Haru membuka mata. Air mata masih lagi belum kering sejak daripada tadi. Matanya levam dan sembam. Dia tidak mampu menahan keperitan kehilang seorang Kim Taehyung.
Sara yang sedang termenung di sebelahnya tidak langsung mampu untuk menyedapkan hatinya yang lara akibat perpisahan tak logik dirinya dengan Taehyung. Seokjin memandang seperti mengucapkan takziah kepada Haru.
Jungkook pula, masih belum sedarkan diri selepas diberi ubat oleh Seokjin yang akan menjadikan lelaki itu manusia kembali.
Haru memeluk tubuh, fikirannya menerawang jauh ke dalam timbunan runtuhan yang tiba-tiba itu. Sejujurnya, dia mahu bersama dengan Taehyung.
"Hey, dia takkan apa-apa" tegur seorang pegawai polis yang lebih dikenali sebagai Min Yoongi.
"Thank you" balasnya pendek.
"Aku bukan nak sedapkan hati kau, tapi kau kena percaya pada budak tu. Kau sendiri pernah saksikan kecekalan dia kan?" Soalan Yoongi menyebabkan Haru semakin kesal dengan apa yang dia bincangkan dengan Taehyung.
Haru memandang ke arah Seokjin pula.
"Oppa, oppa boleh buat ubat yang boleh hidupkan seseorang tu semula tak?" Haru tersenyum sambil mengeluarkan air mata kerana perit yang ditanggungnya kini lebih berat berbanding 20 tahun kehidupannya.
"Haru, kita doakan yang baik-baik aje okay?" Seokjin meraih badan Haru yang lebih pendek berbandingnya dan menggosok perlahan lengan wanita itu.
Hatinnya turut gundah apabila Haru menyatakan lelaki itu hampir mati dan suka hati menamatkan komunikasi. Dadah yang Sara berikan tidak cukupkah?
Taehyungkan kuat.
Tiba-tiba dari satu sudut, kelihatan semua orang sedang kelam labut memberhentikan pergerakan seseorang. Namun lelaki itu memang jauh lebih kuat berbanding mereka.
Stungun turut ditembak pada lelaki yidak berbaju itu namun peluru berkuasa elektrik itu langsung tidak membuat dia berhenti daripada mengamuk.
Haru terus berhadapan dengan lelaki itu dan dia serta merta berhenti. Jungkook memandang tepat ke arah anak mata Haru seolah-olah mereka berkomunikasi.
"Tolong, selamatkan dia" pintu Haru dalam rayuan.
Dia relakan diri membenarkan Jungkook yang dianggap sebagai salah seorang daripada mereka yang dia amat sayangi, pergi ke tempat bahaya sebegitu.
"Pulangkan dia pada aku" sayu ayat itu keluar daripada mulut Haru.
Jauh di sudut hati Jungkook, dia tahu bahawa lelaki bernama Taehyung itu telah mengubah corak hidupnya melebihi 90 peratus. Disebabkan lelaki itu, dia masih bernafas di atas muka bumi yang fana ini.
Walaupun dia masih belum memaafkan penipu itu, sudah pasti dia akan menyesal tahap gaban kalau dia membiarkan lelaki itu berperang berseorangan di bawah runtuhan sana tanpa ditemani mentornya sendiri.
Kalau bukan disebabkan lelaki itu, sudah pasti dia masih akan bermain di dalam telapak tangan Namjoon lagi. Nasib baik dia sedar daripada mimpi ngeri itu.
Jungkook beralih pandangan ke arah runtuhan bangunan di hadapannya pula. Matanya tidak berkelip kerana minda ligat memikirkan cara masuk tanpa banyak pergerakan. Dia memerlukan rancangan.
"Taehyung dekat mana sekarang?" Jungkook berjalan merapati Seokjin yang sedang berdiri di hadapan blueprint bangunan runtuh itu.
"Dia tak spesifik bagitahu tapi dia kata dia dekat emergency exit untuk saintis kalau runtuhan berlaku. Ada simbol Black Zone yang bulat dan besar" Haru menyampaikan info.
"Kalau macam tu, kita ada lima kawasan yang sama dengan preskripsi. Ada apa-apa hint lain?" Soal Seokjin, menebuk paku payung berwarna merah di setiap tempat yang mempunyai emergency exit yang dimaksudkan.
"Budak-budak. Taehyung ada cakap dia bawa budak-budak. Dia kata kita kena selamatkan diaorang. Dia dah bagitahu kat budak-budak tu nama aku so kita boleh clarify diri sendiri sebagai orang baik" setelah beberapa saat mentelaah memori dan memetik jari berulang kali, ilham dari kepada muncul jua.
