Lelaki serupa anjing itu terus berlari laju tanpa menghiraukan Taehyung yang sepatutnya menjadi lawannya.
Belum sempat dia terkam dua orang kanak-kanak perempuan itu, beberapa badan kanak-kanak yang langsung dia tidak jangka kedatangannya merempuh dirinya dari tepi, menyebabkan dirinya berguling.
Namun, kuasa mereka tidak mampu untuk melawan kuasa yang sudah ditambahbaik oleh saintis tidak berperikemanusiaan di sini.
Giginya yang tajam menakutkan kanak-kanak di situ.
Taeyong yang mengambil alih sebagai seorang abang yang akan melindungi adiknya hanya mampu melihat Taehyung yang tidak berdaya dari hujung anak matanya. Perasaan hampa menyebabkan dia marah dengan lelaki dewasa itu.
Taehyung yang tidak mampu menggerakkan kakinya hanya mampu melihat dari jauh. Di dalam hatinya, dia tidak berhenti mencarutkan dirinya yang tidak berguna itu.
Kalau Seojun masih hidup dan berada di dalam situasi dirinya, sudah semestinya budak itu terus berlari ke arah anjing itu, menyelamatkan adik-adik kesayangannya.
Sudahlah dia sudah mendapat kekuatan yang boleh melawan raksasa itu, tetapi kakinya masih melekat pada tempat yang sama.
Lelaki yang serupa anjing itu merengus kasar, cuba untuk memasang kekudanya.
Taehyung yang melihat persediaan itu hanya mampu meneguk liur, berdoa kepada tuhan supaya lelaki itu tidak mengapa-apakan kanak-kanak tiada dosa itu.
Namun, lelaki serupa anjing itu tetap berlari ke arah mereka sambil Taeyong menyilangkan tangannya ke hadapan, tanda melindungi diri. Kanak-kanak yang lain turut berada di belakang Taeyong, cuba untuk mempertahankan budak lelaki itu dan dua orang lelaki yang sedang nazak di belakang mereka.
Taehyung melompat dari tempatnya dan menghadiahkan satu tumbukan sehingga terpatah gigi kepada pipi lelaki yang sedang menyalak seperti anjing, cuba untuk mencederakan kanak-kanak di situ.
Taehyung berjalan laju menuju ke arah lelaki yang sudahpun terpelanting dan mencekak kolarnya. Tangan Taehyung bagaikan mesin yang tidak mahu menumbuk lelaki itu.
Darah terpercik namun Taehyung masih tidak mahu berhenti. Kegilaan sudah merasuki tubuh lelaki itu. Rasa sakit yang sebelum ini dia alami langsung tidak mampu untuk mengganggunya.
Walaupun selepas Taehyung hilang kira dengan berapa banyak tumbukan dihadiahkan, lelaki yang serupa anjing itu masih tersenyum sinis, sambil menunjukkan giginya yang tajam. Lelaki itu masih mahu menerkam Taehyung namun tangan Taehyung yang berada pada leher lelaki itu menghadkan pergerakannya.
"Abang! Dia hidup lagi!" jerit Taeyong yang mengetahui bagaimana untuk mencari nadi.
Taehyung yang terkejut dengan pernyataan itu terus berpaling ke arah kanak-kanak yang sedaya upaya membalut luka dua orang lelaki yang pernah menjadi kawannya itu. Kalau boleh, dia mahu sahaja suruh mereka berhenti.
Menggunakan peluang ini, lelaki itu terus menendang Taehyung pada kepala. Taehyung yang kesakitan spontan melepaskan cengkaman pada leher lelaki itu. Tanpa berlengah, lelaki itu segera mangigit lengan Taehyung sehingga darah tersembur keluar.
"Argh!" Taehyung menjerit dengan mata yang berkaca menahan keperitan. Tangannya yang sebelah lagi menghentak kuat kepala lelaki itu supaya dilepaskan namun usahanya langsung tidak berjaya.
Kanak-kanak yang melihat keadaan Taehyung terus berlari ke arah pergelutan itu dan menggigit lelaki yang serupa anjing itu.
"Hmphh! Hmph!" Akibat rasa sakit, lelaki itu terus membuka mulut, memberi peluang untuk Taehyung menendang kemaluannya.
Kanak-kanak yang bertugas menjadi penggigit tadi segera berlari semula ke arah Taeyong yang memandang mereka dengan tajam.
Taehyung senyum kepada mereka dan memberikan kenyitan mata menawan tanda terima kasih.
Tanpa melengahkan masa yang sememangnya singkat, Taehyung mengangkat lelaki itu ke udara dan menghempasnya. Bunyi seperti tulang patah kedengaran.
"Tutup mata!" Taehyung memberi arahan.
Dia tidak mahu apa yang baru sahaja dia mahu lakukan sekarang menghantui kanak-kanak di situ. Walaupun Taehyung yakin mereka telah menyaksikan perkara lebih mengerikan.
