28

586 77 20
                                    

Seorang wanita datang merapati dirinya lalu menembusinya bagaikan tiada apa yang berlaku. Taehyung langsung teringat siapa wanita itu dan apa yang pernah wanita itu lakukan kepadanya. Sekujur tubuhnya yang tidak mampu bertahan di alam realiti boleh pula pantas mengejar figura wanita yang berjalan perlahan di hadapannya.

Wanita itu kelihatan begitu murung. Air mukanya redup dan bibirnya langsung tidak membentuk senyuman.

"Nek, Tae ada kat sini. Tae ada dengan nenek" ucapan Taehyung bak angin yang menyapa pipi nenek itu.

Nenek itu akhirnya mengambil keputusan untuk duduk di atas pangkin dan memandang ke sebelah. Tangannya yang uzur dan kecut itu mengusap perlahan pankin itu lalu air matanya tumpah di situ tanpa sebarang kata.

"Nek, Tae ada kat sini! Nenek janganlah nangis!" air mata lelaki halimunan itu sudah bertakung di tibur mata. Dia cuba mencapai tangan neneknya tetapi setiap kali dia mencuba, dia tidak mampu menyentuh tangan orang yang paling dia rindu. 

"Tae, kenapa tinggalkan nenek? Kenapa Tae sanggup buat macam ni pada nenek? Pulanglah cu, pulanglah ke pangkuan nenek" rintihan itu meruntuhkan emosi Taehyung.

Dia melulut di hadapan wanita tua itu, langsung tidak mahu berganjak dari situ. Dia mula menangis, menyesali segalanya yang telah berlaku kepadanya. Dia menyalahkan semua orang dan dirinya sendiri kerana telah melukakan insan yang dia sayangi.

Hujan turun semakin lama semakin lebat namun dua insan yang berada di pangkin langsung tidak mahu berganjak. Masing-masing terkenangkan kisah lama yang tidak mampu mereka ubah kerana mereka berdua sedar bahawa mereka hanyalah manusia yang lemah dan kerap melakukan kesalahan.

Taehyung menutup mata kerana tidak sanggup berhadapan dengan wanita itu.

Namun bunyi bising orang berbual mengejutkannya. 

Kini, dia bukan lagi berada di pangkin di ladang strawberi bersama neneknya yang tersayang. Kini, dia berada di neraka dunia, di mana semuanya telah berlaku.

Taehyung berdiri semula. Dia tidak sangka sejauh ini memorinya akan membawanya. Pelabuhan yang tidak berapa besar itu menyebabkan dia teringat kenangan pahitnya di situ.

Arahan dikeluarkan, tangan dihayunkan, kanak-kanak dibawa pergi. 

Dengan adanya syaitan durjana seperti mereka di dunia, jangan harap planet ini akan menjadi aman damai.

Dari satu sudut dia ternampak satu susuk tubuh yang amat dia benci. Kanak-kanak itu berjalan penuh longlai apabila ditarik kasar oleh seorang lelaki kurus keding yang mulutnya tidak lekang dengan rokok. 

Taehyung mendekati mereka namun dia tidak mahu berbuat apa-apa selain daripada memandang budak itu dengan penuh amarah.

Dia memandang semula ke dalam bot dan menyaksikan segala perbuatan keji yang manusia telah lakukan berabad lamanya, perdagangan manusia. 

Seorang lelaki buncit datang merapati lelaki yang menghisap rokok itu lalu berbual sambil ketawa. Kanak-kanak lelaki yang berada di situ hanya mengetap giginya yang kuning tanpa mampu bangun atau bergerak seinci.

Jujur, dia tidak mampu untuk bertahan apabila lelaki buncit itu memandangnya lain macam. 

Lelaki yang merokok itu mengeluarkan picagari dan membuka penutupnya menggunakan gigi lalu melubah penutup tersebut. Cepat-cepat dia memasukkan cecair pelik itu ke dalam badan budak lelaki yang lemah di atas tanah yang basah itu supaya budak itu tidak melawan.

Taehyung dapat merasakan keperitan itu semula. Dia dapat rasakan pergerakan cecair itu masuk ke dalam tubuhnya. Kebenciannya kian memuncak dan dia mula menjerit.

Badannya berubah bentuk menjadi lebih besar dan sasa. Perubahan ini mengundang sakit yang amat sangat sehingga dia menarik-narik rambutnya.

Malang sekali, orang lain tidak mampu menolong. Malang sekali, dia tidak mampu untuk menghadiahkan penumbuk besarnya kepada lelaki berperut buncit itu. Malang sekali, dia hanya mampu berkhayal disebabkan dadah yang baru sahaja di suntik kepadanya. Malang sekali.

Taehyung menutup matanya rapat menahan perit yang entah bila mahu hilang. Kakinya hilang keseimbangan kerana keperitan yang dia alami menyebabkan sekujur tubuhnya longlai.

Dia melutut lagi.

Kesejukan penghawa dingin mengejutkannya. Bau-bauan yang harum namun dibenci sekali lagi menusuk hidungnya.

Walaupun haruman vanila itu menjadi kegemaran ramai orang, namun, setiap kali dia terbau wangian itu, dia terasa seperti mahu muntahkan segalanya yang berada di dalam perut.

Taehyung memandang anggota badannya. Urat-urat mula timbul namun dia langsung tidak resah. Rasa sakitnya pun sudah beransur hilang. Matanya kemudian melilau ke sekeliling tempat itu.

Sesungguhnya, dia langsung tidak merindui tempat tersebut. Dia benci tempat itu. Kalau boleh, dia tidak mahu jejak kaki ada lantai kotor itu.

Dia memandang ke belakang kerana bunyi seretan bergema di segenap penjuru. Mulutnya tersenyum. Dia tidak sangka dia akan kembali semula kepada zaman kemenangannya.

Lelaki buncit itu diseret perlahan pada kaca pecah yang ditabur pada setiap langkah yang Taehyung ambil. Seretan itu meninggalkan jejak darah yang tebal disebabkan oleh kegemukannya.

Kedua-dua Taehyung memakai senyuman yang sinis, masing-masing terasa seperti andrenalina memuncak. 

Serpihan kaca mencarik sedikit daging di belakang lelaki itu, memberikan lelaki buncit durjana itu penyeksaan yang dia patut terima. 

Taehyung yang menyeret badan lelaki gemuk itu dengan serpihan kaca yang halus melepasi badan Taehyung yang halimunan menyebabkan Taehyung yang halimunan gelak besar.

Dia ingat segalanya. Dia ingat apa yang dia buat. Dia ingat apa yang sedang berlaku. Dia ingat macam mana dia boleh kambing hitamkan seorang lelaki, demi menjaga kepentingan dirinya sendiri.

Jungkook yang masih berumur 16 tahun itu hanya terbaring longlai di atas sofa yang diperlaku seperti singgahsana di dalam rumah itu. Dia hanya melihat bapa angkatnya diseret kasar oleh teman sepermainannya. Namun, matanya terlalu kabur akibat pening melampau. Dadah yang diberikan adalah terlampau kuat.

Bapa angkatnya dibaling sehingga kepala lelaki buncit itu terhantuk pada kerusi singgahsananya sendiri.

Taehyung yang membaling lelaki buncit terus ketawa. Dia berjalan laju ke arah mereka dan mencekik lelaki buncit itu dengan tangannya yang dipenuhi serpihan kaca.

"Mati!"

✔ ʟᴏsᴛ ɪɴ ʜɪᴍ +ᴋᴛʜWhere stories live. Discover now