54

493 55 63
                                    

open the song above for full experience

-

"Taehyung? Taehyung! Bangunlah!" panggilan itu membawa senyuman lemah daripada mulut Taehyung. Badannya tidak lagi mampu menahan kesakitan dan keperitan yang dia alami selama dua bulan berturut-turut ini.

Suara Haru yang bergema di dalam kepalanya ini amat dia rindui. Walaupun baru beberapa jam ataupun minit mereka tak bersua.

"Kau maafkan aku ke?" soal Taehyung, menutup matanya menggunakan lengannya yang tadi digigit. Namun tiada darah yang keluar daripada situ.

"Maafkan? Hell no" jawapan terus terang terang Haru menyebabkan Taehyung tersengih.

"Kau kena beritahu aku kau kat mana" suara Haru langsung tidak mampu untuk menyorokkan rasa resah yang berkurung di dalam badannya.

"Aku dekat pintu emergency tapi tak tahu exactly dekat mana" Taehyung membalas jujur.

"Boleh kau beritahu aku spesifik tempat tu macam mana?" soal Haru, betul-betul cemas dengan keadaan Taehyung.

Bukannya dia tidak tahu lelaki itu sedang sakit.

"Ada simbol Black Zone besar dan bulat" beritahu Taehyung.

"Kau kena bertahan Taehyung, demi aku" suara Haru yang berada di dalam kepalanya dapat didengar dengan jelas. Wanita itu bagaikan mengigil.

"Ada budak-budak dekat sana. Kau kena jaga diaorang. Aku bagitahu diaorang nama kau. At least, diaorang tahu kau orang baik bila aku tak ada" Taehyung duduk daripada perbaringannya.

"Jangan cakap macam tu boleh tak?" marah Haru.

"Kenapa pula? Aku dah tak sanggup nak terseksa lagi" Taehyung kedengaran begitu mengalah. Dia seperti tidak mampu untuk melihat harapan.

"Who are you to say that? Aku terseksa bertahun dan aku masih bertahan. Sebab apa? Aku tahu kehidupan aku lepas ni akan jadi kehidupan yang aku selama ini impikan!" sedu sedan Haru kedengaran.

"Tapi aku tak ada kehidupan yang selama ni aku impikan. Kau tahu? Aku pernah tolak cinta Sara dan aku akan tolak kau jauh juga. Sebab tu aku setuju untuk tipu kau. Apa yang aku impikan ialah kematian yang tenang. Bukan kehidupan, Haru" Taehyung menangis.

"Tapi kau berharap untuk berjumpa dengan aku kan? That can be a start" Haru tidak rela lagi.

"Kau tak tahu betapa aku nak mati di dalam dakapan kau" Taehyung tersenyum.

"Kalau macam tu, laksanakanlah! Jangan cakap je!" marah Haru lagi. Sebaknya tidak tertahan.

Ada ke patut lelaki ini buat perasannya bergolak seperti ni? Selepas apa yang dia dah buat pada dirinya, selepas segala gelak tawa, tangis, komunikasi tak masuk akal. Memori yang telah dia tanam sedalamnya digali bersama-sama. Ingat senang ke nak lupakan semua tu?

Lagi satu, kenapa nak mengalah macam tu je? Dia tak tahu ke bukan Haru je yang sedang berdoa tentang keselamatan dia? Jungkook pun tengah berperang dengan mental sendiri untuk sembuh dan tendang punggung Taehyung, menyedarkan dia bahawa dia ialah sebahagian daripada mereka sekarang.

Sara pun tak berhenti menangis dan memanggil nama Taehyung, memaksa ahli bomba menyelamatkan Taehyung secepa mungkin. Seokjin? Walaupun dia nampak macam tak kisah tentang keselamatan Taehyung, siapa je yang tidak perasan betapa gelisahnya dia?

Tahu tak betap teruknya perasaan ni? Tahu tak Haru mahu sahaja terjun ke dalam runtuhan itu, menyelamatkan Taehyung yang dah cedera teruk.

Tapi lelaki tu nak mati macam tu? Memang tak akan terjadi!

"Haru" panggil Taehyung sambil tersenyum lemah.

