang bukan salah wanita itu kalau dia sudah tidak waras. Trauma yang dihadapinya bukan main-main.

"Hello ladies and gentlemen, welcome back home" satu suara yang amat dikenali oleh mereka tiba-tiba sahaja bergema di dalam ruangan itu.

Jungkook juga berhenti menumbuk apabila terdengar suara bangsat yang akan dia lumat-lumat sampai mati.

"Aku tahu reunion ni sangat touching, sangat drama, tapi, I have to put in on hold, unfortunately. So, as you all know, I am the chef of your food for the past months, Park Jimin. Hari ni, aku nak bagitau cara untuk korang keluar daripada tempat tu"

"Kau jangan nak main-main boleh tak? Aku dah muak dengan topeng muka kau" Jungkook menengking suara itu.

Bagi Taehyung, keadaan ini sama seperti dalam kepalanya. Dia hanya mampu tersenyum.

"Well, kau tak perlu tengok muka aku untuk main permainan yang menyeronokkan ni. Kau hanya perlu dengar suara. Aku akan beritahu syarat-syarat permainan"

"Kitaorang tak pilih untuk bermain pun!" Haru pula yang menjerit supaya Jimin dengar.

"Oh, permainan ini bukan pilihan, ianya arahan yang datang daripada King, orang yang bunuh bos mereka sebelum ni. Korang masih tak sedar ke yang korang ni dalam sangkar musuh? Masih mahu berlawan?"

"Apa syaratnya Jimin?" soal Taehyung yang tahu sangat bahawa lelaki itu memang inginkan kekerasan. Dia bersedia dengan apa sahaja syarat yang dikemukakan.

"Syarat permainan ini mudah, kau akan diberikan masa satu jam untuk buat keputusan. Lepas sahaja satu jam tamat, gas beracun akan dimasuk ke dalam kontena tu"

"Jadi, apa yang perlu kitaorang buat?" soal Haru sambil mencari punca bunyi.

"Kau perlu bunuh seorang daripada korang"

Ayat itu menyebabkan semua orang tergamam. Masing-masing memandang wajah masing-masing.

"It's better than getting all of us killed" ujar Taehyung.

✔ ʟᴏsᴛ ɪɴ ʜɪᴍ +ᴋᴛʜWhere stories live. Discover now