Sekeliling Taehyung berubah sekali lagi.
Kini, dia berada di dalam kelas. Dan semua pelajar di dalam kelas tersebut seperti ketakutan. Dia memandang ke arah tempat duduknya yang kosong, yang penuh dengan contengan seperti 'pembunuh', 'tak guna', 'raksasa', 'pergi mati' dan banyak lagi lukisan taik dan alat kemaluan yang terconteng.
Dia yang pada waktu berumur 18 itu baru sahaja masuk ke dalam kelas dengan lebam-lebam yang dia tidak ingat datang daripada mana.
Taehyung yang muda duduk di atas kerusi miliknya dan mengeluarkan bukunya yang basah dengan air longkang yang busuk. Dia mengeluh.
Taehyung yang halimunan pula hanya melabuhkan punggung di atas meja guru sambil memerhati tindak tanduk dirinya pada satu masa dahulu.
"Kim Taehyung, tolong buang buku tu. Saya tak tahan dengan bau busuk" arah guru wanita yang berada di hadapan.
Taehyung yang hanya mendiamkan diri bangkit kemudian menjuju ke arah tong sampah lalu membuang segalanya ke dalam tong sampah itu, dengan beg sekolahnya sekali.
Disebabkan Taehyung yang muda itu berada di luar kelas, dia terus berjalan melalui kaki lima yang lenggang, menuju ke mana sahaja kakinya pergi. Dia tidak tahan dengan layanan yang diberikan kepadanya.
Kenapa mereka langsung tidak mahu percaya bahawa bukan dia yang membuka lelaki buncit gila tu? Bukan ke ada orang lain yang dia dah kambing hitamkan?
Taehyung yang halimunan terus sahaja mengikuti dirinya yang sedang bercelaru itu.
"Kim Taehyung!" satu suara memanggil dan kedua-dua Taehyung memandang serentak.
"Jimin" Taehyung yang halimunan berbisik. Tidak sangka memorinya akan membawanya terus ke perjumpaan pertama mereka.
"Kalau kau nak ponteng kelas, kenapa tak ajak?" soal Jimin.
Taehyung hanya melilau ke arah tanda nama yang terlekat pada dada lelaki itu. Dia tidak pernah lihat lelaki itu sebelum ini. Macam mana dia boleh dikenali? Macam mana lelaki ini tahu yang dia akan keluar daripada kelas itu?
"Aku Jimin, budak kelas sebelah. Aku nampak kau jalan keluar dari kelas lepas buang semua barang kau. Aku dengar kau buat banyak masalah sebab tu aku nak kawan dengan kau" Jimin tersenyum bangga.
"Kenapa?" soal Taehyung yang muda sepatah.
"Kenapa kena cakap kat sini? Nanti kena tangkap kan? Jom pergi arcade? Kita ponteng" Jimin menarik tangan Taehyung menyebabkan lelaki itu hanya mengikut langkah Jimin.
"Woi!" tiba-tiba mereka disergah oleh seorang guru entah daripada mana datang.
Jimin berlari sambil menarik tangan Taehyung dan mereka berdua lari daripada sekolah. Kaki mereka bergegas menuruni tangga dan mereka terus ke belakang sekolah dan memanjat tembok.
"Jom lari cepat sebelum cikgu tangkap" Jimin menarik lagi tangan Taehyung namun Taehyung menarik semula tangannya.
"Aku tak nak ponteng dengan kau. Aku nak pergi pejabat untuk berhenti sekolah" Taehyung yang muda akhirnya berterus terang.
Manakala, Taehyung yang halimunan pula hanya duduk di atas tembok, cuba untuk melitupi cahaya matahari namun cahaya tersebut tanpa segan silu menembusi dirinya yang tidak wujud itu.
"Berhenti? Kau gila? Lagi dua bulan kita nak periksa besar!" Jimin terkejut.
"Kisah pula aku. Kau tak sama macam aku. Kau bukan siapa-siapa buat aku. Kenapa aku perlu ikut cakap engkau?" hati Taehyung panas.
"Aku ikhlas nak berkawan dengan kau" ujar Jimin separa berbisik kerana hampa dengan reaksi Taehyung.
"Aku tak boleh berkawan dengan sesiapa. Macam yang kau dengar, aku pelajar bermasalah. Dan macam kau juga, aku nak lari dari sekolah yang bagi aku macam neraka ni" ujar Taehyung tanpa sebarang air muka.
"Aku nak jadi pelajar bermasalah macam kau" Jimin bertegas.
"Kau jangan jadi bodoh! Kau ingat semua pelajar bermasalah ke digeruni? Itu hanya akan terjadi bila kau ada duit. Aku tak ada apa pun" Taehyung menolak kasar badan Jimin sehingga lelaki itu terjatuh.
Taehyung yang halimunan hanya tersengih melihat betapa kasarnya dia suatu ketika dulu. Dia tidak sangka perangainya berubah begitu drastik. Sejak bila dia mula ada akal sendiri? Bukan dia tidak waras ke?
Taehyung yang mengimbas kembali keadaannya sekarang. Seingatnya, dia mendapat keputusan cemerlang namun namanya tidak dipanggil naik ke atas pentas. Sudahlah dia mendapat markah penuh untuk lima kertas, biologi, kimia, matematik, kesusasteraan korea dan bahasa inggeris. Namun, orang yang hanya mendapat dua sahaja markah penuh diberikan penghormatan tertinggi. Hanya kerana dia disyaki membunuh.
Taehyung memanggil Haru. Namun tiada suara yang menjawab. Dia memanggil lagi dan seperti di permulaan pengembaraan meneroka memorinya, angin kuat menerjah mukanya sehingga matanya tertutup dan apabila dia membukanya, dia sudah berada di mana dia selalu berjumpa dengan Haru, di rumah usang yang panas.
"Kau tak marah aku?" suara itu teragak-agak bertanya.
"Tak" Taehyung menggeleng.
"Kau tak rasa tertipu dengan aku?" soal Taehyung pula.
"Kenapa?"
"Yela, aku bukannya orang baik yang kau sangkakan" Taehyung duduk bersila di atas lantai.
"Well, semua orang ada rahsia masing-masing dan aku masih fikirkan kau baik walau apa pun yang kau dah buat. Bagi aku, kau ada hak untuk buat perkara yang kau pernah buat. Lagipun, the past made you, you. Kau yang aku suka ada memori pahit macam ni dan aku terima. I can't possibly imagining liking another Taehyung without the same past because it wouldn't be the Taehyung i like"
"Kau masih tak putus asa dengan aku?" Taehyung tersengih.
"Oh come on, i will never move on" Haru pula ketawa. "Kau orang pertama yang buat aku rasa seperti seorang perempuan"
"Walaupun aku yang buat Jungkook yang kau sayang tu macam tu?" Taehyung mengangkat kening.
"Actually, aku tak rasa dia ingat kau"
"Tak mungkinlah. Ayah angkat dia tu sayang dia gila-gila kot. Takkanlah dia tak berdendam dengan aku" Taehyung bercekak pinggang.
"Well, who knows what's in his head?"
![](https://img.wattpad.com/cover/208152057-288-k655737.jpg)
YOU ARE READING
✔ ʟᴏsᴛ ɪɴ ʜɪᴍ +ᴋᴛʜ
Science-Fiction° ᴬ ᴹᴬᴸᴬᵞ ᶠᴬᴺᶠᴵᶜ ᶠᴿᴼᴹ ᴿᴬᵁˢᶻᵞᴰᴬᴵ ° in which his whole existence is a labyrinth. cover made by my best buddy: @cryingat5am Publish : 30/12/2019 End :11/3/2020