34

502 72 6
                                    

Sara terbaring kaku di atas katil sambil beberapa orang doktor menolak katil itu sambil berlari pantas menuju ke arah bilik pembedahan. Tumpuan dan ingatannya hanya berfokus kepada Taehyung, yang sudah mati. Air mata jernihnya mengalir deras dan nafasnya tidak teratur.

"Cik! Buka mata cik! Jangan tidur" itulah prosedur yang sentiasa dialami oleh doktor  untuk memastikan pesakot mereka tidak tertidur kerana mereka tertidur, nadi dan degupan jantung akan perlahan, mengurangkan kemungkinan untuk dia hidup.

Mata Sara disajikan dengan lampu cerah yang silau. Mulutnya terkumat kamit menyebut nama lelaki yang sepatutnya berada dengannya. Yang sepatutnya berada di situ, memegang tangannya, menyuruh dia bersabar.

Namun, muka lain yang dibencinya pula memenuhi ruang penglihatan.

"Namjoon" perlahan sahaja Sara memanggil. Tangannya cuba menggenggam lengan lelaki itu namun dia melepaskannya dengan lembut.

"Taehyung dalam kereta" Sara semakin teresak esak menangis. Dia sudah tidak peduli dengan rasa sakit atau rasa marah. Dia hanya mahu Taehyung hidup, bernafas dan tersenyum seperti biasa.

"Taehyung dalam kereta. Selamatkan dia" Sara terdesak. Dia tahu dia berada di dalam hospital yang jauh daripada tempat kemalangan tetapi kepalanya hanya terdapat nama lelaki itu.

Mulut Namjoon bergerak di sebalik topeng bedah yang dipakainya. Mata Sara kabur. Nafasnya mula berlahan. Dalam kiraan tiga, sepasang matanya sudahpun tertutup, membiarkan para doktor merobek organ kulitnya.

-

P̶͓͌̾̓͒͝͝ạ̶͎̩͒͗̓̀͗̀͛̕ǵ̷̗̂̿͒̉̋̾͆̽̄ḯ̸͔͗̒̑̆̀͗̍̔͠ ̶͈́͂͝į̵̀t̴̢̬̪̐͗̌͋̎̚͘u̶̧͙͕̰̦̭̥͕̾̽͌͜

Haru mengurut kepalanya. Sejak dari tadi kepalanya sakit bagaikan dia terhantuk sesuatu yang keras. Dia mengaduh lagi. Kali ini, darah daripada hidung dan mulut menjejeh keluar. Pandangan dia kabur namun mulutnya sempat menjerit nama Jungkook.

"Kau kenapa ni Haru?" Jungkook yang sedari tadi sedang memerhati keadaan berlari pantas menuju ke arah Haru yang tiba-tiba meraung namanya.

Matanya terbeliak apabila Haru sudah berlumuran dengan darah yang datang tanpa amaran.

"Haru! Kau kenapa?" Jungkook mendekatkan dirinya dengan Haru cuba untuk mengelap semua darah yang keluar namun darah itu tak mahu berhenti mengalir.

"Tae... Taehyung" Haru tiba-tiba memanggil.

"Kenapa dengan dia?" Jungkook berkerut walaupun tangannya lincah menghentikan darah yang masih mengalir itu.

"Taehyung dalam bahaya" Haru berterus terang. Kalau dibiarkan rasa sakit ini berpanjangan, bukan sahaja nyawa Taehyung yang hilang, nyawa dia sendiri akan melayang.

"Dia kat mana? Macam mana boleh bahaya?" Jungkook resah gelisah apabila orang yang dianggap seperti kakaknya ini mengeluarkan darah seperti aliran sungai yang pasang. Langsung deras dan tak mahu berhenti!

"Aku tak tahu tapi kita kena cepat" Mata Haru yang kabur itu tidak semena-mena menghasilkan air mata. 

"Kita naik kereta sekarang. Kau kena rehat. Jangan hilang semangat! Aku tak nak kau orang berdua mati depan mata aku." Jungkook mengangkat badan Haru gaya bridal style dan menyumbatkannya ke dalam perut kereta yang sarat dengan senjata api berpeluru bahan radioaktif itu.

