Taehyung masuk ke dalam ruang itu dengan langkah perlahan dan berhati-hati. Dia tidak mahu jantungnya mempunyai masalah lagi. Dia terus meletakkan buku laporan yang masih belum tebal itu di atas meja dan segera bersila di hadapan cermin tebal yang memisahkan dirinya dengan wanita uniknya atau lebih dikenali sebagai spesimennya ; Haru.
Wanita itu berbisik-bisik bagaikan meracau tapi menurut apa yang dia telah kaji melalui penilaian saintis yang sebelum ini menjaga Haru iaitu Namjoon sendiri, itu adalah kata-kata yang wujud dalam pelbagai pelosok bumi. Haru mampu bertutur dalam banyak bahasa dan bahasa tersebut kesemuanya bercampuk aduk menjadi satu ayat yang tak munasabah dan tak boleh difahami.
Disebabkan keadaan Haru yang sedemikian rupa, Namjoon menggelar Haru bisu tapi masih boleh berkata-kata. Menurutnya lagi, kebanyakan orang yang bisu masih boleh membuat bunyi-bunyian seperti apa yang Haru sedang cuba lakukan walaupun sebenarnya ianya jauh dari yang nyata. Bunyi yang Haru cuba sampaikan wujud sebagai satu perkataan yang bermaksud dan bunyi huruf-huruf tersebut boleh didengari dengan jelas walaupun tidak difahami.
Haru yang berada di satu sudut tiba-tiba datang mendekati Taehyung yang tersenyum riang. Entah apa kena dengan lelaki yang berada di hadapan dia itu, dia masih keliru. Sejak masuknya lelaki itu di dalam biliknya, perubahan dapat dirasakan oleh Haru. Aura yang dibawa oleh lelaki itu berlainan dengan Kim Namjoon lelaki yang selama ini menjadi penyebab kepada penyeksaannya.
Haru cuba lagi mendekati lelaki itu. Walaupun dia hanya mampu mentafsir figura lelaki itu, warna lelaki itu sememangnya mudah didekati. Walaupun Haru masih dapat merasakan bahawa lelaki itu masih lagi memandang rendah terhadapnya dan masih mengganggap dirinya tidak mempunyai hak sebagai manusia, tapi keunikan warna lelaki ini menyebabkan dia ingin mendekatkan diri. Apa sahaja yang ditampal olehnya semalam, masih menampakkan warna keikhlasan dan Haru berasa bahawa dia boleh mempercayai lelaki yang bernama Kim Taehyung ini.
"Awak dah makan?" soalan pertama diajukan oleh si lelaki.
Entah kenapa sejak dia memberikan Haru lukisan sebagai hadiah semalam, dia seperti tidak sabar untuk melihat perkembangan Haru terhadapnya. Sudah pasti wanita sukakan potret yang dilukis oleh lelaki sekacak dirinya. Bukan mudah untuk mendapat peluang sebegitu.
"Okhi (tak)" balas Haru perlahan diselang dengan desas desus yang lain.
Taehyung tersenyum gembira. Ini perkembangan positif. Haru sedang berkomunikasi dengannya. Dia terus sahaja menulis apa sahaja jawapan yang Haru berikan supaya boleh dia rujuk dalam kamus nanti.
"Lauk apa yang awak teringin nak makan?" Taehyung bertanya lagi. Kali ini, dia ingin menyiasat dengan lebih dalam tentang Haru supaya hubungan mereka lebih rapat.
"Arroz (nasi)" balas Haru.
Kali ini, dia berjalan itik ke arah pinggan yang disediakan dan pinggan itu kosong.
"Arroz" sekali lagi Haru menyatakan hasratnya.Haru kemudiannya menolak pinggan besi itu sehingga terbalik.
Taehyung yang risau jika dia ada mencetuskan kemarahan Haru, bertanya kembali, "cakaplah dalam bahasa saya supaya saya boleh faham awak dan beri awak makanan tu" pujuk Taehyung.
"Na...si" balas Haru lebih perlahan dari sebelum ini namun masih boleh ditangkap tutur katanya.
