Jungkook hanya mampu menaiki chopper selepas semua kanak-kanak yang trauma itu masuk ke dalam kenderaan empat orda dengan dua kipas itu. Taehyung pula termenung, bagaikan tidak bersalah dalam apa-apa hal.
"Kim Taehyung sshi, awak dituduh dengan jenayah membunuh. Awak mempunyai hak untuk membayar peguam sendiri atau kerajaan akan berikan seorang peguam untuk awak" Yoongi menggari Taehyung sebelum dia mengalas gari tersebut dengan kain.
"Jungkook tak bunuh sesiapa. Saya yang bunuh King" pernyataan yang baru sahaja dikeluarkan daripada mulut Taehyung membuatkan hati Jungkook ringan.
Apabila mereka sampai sahaja di tempat pegawai keselamatan bertapak, iaitu tempat permulaan Jungkook sebentar tadi, Jungkook terus disimbah dengan air bertekanan tinggi daripada hos bomba oleh Haru.
Selesai membersihkan diri dan membuka baju dengan kesan darah yang jijik buatnya, tangannya terus mendepa pada Haru dan memeluk wanita itu.
"Maaf, aku tak boleh nak tetapkan janji. Dia hilang kawalan. Aku terpaksa" Bisik Jungkook membuatkan Haru menggangguk. Sekurang-kurangnya dia tidak perlu membunuh seorang lagi manusia.
Anak mata Haru menggikut lirik Taehyung yang sedang bergerak disorong katil kecemasan. Dia berlari pantas ke arah lelaki itu sebelum lelaki itu dimasukkan ke dalam ambulans sekaligus merampas peluang untuk mereka bersua.
"Boleh saya berbual sekejap?" pinta Haru pada paramedik yang sedang mengusung Taehyung yang termenung, tidak banyak kerenah itu.
Paramedik itu hanya memberi signal kepada paramedik yang lain suapay beredar sekejap. " Lima minit je," paramedik itu memberikan kebenaran.
"Banyak betul bintang malam ni" Apabila badan Haru dekat sahaja dengan lelaki itu, Taehyung terus memberitahu.
"Malam ni tak ada bintang Taehyung" ujar Haru menahan tangis.
Dia tahu, Taehyung telah menjadi sepertinya semasa mereka mula-mula berjumpa di syarikat King. Hati Haru luluh melihat lelaki itu langsung tidak berkelip.
"Tae, panggil aku Tae" Taehyung memberitahu. Senyuman kelat mewarnai wajah Taehyung yang comot dengan darah.
"Tae, malam ni.. tak ada bintang" Haru menangis teruk.
"Haru, apa yang Haru cakap semua betul. Tae memang nampak aura warna biru daripada badan Haru" Taehyung memandang Haru namun Haru tahu bahawa pandangan Taehyung menembus dirinya.
"Terima kasih sebab balik semula ke pangkuan Haru" tangan Haru mengusap tangan Taehyung yang kasar.
"Tak, terima kasih sebab sedarkan Tae daripada mimpi indah yang memakan diri Tae" balas Taehyung.
Jungkook yang turut berada di situ mengusap perlahan bahu Haru kerana sudah tiba masanya untuk Taehyung pergi dari situ. Jika tidak dirawat, Taehyung akan mati kerana kehilangan darah.
Haru hanya mampu melihat paramedik melakukan kerja mereka dengan tangisan. Dia membenamkan mukanya pada dada Jungkook yang bidang dan lelaki itu mengelus lembut rambut ikal mayang Haru.
"Nama kakak ni Haru ke?" soal Jisung dari tepi. Dia hanya memerhati gelagat orang dewasa yang sedari tadi sangat beremosi.
Walhal apa yang baru sahaja berlaku kepadanya bukang calang-calang kejadian.
"Ya saya" balas Haru sambil mengelap mukanya yang basah dengan air mata.
"Abang Taehyung beritahu nama kakak masa kat bawah runtuhan tadi. Disebabkan kami dah tak ada tempat tinggal, boleh kami duduk dengan kakak?" soal Jisung dengan wajah polos bagaikan tidak pernah berlaku kekejaman di hadapan matanya.
![](https://img.wattpad.com/cover/208152057-288-k655737.jpg)
YOU ARE READING
✔ ʟᴏsᴛ ɪɴ ʜɪᴍ +ᴋᴛʜ
Science Fiction° ᴬ ᴹᴬᴸᴬᵞ ᶠᴬᴺᶠᴵᶜ ᶠᴿᴼᴹ ᴿᴬᵁˢᶻᵞᴰᴬᴵ ° in which his whole existence is a labyrinth. cover made by my best buddy: @cryingat5am Publish : 30/12/2019 End :11/3/2020