7

1.3K 124 29
                                    

Namjoon berjalan pantas masuk ke dalam pejabatnya setelah mesyuaratnya yang bertahan selama 3 jam itu tamat. Di dalam ruangan yang luas itu, sekujur tubuh sedang menunggunya dengan penuh kesabaran. Namjoon menunjukkan isyarat duduk kepadanya dan lelaki itu mengikut apa sahaja yang diarahkan. Kerusi pejabat yang berada di hadapan mereka menjadi tempat pendaratan punggung masing-masing. Namjoon segera membuka fail laporan yang dihantar oleh lelaki di hadapannya itu semalam.

"Haru menunjukkan perkembangan yang baik. Dia sudah mula bercakap dalam bahasa dan keadaan yang awak boleh fahami dan dia juga sudah jinak dengan awak. Tahniah" Namjoon tersenyum.

Taehyung tahu bahawa ada perkara yang lebih penting daripada Namjoon memberitahu pendapatnya tentang laporan sehari-hari. Namjoon bukan seorang lelaki yang suka untuk membuang masa dengan memberi pujian kepada pekerjanya walaupun salah satu daripada matlamat terbesar mereka telahpun tercapai.

"Kenapa tuan panggil saya ke sini?" Taehyung berterus terang.

Taehyung paling benci suatu keadaan di mana seseorang itu berkias dengannya. Jika tidak suka, cakap sajalah! Kalau suka, teruskan dengan ucapan yang lebih berterus terang. Kenapa manusia mesti suka berkias? Ianya mengelirukan dan memeningkan.

"Jangan terlalu percayakan Haru" Namjoon menyilangkan kakinya lalu memeluk tubuh.

"Awak fikir saya tak monitor awak? Awak terlalu dekat dengan dia Taehyung. Saya sudah beri amaran pada awak supaya berhati-hati dengan Haru. Tapi satu benda tu yang saya tegaskan awak tak ikut!" Namjoon menghentak meja.

"Haru bukan calang-calang spesimen. Awak tahu kenapa Haru jadi macam tu? Perangai dia yang tak boleh dijangka dan dibaca tu dah lama wujud dalam kepala dia, sejak dia mula-mula masuk ke sini sebagai seorang pembunuh. Dia sengaja minum racun mutasi yang saya sendiri belum siapkan. Racun tu sangat kuat dan ianya membunuh tikus makmal saya. Tapi Haru masih lagi boleh hidup dengan tenang dan aman. Malah organ dalamannya juga tiada satu pun yang cair!" Namjoon memandang tepat pada mata Taehyung.

Taehyung yang masih terkejut menggenggam tangannya. Dia tidak sangka Haru yang selama ini suka menyakatnya itu sanggup meminum racun.

"Tapi, ada bagusnya juga dia minum racun tu, disebabkan dia, lebih banyak racun yang lebih reaktif mampu saya kaji. Tapi, semakin lama, keadaan dia merosot. Retinanya hancur dan kulitnya mula mengelupas. Dia mula meracau perkataan-perkataan aneh. Tapi sudah semestinya kami tak hentikan eksperimen terhadapnya. Dia bertahan selama 5 tahun, dan akhirnya dia tidak mahu bercakap dan saya menggangap dia bisu" Namjoon bangkit dan menghampiri Taehyung.

"Apa yang awak lakukan sehingga dia hendak bercakap dengan awak. Dia sudah pun bermesra dengan awak sejak awak mengambil langkah kanan masuk ke dalam bilik 053. Apa yang dia nampak pada awak sehingga dia sanggup bermain dengan awak?" Namjoon duduk di atas tempat rehat tangan di kerusi sebelah Taehyung.

"Saya tak pasti tentang apa yang tuan maksudkan tapi kalau tuan nak saya beritahu tuan apa yang berada di dalam kepala Haru semasa berkomunikasi dengan saya, saya sendiri tiada idea. Seperti yang tuan katakan tadi, dia sangat spontan. Sekejap dia berlakon seperti kanak-kanak, sekejap dia berlakon seperti hantu, sekejap dia tidak mahu melayan saya, saya mahu tak tahu macam mana saya tentukan mood dia" Taehyung membalas renungan bosnya.

"Saya sudah cukup gembira yang saya dah berjaya untuk buat komunikasi kami menjadi dua hala. Dia sudah cenderung untuk bercakap dengan saya walaupun saya langsung tak faham apa yang dia katakan. Tapi sekurang-kurangnya saya cuba. Saya cuba untuk sesuaikan keadaan saya dengan keadaan dia supaya dia terasa lebih dekat dengan saya" Taehyung menjawab dengan kerutan seribu pada dahi.

"Itu ialah kesalahan terbesar awak! Awak masih belum tahu apa yang Haru rancangkan. Awak sepatutnya tahu, tahanan yang berkelakuan baik selalunya merancang perkara paling durjana yang langsung tidak terlintas dalam kepala otak awak. Walaupun sejak 8 tahun lepas Haru tidak pernah cuba untuk melepaskan diri, tapi kebanyak spesimen lain yang mempunyai kaitan dengan makhluk tu..." Namjoon mengambil nafas panjang.

Dia tidak sangka dia memberi kerja kepada lelaki sepolos Taehyung. Dia terlalu naif untuk kerja dalam syarikat yang kotor ini.

"Haru ialah seorang manusia. Walaupun dia dah banyak menjalani eksperimen dan selnya sudah banyak bermutasi, tapi dia masih hidup dan mempunyai nama seperti seorang manusia sebenar! Dia bertutur dalam bahasa yang manusia seantero dunia fahami, walaupun diselangi dengan racauan yang tak maksud akal. Dia makan makanan manusia dengan penuh nikmat, sama seperti manusia lain yang berada di atas muka bumi ini!" Taehyung berdiri di depan Namjoon.

Dia tidak mahu Namjoon menggelar Haru, atau sesiapa yang berada di sini terutama sekali para spesimen, sebagai satu makhluk. Mereka mempunyai hak sebagai seorang manusia normal. Walaupun mereka telah meragut banyak nyawa sama ada yang bersalah atau tidak. Tapi, mereka masih ada hak untuk peluang kedua dan Taehyung bercadang untuk memberikan Haru peluang tersebut.

"Saya berikan awak tanggungjawab terhadap Haru, Taehyung. Saya tak mahu awak hampakan saya. Kalau statistik dan laporan positif Haru berterusan, saya akan masukkan dia semula ke dalam Black Zone. Awak faham?" Soal Namjoon.

"Kenapa tuan tak beritahu saya dulu? Kenapa Haru perlu masuk semula ke tempat itu?" Taehyung membentak.

"Sejak bila saya perlukan persetujuan awak untuk melakukan satu keputusan? Awak tak rasa awak dah langgar salah satu etika kerja paling penting dalam syarikat ni? Jangan terlampau berlembut dengan 053, Taehyung. Ianya akan memakan awak nanti" Namjoon mengambil fail yang berada di atas mejanya sejak mula dan menepuk bahu Taehyung kemudian dia berlalu keluar dari bilik itu, membiarkan Taehyung termenung sementara penghawa dingin mengeringkan kulitnya.

✔ ʟᴏsᴛ ɪɴ ʜɪᴍ +ᴋᴛʜWhere stories live. Discover now