Seminggu ditempuh dengan penuh kesabaran dengan kesungguhan yang jitu. Seawal pagi, dia terpaksa bersengkang mata bersama Seokjin untuk membongkar kod di dalam formula yang dikatakan salah. Kemudian, dia terpaksa memasak sarapan untuk empat orang makan. Setelah itu, latihan menembak dan diakhiri dengan latihan berlawan.
Taehyung memang sudah lama mengidam tidur sejak hari pertama latihannya bermula. Namun, dia tidak boleh leka dengan waktu rehat sebab dia masih ada banyak lagi perkara yang perlu dia belajar.
Pengalaman dan ilmu yang Seokjin ada dicurahkan kepada Taehyung selama seminggu itu. Taehyung lebih tahu tentang pelbagai tindak balas yang berlaku diantara dua bahan yang reaktif, yang langsung tidak dibuat secara praktikal kerana tahap radiasi yang tinggi dan faktor keselamatan.
Untuk latihan menembak, dia sudah mahir dalam menggunakan Glock-17, M-16, MK-47, Remmington 700, Smith & Wesson Model 60 dan banyak lagi jenis pistol automatik, senapang, shotgun dan sniper yang dia belajar. Haru sememangnya mengeksploitasi kelebihan Taehyung yang mempunyai fokus yang tinggi dalam mengajar lelaki itu.
Untuk latihan berlawan, Taehyung masih lagi belum mampu untuk mengalahkan Jungkook serta AI yang menyerangnya. Namun lelaki itu sudah agak lali dengan kesakitan dan mampu bergerak pantas walaupun sudah ditumbangkan beberapa kali. Jungkook juga kadang-kadang mengajar Taehyung cara mengendali pisau askar yang tajam lagi berbahaya.
Taehyung merebahkan badan di atas katil apabila selesai sahaja latihan dia dengan Jungkook yang berlangsung entah berapa lama. Badannya agak lenguh walaupun dia sudah lali dengan kesakitan. Kata Seokjin, dadah yang diberikan oleh mereka di atas bot itu sudah bertindak balas hampir 80 peratus di dalam badan Taehyung.
Pintu bilik itu diketuk tiga kali dan suara Seokjin kedengaran di luar. Taehyung hanya mengucapkan kata masuk sebelum lelaki yang masih memakai kot makmalnya sejak semalam melangkah masuk penuh penat kemudian melabuhkan punggung di atas katil tanpa menutup pintu mahupun meminta izin.
"Macam yang kita dah kaji semalam, sel haiwan memang bertindak balas secara positif dengan bahan kimia yang kita dah campurkan semalam. Tapi, sel tumbuhan mati serta merta. Maksudnya, dia mesti ada kandungan logam radioaktif yang sangat tinggi" Seokjin terus berceramah tanpa belas kasihan walaupun melihat Taehyung yang melepet tiada tenaga.
"Jadi, penambahbaikan jenis apa yang kau dah buat?" soal Taehyung, malas-malasan. Kalau dia tidak melayan lelaki itu, parah dikerjakannya malam nanti.
"Aku ada minta sampel darah Haru, Jungkook, Namjoon, Sara, diri sendiri dan kau punya. Kita boleh tengok reaksi sel darah putih dan darah merah yang dah dan belum bermutasi. Aku plan nak buat separuh sekarang separuh lagi kemudian" Seokjin terus memberitahu perkembangan semasa.
"Sempat ke tunggu keputusan sebelum esok kalau buat malam ni?" soal Taehyung, kini lebih berminat.
"Mungkin ya, mungkin tak" Seokjin menjawab dengan jujur. Kesemua eksperimen yang sedang dia jalankan memang melanggar hak asasi manusia dan disebabkan itulah eksperimen itu langsung tidak mempunyai hipotesis apatah lagi kesimpulan.
"Tunggu aku rehat setengah jam. Lepas tu, kita terus buat benda ni" Taehyung terus melelapkan mata.
Walaupun kini badannya telahpun bermutasi tanpa kerelaannya, dia masih memerlukan rehat yang cukup supaya sel tersebut tidak trigger sel kanser.