"Kau ingat apa-apa tentang tempat King simpan kau masa kecil dulu? Sebab perkataan budak-budak tak ada dalam blueprint ni" Seokjin memandang Haru dan Jungkook silih berganti.
Melihat kedua-dua mereka hilang idea, Seokjin berbicara, "Macam masa perjalanan ke tempat simpanan kau daripada lif ataupun betapa ketatnya sekuriti ataupun berapa banyak simpang kau lalu?"
"Tak. Tempat aku disimpan tak banyak simpang. Jalan terus daripada lif dah sampai. Cuma, jauh sikit daripada lif" Jungkook menjawab.
"Kau pasti?" Seokjin mengangkat kening.
"Aku pasti tentang tu, tapi kau kena ingat aku dengan Haru kes special. Kitaorang sukarela. Kitaorang jalani lebih banyak eksperimen daripada budak-budak yang lain so maybe tempat kitaorang dengan budak-budak tu berlainan" Jungkook meletakkan tangannya pada blueprint dan matanya terus mengimbas kertas biru itu.
Seokjin beralih pandangan ke arah blueprint sekali lagi. Kalau telahannya tepat dan nasibnya baik, Taehyung dan yang lain mesti berada di situ.
"Aku dah jumpa tempat dia tapi kita ada masalah sikit" Seokjin berpeluk tubuh.
"Apa pula masalahnya lagi?" Soal Haru hilang sabar dengan dugaan yang sesang menimpanya.
"Kau terpaksa turun ke tingkat bawah tanah. Menurut blueprint, kawasan tu ada pada tingkat B2. Bawah tanah maksudnya keadaan yang tak kukuh. Keadaan tanah yang tak kuat dan bergerak boleh buat fatal" Seokjin mengeluh. "Lagi satu, kita tak tahu berapa teruk runtuhan dekat bawah tanah. Pihak bomba sendiri tak berani benarkan pasukan mereka masuk lebih dalam lagi."
Jungkook menelan liur.
"Kau pasti kau boleh lakukan tugas ni?" Seokjin betul-betul inginkan kepastian. "Kalau kau terkandas sama, tiada sesiapa yang akan datang selamatkan kau."
Jungkook mengangguk. Jungkook tidak gentarkan cabaran. Dia bertahun bertarung nyawa sehari-hari. Setakat dihempap bangunan, kacang goreng je.
"Nah walkie-talkie, topi lampu suluh. Tempat ni agak jauh daripada kita. Jadi kau sentiada berwaspada" Yoongi menyerahkan alatan yang sepatutnya kepada Jungkook yang sedang bersedia dengan regangan.
"Dalam backpack ni ada tali sawat, cangkuk, dua lampu suluh, first aid kit dan bateri. Lepas tu, bila dah sampai kat sana, berikan signal pada kami supaya chopper boleh angkat budak-budak naik atas. Kalau ada mangsa lain yang kau jumpa, beritahu secepat mungkin. Pihak paramedik akan tentukan sama ada nak biarkan mangsa atau selamatkan mangsa" Seokjin menghulurkan beg sandang kepada Jungkook.
"Hati-hati" itu sahaja yang mampu Haru katakan.
Jungkook memandang tepat ke arah Sara mungkin buat kali yang terakhir. Walaupun sudah diludah dan dicerca wanita itu, entah kenapa hatinya masih berat meninggalkan dia.
"Aku pergi dulu" Jungkook mula melangkah masuk ke dalam rekahan yang terbuka di hadapan mereka.
"Jungkook" panggil Haru menyebabkan lelaki itu berpaling ke belakang.
"Kalau kau jumpa King, pastikan kau bawa dia hidup-hidup. Kalau dia dah mati, aku nak kau bawa balik badan dia" Haru berpesan.
Walaupun dalam suasana sebegini dendam Haru masih lagi menyala terang. Dia masih lagi tidak mampu untuk memaafkan lelaki tua itu.
Jungkook mengangguk tanda bersetuju. Walaupun pada hakikatnya dia memberontak untuk membunuh King dengan tangan sendiri. Tetapi apabila teringatkan anggota keselamatan dan saksi bersepah, dia hanya mampu redhakan sahaja.
Kakinya masuk ke dalam gua buatan runtuhan itu dan terus masuk ke dalam tanpa menghiraukan lagi sesiapa yang berada di belakangnya.
YOU ARE READING
✔ ʟᴏsᴛ ɪɴ ʜɪᴍ +ᴋᴛʜ
Science Fiction° ᴬ ᴹᴬᴸᴬᵞ ᶠᴬᴺᶠᴵᶜ ᶠᴿᴼᴹ ᴿᴬᵁˢᶻᵞᴰᴬᴵ ° in which his whole existence is a labyrinth. cover made by my best buddy: @cryingat5am Publish : 30/12/2019 End :11/3/2020