31

553 74 79
                                    

T̷͓̯̟̏̽̇ẖ̸̜̗̺͇̏͌͒͐̀̏̅́̕͜ṙ̶̢̢̨̯̝̭̺̫̗͖ȩ̶̪̳̬̠̲͕̺̱̊̄̌e̴̱͓͙̰͍͈̰̦̔̄͊̎͌̐́̈́̀̕ ̸̧̡͕̖̮̲̣͆̔̅͂̌͘͠d̸̺͔̲̞͆̈́̐͜ȁ̷̳͉̏̒̎͗y̸͍͕̩͂̿̊̆̈́̆̑ş̶̫͂̏̍̍́̀̅͝ ̸͍̭̰͇̜̠͕͈͍̳̃̿͛̊̏̏̓͝͝͝b̵̛̲̳͎̪̊͐͂̽ë̵̦̣́̿̏̒͑̇̓͂͠f̶̨̯̫̣͕͖̹͎̪͐̿̍͒̀͠͠͠o̸̢͌̿̾̐͋̂͝ŗ̶̫̜̗̘͒̒̚e̷̱͈͙͆ ̵̹̏͂̑͝T̷̻́̍̃a̶̢̙̰̮̔̄̽̂́͝e̵͕̫̒̐̑̾̿̑̎͘h̵̦̬́͂̊̀̑́̀͌y̴̥̼̭̬̰̼͔͖̺̓̓͗̏ͅu̴̟̾͌̏̓̋̈̍̏̕n̶̤̩͉̩̆͂̑̔̆̃͛g̷̛̞̅̈͑͒̈́̈̄͝ ̸̳̠̻͕͍͇̓̒̓̃́̚w̶̯͔͙̪͖̙͍̍͑̔̆̂͛͐ạ̸̗̩̥̪͝ͅk̵̨̰͎̻͙̯͈͋̍̌͛͆̇̈͘e̶͈̜̭̤̱̐̆͂̑̑̓̋͊̚͜ͅs̸̞̩͇̱͕̖̘̣̊̅́́́̌͒̄̽͝ͅ ̷͓̹̗̮̖̘̍̋ų̴̙̬̣̫̦̝̳͠p̵̧̨̧͈͔͓̮̫̘̏̽̀̍̈͋̑̕͠͝

"Jadi, apa yang kau nampak daripada kepala otak lelaki tu?" soal Jungkook sambil tangannya lincah menumbuk beg penumbuk itu. 

Di sebelahnya, Haru sedang termenung memikirkan apa yang baru sahaja dia lihat. Seokjin pula sedang sibuk di makmalnya kerana mahu mencipta satu lagi penawar untuk mereka berdua. Dan dia sedang bekerjasama dengan Namjoon.

Ya, Namjoon berada di pihak mereka. 

Sebenarnya, mereka berdua tidak pernah bertukar pihak. Namjoon dan Jungkook memang sentiasa berada di pihak yang sama. Namun, tiada siapa yang tahu mengapa kecuali kedua-dua mereka. 

Bak kata Namjoon, in order to fool your enemies, you have to fool your friends first.

Mereka sengaja buat perangkap itu supaya Taehyung dan Sara dapat datang dan membantu mereka sebab Namjoon kata mereka sangat bagus dalam hal menginovasi. Namun, mereka terlalu berhati-hati.

Jadi, Jungkook mencadangkan Haru untuk masuk ke dalam kepala Taehyung. Haru kata mereka pada masa itu agak terdesak dan akhirnya mengambil keputusan untuk datang juga.

Tapi, bila Taehyung tiba-tiba diserang beberapa hari yang lepas, dia mula yakin bahawa organisasi yang ditinggalkan oleh ayahnya masih bersisa dan mereka semakin hari, semakin membesar.

Penawar yang mereka katakan berada di dalam Pandora itu sebenarnya adalah formula kepada dadah yang telah ayahnya gunakan bertahun lama dulu. Bukan itu sahaja, Jungkook juga sebenarnya volunteer untuk menjadi spesimen Namjoon supaya lelaki genius itu dapat mencari penawar untuk meneutralkan dadah itu dalam badan.

Namun, formula itu tidak lengkap. Banyak cacat cela yang boleh membuatkan bahan kimia tersebut menjadi reaktif, dan juga kemunduran teknologi pada masa itu.

Walaupun teknologi zaman sekarang sangat maju, Namjoon masih memerlukan masa supaya dalam mengurangkan kadar kereaktifan dan sekaligus menstabilkan dadah itu demi penggunaan manusia.

Jimin? Lelaki itu bertugas menolong Seokjin dengan perkara remeh temeh yang selalu isteri-isteri buat. Memasak, membasuh, mencuci. Kadang-kadang dia juga yang membeli peralatan bersama Seokjin kalau Seokjin tak menang tangan.

Jungkook menumbuk kuat beg penumbuk itu dan memandang tepat ke arah Haru.

