52

441 51 56
                                    

Taehyung bersama seangkatan tentera yang dianggotai kanak-kanak serta seorang mayat di belakang badannya mula menyusuri timbunan simen yang tiada penghujung itu. Nampak sangat bahawa terdapat Black Zone di dalam bangunan itu.

Sedari tadi, kanak-kanak itu semua tidak bercakap walau sepatah, menyebabkan Taehyung berasa janggal. Sudahlah dia menangis seperti anak kecil tidak jumpa ibu di hadapan mereka tadi.

"Abang, kita nak ke mana ni? Dah jauh sangat ke dalam" soal seorang budak lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Jaemin itu.

"Abang serius ke tahu tempat ni?" soal seorang lagi budak lelaki yang bernama Jisung.

"Why do we even believe this guy anyways?" budak lelaki yang mempunyai loghat australia itu memeluk tubuh. Namanya Felix kalau Taehyung tak silap.

"Ma, betsu no kangae ga aru? Sentaku ga inai yo. Shoganai daro? (Awak ada idea lain? Kita tak ada pilihan. It can't be helped, right?) " kanak-kanak perempuan yang memeluk Taehyung tadi bersuara. Dia memperkenalkan diri sebagai Momo.

"Well, to be very honest, I don't even know where are we" pernyataan Taehyung membuatkan Felix dan beberapa orang lagi kanak-kanak yang memahami bahasa inggeris tercenggang.

Konon lelaki itu berikan kata-kata semangat untuk hidup tetapi dia yang akan bawa mereka ke lembah kematian.

"But, to be fair, I do know where to go and what to follow" Taehyung tersengih apabila melihat ekspresi tidak percaya semua orang. Ada yang memang blur sejak awal.

Baginya, mereka sangat comel.

"Kalau macam tu, kitaorang nak tolong jugak. Badan kitaorang lagi kecil daripada abang jadi kitaorang boleh masuk celahan kecil" saran seorang budak lelaki yang bernama Taeyong.

"Jangan nak mengada. Tempat ni tak stabil. Kamu tak nak kehilangan seorang lagi daripada kamu kan?" soal Taehyung dengan nada tegas walaupun matanya langsung tidak memandang.

"Nii chan, tsukareta yo (Abang, saya penat)" seorang budak perempuan bernama Sana menarik baju Taehyung perlahan.

"Oh come on, we don't have time to rest" Felix menendang batu tanda protes.

"Meh sini abang dukung. Felix cakap kita tak boleh duduk kat sini lama-lama" Taehyung mendepakan tangannya. Menambah bebanan tidak akan melengahkan mereka.

Sebab Taehyung kuat dan handsome.

Selepas mendukung badan kecil Sana yang kurus, kanak-kanak itu terus mengusap perlahan kepala Seojun yang sudah sejuk sebelum membenamkan mukanya pada dada Taehyung. Tangannya yang sebelah lagi mencengkam kuat baju Taehyung supaya tidak terjatuh apabila Taehyung bergerak.

"Okay budak-budak sekalian, kamu kena tolong abang sentuh simen ni. Kalau kamu ada rasa macam simbol yang ada kat depan kita ni, beritahu abang" Taehyung menggeluarkan arahan kerana kedua-dua tangannya sibuk merangkul dua orang manusia.

Tangan kecil yang membantu Taehyung terus meraba kawasan dinding dan simen yang berdekatan. Di mana terdapat simbol Black Zone yang timbul, maka di situlah mereka akan pergi.

Disebabkan suasana yang gelap dan ketiadaan jam dan bekalan air, mereka hanya mampu bergerak perlahan tanpa mengetahui berapa lama mereka berjalan mengharungi timbunan bersepah itu.

Kadang-kadang mereka mengambil giliran untuk didukung oleh Taehyung kerana penat. Taehyung hanya relakan sahaja. Bukan mudah untuk mereka bermanja dengan seseorang dalam kehidupan mereka.

"Abang!" panggil Taeyong.

Taehyung dan yang lain terus bergegas menuju ke arah kanak-kanak yang berumur 12 tahun itu.