"Apa?!" Marah Haru. Dia masih tak dapat nak terima hakikat tentang apa yang dia dengar keluar daripada mulut Taehyung.

"Aku boleh dengar semuanya" Taehyung ketawa perlahan. Terhibur dengan perasaan Haru yang memang betul-betul risau tentangnya.

"Ini bukan masa untuk terhiburlah! Janganlah kata nak mati..." ayat itu diakhiri apabila tangis Haru pecah.

Kepalanya penuh dengan suara Haru menangis.

Taehyung memandang kosong ke hadapan, hanya mampu menahan sebak. Memang salah dirinya sebab plan untuk bunuh diri sejak awal. Dia tidak sangka perempuan 'gila' seperti Haru mampu mewarnai kanvas hidupnya yang kotor dengan lumpur dan darah.

"Kalau kau kata jangan pun, bukan aku yang dapat buat pilihan" Taehyung berkata lembut, bagaikan mahu memujuk perempuan itu.

"Tapi, tolonglah jangan putus asa cepat sangat! Mesti budak-budak tu pun perlukan kau kan?" Haru cuba untuk mencari alasan lain.

"Aku tak berapa pasti tentang tu" Taehyung tidak mampu tersenyum lagi.

Apabila dia teringat perihal mayat Seojun yang sejuk yang dirangkulnya ke hulu ke hilir, budak-budak itu masih percaya yang mereka masih boleh selamatkan Seojun. Takkanlah Taehyung sanggup untuk buat mereka fikir begitu untuk Taehyung pula?

Rasa serba salah membuatkan imej Haechan, Momo, Sana, Jisung, Felix dan juga Taeyong yang sudah banyak bertabah dimainkan semula seperti dalam filem perakam.

"Tengok, diaorang perlukan kau, Taehyung" Haru terus menerus memujuk Taehyung.

"Sama macam kita perlukan seseorang untuk berikan kita kasih sayang suatu masa dulu" Haru tidak berhenti untuk menyentuh hati Taehyung.

"Kalau kau cakap macam tu pun, bukannya dapat hidupkan aku balik" Taehyung masih berputus asa.

Perlahan-lahan debu yang berada di situ membentuk sesuatu membuatkan Taehyung berdiri.

"Haru?" benda paling pelik berlaku di hadapan matanya. 

Bagaimana Haru boleh ada di situ? Di dalam kepalanya?

"Taehyung!" Haru yang sedang menangis teruk itu terus mendapatkan lelaki yang selama ini dia cintai.

"Macam mana boleh?" soalan Taehyung dibiar sepi.

Taehyung membalas pelukan hangat Haru yang sudah lama rasanya dia tidak dapatkan. 

"Jangan fikir bukan-bukan boleh tak? Kau milik aku. Selamanya milik aku" Haru terus memujuk diri walaupun mukanya berada di dalam dada bidang Taehyung.

"Hey, tak adil" Taehyung mengucup dahi wanita itu.

Haru yang terkejut dengan kucupan itu terus menumbuk dada Taehyung sehingga lelaki itu mengaduh.

"Rasakan! Suka sangat buat orang emo" Haru tidak berhenti menumbuk dada lelaki itu.

Taehyung yang tidak tahan dengan perbuatan Haru terus menarik tangan wanita itu ke dalam dakapannya sekali lagi. Dia mahu rasakan kehangatan itu buat kali yang terakhir.

"Haru, dengar sini aku nak cakap" Taehyung berbisik pada telinga wanita itu.

Haru yang masih menangis hanya mampu pasrah dengan perbuatan lelaki ini. Dia tahu, bukan ketentuan dia sama ada lelaki itu hidup ataupun mati.

"Aku nak kau tahu, kau dah rosakkan aku. Terima kasih" 

Taehyung mengusap rambut Haru dan memberikannya senyuman yang mungkin menjadi yang terakhir buat mereka.

Dan perlahan-lahan, mereka hilang, bak debu yang beralih disebabkan angin kencang di tengah padang pasir.

✔ ʟᴏsᴛ ɪɴ ʜɪᴍ +ᴋᴛʜWhere stories live. Discover now