Seokjin pernah bercerita bagaimana Namjoon menggelakkan kanser untuk Jungkook, ianya memeritkan dan menyeksakan. Jadi, lebih sesuai kalau dirinya hanya bergantung kepada gaya hidup sihat berbanding gaya hidup Jungkook yang dihadap dengan seksaan dunia tanpa henti.
-
Taehyung kini berada di dalam makmal bersama dengan Seokjin demi melakukan sesuatu yang mungkin akan memberi jawapan kepada mereka. Nyawa ratusan orang bergantung kepada ubatan yang sedang mereka usahakan.
Taehyung terus menitiskan beberapa titisan bahan kimia yang berwarna biru kehijauan menggunakan penitis yang baru sahaja disteril ke dalam tabung uji yang terkandung sel darah merah mereka yang tidak bermutasi dengan bahan kimia yang diberikan oleh bos kesayangannya, Namjoon.
Seokjin pula melakukan untuk sel darah yang telah pun bermutasi.
Masing-masing melihat perkembangan sel-sel yang berbeza itu menggunakan mikroskop yang memang tersedia di dalam bilik itu.
Seokjin menjerit dan sekaligus memeluk Taehyung yang masih fokus memerhati tindak balas yang berlaku di dalam badannya beberapa hari yang lepas. Matanya mencerlung tajam ke arah Seokjin yang melompat seperti kanak-kanak yang mendapat gula-gula.
"Kita dah berjaya!" sorakkan itu berulang beberapa kali sebelum Seokjin berlari keluar sambil menjerit keramat itu tanpa henti.
Haru dan Jungkook yang mendengar jeritan Seokjin yang sungguh merdu itu segera bergegas masuk ke dalam makmal yang terdapat Taehyung di dalamnya.
Jungkook, Haru dan Seokjin tiba-tiba membuat group hug sambil bersorak riang seperti pasukan bola sepak kegemaran mereka menang perlawanan. Tangan Haru dan Seokjin menarik kedua-dua tangan Taehyung lalu tanpa rela, Taehyung terjebak dengan pelukan mereka.
Matanya memandang ke arah Jungkook, yang selama ini begitu serius. Namun apabila melihat lelaki itu tersenyum girang seperti tiada masalah yang dibelenggu, dia tidak dapat menahan dirinya daripada turut tersenyum dan bergembira.
Seokjin yang dari tadi berseronok bersama ketiga-tiga manusia yang rapat dengannya itu segera mendail nombor Namjoon untuk memberitahu lelaki itu tentang kejayaan mereka.
"Kita dah berjaya!" tanpa salam ataupun hello, lelaki itu terus menjerit sebaik sahaja Namjoon mengangkat panggilan. Terkekek lelaki itu ketawa apabila Namjoon menjawab.
Seokjin membuka speaker pada telefonnya supaya semua orang dapat mendengar apa yang Namjoon ingin katakan.
"Tahniah sebab dah berjaya. Tak sia-sia aku ambil kau sebagai pekerja"
"Alah, kerja simple, semua boleh settle" Taehyung kedengaran sangat riak.
"Tapi, kita tak boleh happy sangat sebab aku ada dua berita buruk yang aku perlu beritahu korang"
"Apa dia?" Seokjin berkerut.
"Alah hyung ni, baru nak berparti" Taehyung agak terkejut apabila Jungkook memanggil Namjoon yang selama ini menyeksanya sebagai hyung.
"Yang pertama, jangan lupa, esok kita kena mulakan raid. Yang kedua, Sara dah hilang"
YOU ARE READING
✔ ʟᴏsᴛ ɪɴ ʜɪᴍ +ᴋᴛʜ
Science Fiction° ᴬ ᴹᴬᴸᴬᵞ ᶠᴬᴺᶠᴵᶜ ᶠᴿᴼᴹ ᴿᴬᵁˢᶻᵞᴰᴬᴵ ° in which his whole existence is a labyrinth. cover made by my best buddy: @cryingat5am Publish : 30/12/2019 End :11/3/2020