Haru hanya membiarkan segala pergerakan Jungkook. Selepas Jungkook masuk ke dalam kereta, lelaki itu terus memecut ke arah apartment Sara kerana itulah tempat terakhir dimana Taehyung bertemu dengan Sara di dalam mimpi sebelum lelaki itu bangun pagi tadi.

Jungkook hanya mampu berdoa di dalam hati supaya lelaki itu selamat. Bukan kerana lelaki itu pun, lebih kepada dia mahu menyelamatkan Haru. Selagi Haru masih berhubung dengan Taehyung melalui kepala mereka, rasa sakit yang amat akan dihantar ke sel Haru juga kerana impuls yang datang dari badan Taehyung dipindah ke otak Taehyung dan juga Haru.

Jungkook tidak sangka perkara yang dia paling mahu elak akan terjadi. Kali ini, musuh mereka memang tidak mahu bersembunyi lagi. Mereka sudah bertindak agresif. Salah dia juga kini Taehyung telah dijadikan target.

Sampai sahaja di sana, kelihatan sebuah kereta yang terbalik, sedang terbakar dengan api yang marak. Mata Jungkook juga melilau ke sekeliling mahu mencari wanita yang selama ini menjaganya. 

Apabila anak matanya menangkap sahaja figura Sara, terus sahaja dia tergamam. Dunianya bagai berhenti. Di ikutkan hati, mahu sahaja dia berlari ke arah wanita itu dan memeluknya. Keadaan Sara sangat sadis dengan beberapa organnya yang patah dan bajunya yang koyak rabak.

Namun, Jungkook perlu tetapkan pendirian. Dia merentasi api yang marak itu tanpa masalah. Walaupun bajunya sedikit terbakar, badannya masih mampu bertahan di bawah suhu ini. Pintu kereta dibuka dengan sekali sentap. 

Jungkook agak terkejut melihat Taehyung yang tidak rentung, namun dia mengetepikan segala ulasan yang dia ada. 

Badan lelaki itu disentap kuat supaya dia dapat dikeluarkan. 

Jungkook terus berlari menuju ke arah kereta apabila siren kedengaran. Walaupun pada hakikatnya, jarak pendengaran dia dengan manusia biasa jauh berbeza.

Untuk kali yang terakhir, dia melihat wajah Sara yang penuh dengan debu itu dan memasukkan Taehyung yang tidak sedarkan diri ke dalam seat belakang kereta walaupun terpaksa bersempit dengan senjata.

Jungkook bergegas dan memecut laju keretanya serta meninggal Sara terkontang kanting di situ.

Sampai sahaja dia di perkarangan rumah agam yang serba serbi mewah itu, dia terus membawa masuk Taehyung dan dibaringkan ke atas sofa dahulu sebelum memapah Haru masuk ke dalam.

"Kenapa sampai boleh jadi macam ni?" Seokjin yang berada di dalam makmalnya di tingkat atas bergegas turun ke bawah apabila terdengar bunyi enjin kereta mengaum.

"Diaorang dah dapat bau kita. Taehyung kena makan ubat aku. Sara kasi dia benda tu" Jungkook mundar mandir.

Haru yang duduk di atas sofa, hanya memandang Jungkook dengan wajah menahan sakit. Sudah lama dia tidak terasa sakit begitu.

"Bawa dia masuk dalam makmal aku. Kalau kau nak cepat, tolong aku" arah Seokjin berlari semula naik ke atas sementara Jungkook mengendong Taehyung yang tak sedarkan diri itu.

Setelah Jungkook membaringkan badan lelaki yang pernah dikenalinya dulu itu, terus sahaja Seokjin melakukan kerjanya dengan pantas.

"Keluar dan bagitahu Haru dia akan sakit sikit."

✔ ʟᴏsᴛ ɪɴ ʜɪᴍ +ᴋᴛʜWhere stories live. Discover now