Terpampang satu simbol Black Zone yang agak besar dan keadaan disekelilingnya tidak nampak seperti terkesan dengan runtuhan. Mungkin ini ialah emergency exit untuk para saintis yang buat kerja gila seperti Namjoon di dalam Black Zone.

Taehyung tersenyum lebar.

"Haechan, turun sekejap" Kanak-kanak lelaki yang berumur tujuh tahun itu hanya turun apabila ternampak jelingan tajam Taeyong yang menakutkan.

Taehyung turut menurunkan badan Seojun yang semakin lama semakin sejuk itu. Yang lain turut membantu.

Selepas dia merenggangkan otot dengan senaman ringgan, Taehyung terus meraba segenap penjuru simen yang langsung tidak mempunyai rekahan itu.

Tangannya menekan dinding itu kuat disetiap bahagian dengan harapan dia mampu membuka sebarang pintu rahsia di situ.

Tiba-tiba simbol Black Zone yang besar itu bercahaya. Bunyi bukaan membuatkan kanak-kanak di belakang Taehyung tersenyum gembira. Di sebelah kanan mereka, simen bergerak secara automatik, seperti pintu yang memanggil mereka untuk masuk.

Dengan pantas, Taehyung terus merangkul Seojun dan kanak-kanak yang lain terus masuk ke dalam pintu itu.

Namun langkah Taehyung terhenti apabila kakinya melanggar badan kecil Felix.

Dihadapan mereka bukanlah satu permandangan yang bagus.

Namjoon dan Jimin sedang tidak sedarkan diri dengan darah yang berlumuran pada mereka. Tapi, bukan mereka berdua sahaja yang berada di situ, terdapat makhluk yang serupa Jungkook juga, sedang meratah daging tangan Namjoon.

Mereka sudah mati?

Jadi memang betul King bagi anjing makan mereka. Walaupun bukan anjing sebenar.

Pintu di belakang mereka tertutup rapat. Tumpuan manusia bersifat anjing itu kini berada pada kanak-kanak di hadapan mereka.

"Hyung, tolong" Haechan sudahpun menangis pilu. Sedu sedan Haechan tidak kedengaran namun Taehyung tahu yang mereka semua ketakutan.

Badan kecil mereka memang mudah diratah.

Taehyung menurunkan Seojun dan berjalan ke hadapan mereka semua. Bersedia untuk berlawan walaupun pada hakikatnya dia tahu bahawa dia memang takkan menang.

Lelaki bersifat anjing gila itu terus menerkam Taehyung dan Taehyung menahan tangan lelaki itu walaupun rasa takut menguasai diri.

"Lari cepat!" jerit Taehyung kepada kanak-kanak yang berdiri ketakutan tidak mahu berganjak itu.

Felix dan Taeyong menarik tangan Seojun bersama kanak-kanak yang lain, menuju ke arah satu pintu yang berada bertentangan dengan mereka.

Momo dan Sana pula cuba untuk mengejutkan dua orang lelaki yang berada di tengah-tengah kawasan itu, sehingga badan mereka terdapat kesan darah.

Manusia serupa anjing itu mengalihkan pandangan ke arah Momo dan Sana yang menjerit kuat mengejutkan dua orang lelaki yang menganiaya mereka.

"Kau lawan aku!" jerit Taehyung, menumbuk kuat muka berurat biru itu.

Terpelanting sampai ke dinding badan lelaki itu, sehingga retak dinding simen yang berada bertentangan dengan mereka.

"Momo chan, Sana chan, Nigero! (Momo, Sana, lari!)" Taehyung menjerit sambil dadanya turun naik. Berlawan dengan raksasa sebenar bukannya mudah.

Lelaki serupa anjing itu bangun lalu menggelengkan kepala tanda menghilangkan pening.

Mata lelaki itu terus memandang ke arah dua orang kanak-kanak perempuan yang berada dengan dua orang lelaki yang nazak di tengah-tengah tempat itu. Kakinya laju berlari ke arah mereka.

Jeritan mereka menjadi deringan buat Taehyung, namun Taehyung langsung tidak mampu bergerak.

✔ ʟᴏsᴛ ɪɴ ʜɪᴍ +ᴋᴛʜWhere stories live. Discover now