32

542 74 26
                                    

"Kenapa dia panggil awak darling?" Sara memeluk tubuh.

"Kenapa? Awak jealous?" Taehyung mengangkat kening dan tersenyum.

Selepas dia menonton video tersebut, dia kini sangat yakin bahawa Jungkook bukan di pihak yang jahat. Tapi kenapa? Bukan sepatutnya Jungkook marah dengan dirinya yang dah bunuh orang yang dia sayang?

"Mana ada saya jealous. Saya cuma nak tahu apa yang awak dengan dia bualkan sampai dia boleh panggil awak darling" Sara menggulingkan biji mata.

"Oh come on, dengan muka saya yang kacak dan personaliti saya yang gentleman, perempuan mana yang tak cair?" Soal Taehyung kemudian mengenyitkan mata.

"Oh come on konon. Saya tak pun" Sara naik menyampah dengan perangai Taehyung. Kalau dia tahu macam nilah perangai lelaki ini sesudah dia bangun, tak ada makna dia nak menangis demi lelaki itu.

"Awak pasti?" Soal Taehyung, mendekatkan mukanya sambil tersenyum riak.

"Eiii, dah tahu sakit, buat cara sakit tak boleh ke?" Soal Sara sambil mencubit pinggang lelaki yang tidak bersalah itu.

"Aduh aduh" Taehyung cuba menarik tangan Sara daripada mencubit.

"Aduh aduh sayang, aduh aduh, aduh aduh jangan, aduh aduh, jangan kau temberang" nyanyinya tiba-tiba.

Muka Sara merona merah. Tangannya yang sedang mucubit itu dilepaskan.

"Habislah saya kalau Jungkook tahu" Taehyung kembali meletakkan kepalanya di atas bantal.

"Tahu apa?" Soal Sara, walaupun agak tergagap.

"Sebab saya dah buat girlfriend dia jatuh hati pada saya" katanya sambil hujung jari diletakkan pada dahi.

"Jangan nak gedik" Sara mencubit pinggang Taehyung sekali lagi sehingga lelaki itu terjatuh dari katil kerana mahu mengelak.

"Bangun sendiri" Sara hanya membiarkan lelaki itu mengaduh dan ketawa. Walaupun pada hakikat bibirnya membentuk senyuman.

"Banyak betul salah saya buat dengan budak tu, sampai buah hati dia pun saya rampas. Hm, typical bad boy dalam drama kan?" Soal Taehyung sambil ketawa.

"Banyak salah? Salah apa yang awak buat pada dia? Iyelah, sampai dia nak maafkan awak lagi" soal Sara sambil menolong lelaki itu bangun walaupun baru sahaja menyuruh lelaki itu bangun sendiri.

"Awak tak payah tahu" Taehyung duduk di atas katil.

"Kenapa pulak? Jungkook dan awak sepatutnya berada di bawah supervisi saya. Saya layak untuk tahu okay?" Sara memperbetulkan wayar dan tiub yang berselirat akibat Taehyung terjatuh tadi.

"Iyelah, mula-mula saya tidur dekat rumah girlfriend dia, lepas tu tidur atas peha girlfriend dia, makan masakan girlfriend dia, dijaga oleh girlfriend dia, tak ke mengamuk dia nanti?" Soal Taehyung dengan senyuman kotaknya.

Sara memandang lelaki itu tidak percaya. Mukanya memerah sekali lagi. Oh tolonglah, dia tak ada masa untuk bercinta. Lagipun bercinta dengan Jungkook ataupun Taehyung akan melanggar polisi kerjanya.

"Senyap sebelum saya cili mulut awak" Sara menunduk dan masih melakukan kerjanya tadi berpura-pura untuk tidak kisah bait percakapan Taehyung.

Tapi tipulah kalau dikatakan dia tidak terasa.

"Tapi, saya suka makan cili. Lagi pedas lagi sedap. Tapi kalau pedas sangat tu saya tak sukalah nanti sakit perut. Kalau sakit perut nanti cirit birit pastu awak asyik kena bawa saya pergi toilet. Ke awak memang nak-- Oh my goodness Sara, saya tak sangka awak orang yang macam tu" Taehyung menutup mulut.

"Awak jangan nak macam-macam! Entah entah awak yang suka saya!" marah Sara.

Baginya, Taehyung hanyalah seorang kawan sekerja dan tak lebih daripada tu. Jungkook pula hanyalah seorang pesakit yang sangat dia simpati. Sudahlah kedua-dua mereka lebih muda berbanding dirinya! Memang taklah!

"Kalau saya suka awak, dah lama saya melutut satu kaki depan awak, hulurkan awak cincin berlian 24 karat" Taehyung mengusik lagi.

"Eiii, jangan nak merepek boleh tak? Rasa sakit awak ni dah potong sel otak awak ke? Sampai sewel macam ni. Awak faham tak kita tak ada masa nak main-main macam ni?" Sara mula menyinga.

Salah satu sebab sebenarnya kerana dia hampa. Siapa je yang tak sakit hati bila di reject sampai macam tu sekali? Walaupun dia tahu yang lelaki itu hanya mengusik tapi mulutnya spontan berkata begitu.

"Hey, janganlah marah. Saya cuma nak awak lupakan stres awak tu je. Saya tahu, kalau bukan sebab nak selamatkan Namjoon, awak takkan nak pakai dadah ni untuk selamatkan saya kan? Saya sedar siapa saya di mata awak" Taehyung kedengaran merajuk.

"Awak ni dah kenapa?!" Sara menghentak kaki, tidak tahan dengan perangai Taehyung. Rasa serba salah menyerang hati namun egonya terus gagah berdiri.

"Kalau awak tak nak hidup, awak cakap jelah, saya boleh bunuh awak kat sini jugak" ayat kasar itu keluar daripada mulut Sara.

Dia juga tidak menyangka dia akan berkata sebegitu.

Kerana begitu malu, di terus berjalan laju ke arah biliknya dan menghempas pintu. Di balik pintu, dia menangis sepuas hatinya. Sudahlah dia dikelirukan, lepas tu sengaja nak buat dja rasa serba salah pula. Apa masalah lelaki tu sebenarnya?

"Sara? Saya minta maaf okay? Saya salah. Janganlah merajuk macam ni. Tak manis orang pandang" Taehyung mengetuk pintu bilik itu.

"Siapa yang nak pandang?!" Tengking wanita itu.

"Sara, maafkanlah saya. Saya janji tak buat macam ni pada awak lagi" Taehyung merayu.

"Pergi!" Jerit wanita itu diselangi dengan bunyi tangisan yang menggila.

Perasaan serba salah mula memakan Taehyung. Dia tidak sangka Sara akan berdrama sampai macam ni sekali. Sudahlah dia tidak pandai memujuk perempuan. Sara ialah perempuan pertama yang dia kenal.

"Tapi, macam mana saya nak pergi? Berjalan pun saya tak larat?" Taehyung cuba memujuk lagi.

"Kisah pulak saya!" Balas Sara.

"Kalau awak degil tak nak bukak pintu, saya call Jungkook" ugut Taehyung.

"Call lah!" Cabar Sara.

Taehyung mengensot sedikit badannya dan mencapai telefon pintar milik Sara di atas katilnya. Nombor seseorang di dail.

"Hello?"

✔ ʟᴏsᴛ ɪɴ ʜɪᴍ +ᴋᴛʜWhere stories live. Discover now