"Awak nak makan nasi? Saya ambilkan untuk awak. Awak jangan tidur pula" arah Taehyung sambil berdiri. Dia kemudian bergegas ke kaunter di hadapan lif dengan muka yang ceria. Dia tidak menyangka dirinya akan mudah rapat dengan Haru.
Ganggang telefon diangkat dan Taehyung menekan nombor 0 agak lama. Sejurus itu, talian disambungkan.
"Saya nak minta penghantaran makanan untuk tingkat B5, spesimen bilik 053, nasi kosong"
"Penghantaraan untuk tingkat B5 hanya boleh diakses oleh saintis yang bertugas sahaja"
"Saya Kim Taehyung yang bertugas untuk spesimen 053"
"Pesanan diterima"
Taehyung tersenyum suka. Sambil menunggu, dia menyanyikan beberapa lagu untuk menghilangkan rasa bosan. Lif makanan yang membawa makanan yang dipesan dibuka apabila bunyi lif sampai kedengaran. Taehyung cepat-cepat membuka pintu lif tersebut dan mengambil dulang yang berisi nasi itu. Apabila dulang tersebut berada di dalam genggaman kedua-dua tangannya, cepat-cepat dia berlari kemudian memasuki ruangan itu.
"Makanan dah sampai" Taehyung bersorak riang. Entah apa sahaja yang dia makan pagi tadi sehingga dia betul-betul rasa bertenaga.
"Khaw (nasi)" Haru terus sahaja mendekati bau yang harum yang dibawa oleh Taehyung. Sudah lama dia tidak makan makanan ruji bangsa sendiri. Perutnya yang lapar semakin kuat berkeroncong menyebabkan dia menguis-nguis kaca yang tidak kenal erti calar itu.
Taehyung segera meletakkan mangkuk nasi itu kedalam satu kotak yang berada di hujung sudut supaya makanan tersebut boleh sampai kepada yang berada di sebelah cermin. Haru terus sahajak menerkam mangkuk tersebut dan menggenggam nasi kemudian terus dimasukkan ke dalam mulutnya yang dingangakan dengan besar. Walaupun agak menakutkan, Taehyung senang hati apabila Haru berterusan untuk berkomnikasi dengannya.
"Makan perlahan sikit boleh tak? Nasi tu tak larilah" Taehyung berlembut dengan Haru.
Haru yang sibuk dengan makanan di hadapannya langsung tidak mempedulikan lelaki dihadapannya yang sedang sibuk memerhatikan segala gerak gerinya itu. Walaupun lelaki ini mempunyai warna aura yang baik, fakta bahawa lelaki ini masih dipergunakan oleh Namjoon itu masih tidak mampu disangkal.
Haru tidak mahu terlalu berharap dan menyebabkan perasaannya dipermainkan. Cukup sekadar disakiti oleh manusia durjana itu sahaja. Haru tekad untuk membalas semula apa yang telah lelaki itu lakukan kepadanya.
"Gutom (lapar)" terpacul keluar perkataan itu setelah sekian lama Haru mendiamkan diri bagi menikmati makanan. Dia menghulurkan mangkuk itu kepada Taehyung walaupun dihalang oleh cermin tebal yang menyelamatkan Taehyung daripada diterkam oleh Haru.
"Amboi" Taehyung tersengih.
Apa sahaja yang berada di dalam kepala Haru buat masa ini, Taehyung tak mahu fikirkan dengan lebih dalam lagi. Fokus utamanya adalah untuk memenangi hati Haru. Tapi dalam masa yang sama dia masih perlu berhati-hati kerana Haru bukan sebarang orang.
YOU ARE READING
✔ ʟᴏsᴛ ɪɴ ʜɪᴍ +ᴋᴛʜ
Ciencia Ficción° ᴬ ᴹᴬᴸᴬᵞ ᶠᴬᴺᶠᴵᶜ ᶠᴿᴼᴹ ᴿᴬᵁˢᶻᵞᴰᴬᴵ ° in which his whole existence is a labyrinth. cover made by my best buddy: @cryingat5am Publish : 30/12/2019 End :11/3/2020