Taehyung terus menghempap belakang lelaki itu dengan sikunya yang tajam. Lelaki itu terbatuk darah dengan banyak. Mungkin juga bukan darahnya. Taehyung mencapai kaki lelaki itu lalu dia terus mematah dua kaki tersebut menggunakan tenaga tangannya dan ketajaman sikunya.
"Argh!" Lelaki itu mengerang dan anak mata Taehyung langsung tidak mempamerkan sebarang kasihan.
Taehyung menterbalikkan lelaki itu dan mencengkam lehernya menggunakan tangan yang telah digigit oleh raksasa itu sehingga badan lelaki itu terangkat, melepasi paras ketinggian Taehyung. Kuku Taehyung yang tidak begitu tajam sudahpun terbenam ke dalam leher lelaki itu.
Darah yang deras telahpun mengalir pada lengan Taehyung, membasahkan lengan baju serta bahagian badannya. Terasa jijik pula bermandikan darah seekor raksasa yang tidak mahu bertaubat.
Macamlah dia tidak tahu bahawa makhluk ini sudah sedar beberapa kali tapi dia langsung tidak mahu berhenti menyerang.
Ataupun, kalau sangkaan Taehyung meleset sekalipun, sekurang-kurangnya Taehyung mampu mengurangkan bebanan yang sedang lelaki itu bawa sekarang.
Tangan Taehyung yang berluTAehyung membang itu dicakar menggunakan jari jemari yang begitu tajam oleh lelaki yang tidak waras itu. Kakinya yang tidak patah meronta supaya dirinya terlepas. Namun, kekuatan Taehyung bukan calang-calang.
"Hmph! hmph!" Dia cuba mengambil nafas sambil meronta. Dia tahu bahawa dirinya berada di hujung tanduk.
Taehyung yang hanya memerhati lelaki itu berusaha untuk hidup terus tersenyum sinis, menambah lagi satu tangan pada leher lelaki itu sebelum dia mencengkam leher tersebut sehingga terkoyak kulit leher lelaki itu dan darah terpancut keluar daripada kerongkong lelaki itu.
Taehyung melepaskan mayat yang baru sahaja dia bunuh tanpa perasaan serba-salah. Dia perlu hidup. Kalau membunuh ialah salah satu cara, dia pasti di tidak berdosa.
Mata yang tersembul keluar tanpa nafas dengan darah yang membanjiri tenpat itu menjadi saksi pembunuhan kejam Taehyung.
Taehyung memandang kanak-kanak yang berada tidak jauh dengan dirinya tanpa berkelip. Sudah semestinya mereka takut dengan pembunuh sepertinya.
Perlahan-lahan kesakitan mula terasa, setiap langkah dia ke arah kanak-kanak yang berundur itu diambil dengan terhuyung hayang. Matanya kabur dan berkaca.
Agaknya bila boleh dia balik ke pangkuan Haru?
Taehyung memuntahkan darah yang banyak di hadapan mereka. Taehyung melutut sebelum rebah.
Dia berharap untuk berjumpa dengan wanita itu sebelum dia mengambil nafas yang terakhir.
"Abang! Jangan tinggalkan kitaorang!" Haechan menjerit sambil menggoncang kuat badan Taehyung.
"Nii chan, okite! Onegai! (Abang, bangunlah! Tolonglah!)" Momo merangkul kepala Taehyung lalu meletakkannya di atas pehanya. Dahi Taehyung yang comot dengan darah dibersihkan. Air matanya terus menerus jatuh pada muka Taehyung.
"Haru" Taehyung bertutur walaupun suara tenggelam. Mahu telan liur juga seksa.
Taeyong mendekatkan telinganya pada mulut Taehyung. Dia mendengar jelas pernafasan perlahan lelaki itu. Dia berada di dalam situasi yang sama bersama Seojun sebelum dia mati. Air mata Taeyong tumpah juga.
"Haru" Taehyung tersenyum apabila terdengar semua menangis kerana takut ditinggalkan.
Tangan Taehyung cuba mencapai Felix yang berada berdekatan dengannya. Felix yang tadinya sombong mencapai tangan lelaki itu. Walaupun dari tadi dia menahan tangis, tangan kasar dan hangat lelaki itu menyentuh perasannya.
Felix mengusap tangan itu pada pipinya namun tangan itu bagaikan tidak bermaya. Apabila dia lihat Taehyung sudah menutup mata tanpa senyuman, apa yang dia boleh lakukan hanyalah mengetap bibir dan mengenggam tangan itu erat pada dadanya.
YOU ARE READING
✔ ʟᴏsᴛ ɪɴ ʜɪᴍ +ᴋᴛʜ
Science Fiction° ᴬ ᴹᴬᴸᴬᵞ ᶠᴬᴺᶠᴵᶜ ᶠᴿᴼᴹ ᴿᴬᵁˢᶻᵞᴰᴬᴵ ° in which his whole existence is a labyrinth. cover made by my best buddy: @cryingat5am Publish : 30/12/2019 End :11/3/2020