"Haru, kau okay tak?" soal Jungkook, berjalan mendekati wanita yang dianggap seperti kakaknya itu sambil membuka sarung tangan.

"Aku tak okay" Haru berkata jujur.  

"Dia bawa kau sampai ke mana?" soal Jungkook betul-betul risau. Jarang sekali Haru mempamerkan muka semendung ini.

"Dia ada dalam bot tu" Haru menunduk.

Jungkook berkerut. "Bot mana satu?" soal Jungkook, betul-betul ingin tahu. 

Setahu dirinya, Haru banyak menaiki bot dari satu tempat ke tempat yang lain. Untuk ke penjara di kepulauan terpencil, untuk melakukan misi pembunuhan, ataupun...

"Bot yang menemukan kita" Haru membalas kemudian memandang tepat pada wajah Jungkook. Matanya berkaca kerana tidak sangka bahawa dia bertemu dengan seorang lagi yang senasib dia.

"Tipulah" Jungkook menggeleng.

Kalau betul Taehyung berada di dalam bot tu, dia tu, Taehyung yang selama ni Jungkook cari ke? Kenapa dia langsung tak cam lelaki tu masa kat dalam bas? Takkanlah kan?

"Aku tak tipu Kook. Faedah apa yang aku akan dapat kalau aku tipu kau benda serius macam ni?" Air mata Haru akhirnya jatuh ke pipi.

Badannya dipeluk erat oleh Jungkook dan lelaki itu mengusap perlahan kepala Haru.

"Hey, aku nak kau bertenang okay? Walaupun dia ada dalam bot tu, tak semestinya dia sama misi dengan kita. Aku dah janji dengan kau yang aku takkan sentuh dia kan? Aku akan simpan janji tu sampai mati Haru" Jungkook pula terasa sebak.

"Kau tak marah dia?" soal Haru, perlahan.

"Kenapa perlu aku marah?" Jungkook mengangkat kening.

"Dia teman sepermainan kau kan?" Haru meleraikan pelukan. "Dia yang bunuh ayah kau kan?" soal Haru menggoncang sedikit bahu Jungkook supaya lelaki itu sedar tentang topik yang mereka bualkan.

"Haru, aku tahu yang kau tahu aku tak pernah salahkan dia. Fine, aku memang sayang ayah aku. Tapi aku faham perasaan budak-budak dalam bot tu. Lagipun, walaupun dia yang jaga aku dari kecil, dia bukannya ayah kandung aku." Jungkook tersenyum.

"Tapi dia kambing hitamkan kau!" Haru memarahi Jungkook yang baginya terlalu baik.

"Well, to be very honest, aku memang agak bengang sebab dia kambing hitamkan aku. Tapi, kau sendiri akan nampak apa yang dia lalui disebabkan semua tu. Sebab tu marah aku terus padam. Aku cuma fikir satu perkara,manusia tak sempurna. Dia dibesarkan dengan ujian yang amat perit. Jadi aku takkan pelik kalau dia buat keputusan sebrutal itu" Jungkook mengeluh.

"Kook!" Kali ini, Haru memeluk lelaki itu ketat seperti mahu menerkam lelaki itu. Tangan Haru mengusap rambut Jungkook kerana sangat terharu dengan kematangan budak itu.

"Aku tak boleh bernafas" katanya sambil tangan terkapai-kapai. 

Haru meleraikan pelukannya. Rambut Jungkook yang dibasahi peluh diserabaikan.

"Apa ni?" soal Jungkook, geram dengan tindakan Haru.

"Korang, Seokjin hyung dah siap masak! Hari ni lauk sedap" panggil Jimin yang dari tadi menonton adegan dua orang itu.

"Okay" balas Haru dengan senyuman lebar.

Haru mencapai tangan Jungkook dan menariknya menuju ke arah dapur. Jungkook hanya mempamerkan muka pasrah. Sampai sahaja di sana, kelihatan Seokjin sedang mencedok lauk dari periuk dan Namjoon menyusun chopstick dan mangkuk nasi supaya mangkuk lauk kimchi jjigae, bulgogi, kimchi sujebi dan hidangan sampingan boleh dimuatkan.

"Banyaknya masak!" Haru begitu teruja.

"Hari ni kan hari last kita kat sini, nanti kat sana kita dah tak ada masa. Lagipun oppa dah lama tak masak banyak banyak" Seokjin menjawab dengan senyuman. 

"Seokjin oppa! Jjang!" Jungkook tidak semena-mena memberikan thumbs up dan mengenyitkan mata kepada chef mereka.

"Hyung, aku dah hilang selera makan" Jimin mencelah.

"Aku pun" Seokjin mengiyakan.

"Takpe, kalau tak nak, kitaorang habiskan." Haru terus duduk kemudian menyambar chopstick dan memakan tanpa segan silu.

✔ ʟᴏsᴛ ɪɴ ʜɪᴍ +ᴋᴛʜWhere stories live. Discover now