58

896 59 59
                                    

Amaran, content ganas

-

Taehyung bangkit dari perbaringan walaupun darah masih memancut keluar daripada arteri tangannya. Matanya tepat memandang ke arah King yang sedang sibuk memijak kepala Taeyong tanpa belas kasihan. 

Nafas Taehyung masih lagi tidak stabil, dan kakinya masih lagi mengigil sejuk kerana kehilangan darah yang banyak. Kepala Taehyung kosong dan tiada satu perkataan pun yang keluar daripada mulutnya. Hanya air liur bercampur darah perlahan-lahan menitis ke atas lantai.

Apabila Taeyong terbaring sahaja di atas lantai, Taehyung terus bergerak pantas menuju ke arah King, mencapai tengkuk lelaki tua itu.

Namun King yang mempunyai refleks yang lebih pantas terus mengelak lalu tangannya merentap tangan Taehyung lalu menendang perut lelaki itu sehingga lelaki itu terpelanting jauh.

Taehyung cuba menstabilkan dirinya di udara lalu mendarat pada lantai dengan selamat walaupun sedikit terseret. 

Rasa sakit sudah lama terkubur dalam kepalanya. 

Dirinya kini sudah tidak ubah seperti Jungkook sewaktu dia baru melarikan diri daripada Black Zone. Hilang kewarasan, hilang kesakitan, hilang segala lima deria dan fokusnya hanya satu, kepada musuhnya. Jika musuhnya dapat dikalahkan, orang lain disekeliling menjadi mangsa.

 Sekali lagi Taehyung mencuba. Kakinya yang melompat menyebabkan batu kecil di bawah tapak kasutnya terpelanting sama sehingga mencederakan kanak-kanak yang berada berdekatan dengannya.

Tangan Taehyung yang menjadi senjata utama, mencapai lengan King untuk dipatahkan. Tetapi lelaki tua separuh abad itu terus menunduk dan menggunakan kakinya untuk membuat uppercut.

Taehyung tersembam di atas lantai sekali lagi. Kali ini, dia terjatuh tepat di atas badan Taeyong yang masih belum sedarkan diri.

Tapi dia tidak peduli.

Taehyung tetap bangun dan merengus, nafasnya sahaja sudah membuatkan kanak-kanak di situ ketakutan. Siapa sahaja yang tidak takut kalau seseorang yang baru sahaja mati di hadapan mata, bangkit semula seperti tiada apa yang telah berlaku?

"Itu je yang kau mampu Taehyung? Dekat bilik tadi bukan main lompat sana sini demi lumpuhkan aku" King tergelak sinis.

King tahu, dalam keadaan Taehyung yang kehilangan darah sebanyak itu, tidak mungkin lelaki ini mampu hidup walaupun sehari selepas ini. Bukankah itu lebih bagus untuk dirinya?

King menghampiri Taehyung sambil mendongak, betul-betul memandang rendah terhadap lelaki yang tiada guna baginya itu. Sudahlah tidak pandai berlawan, suruh selesaikan misi, dia bercinta. Contoh yang tak baik sungguh.

Tanpa sebarang amaran, KIng terus menumbuk kuat perut lelaki itu sehingga Taehyung terbatuk darah pada kot putih milik King. Dagu Taehyung juga mendarat pada bahu lelaki durjana itu.

"Hanya neraka layak untuk kau" King menumbuk sekali lagi, namun lelaki bernama Taehyung itu langsung tidak berganjak. Malah, tangannya terus merayap pada belakang badan King sebelum mengenggam kuat tengkuk King sehingga raksasa itu tidak boleh bernafas.

"Kau tahu apa yang masalah sangat dengan kau ni?" soal Taehyung tersekat-sekat. 

"Kluerk kluerk" King bagaikan mahu muntah. Mukanya berwarna merah kerana marah sebelum menjadi bitu apabila dengan bersahaja Taehyung menganggkat lelaki itu melebihi paras ketinggiannya.

Bagi kanak-kanak yang berada di sini, adegan ini seperti diulang tayang. Taehyung menggunakan teknik yang sama untuk membunuh manusia bermuka anjing sebentar tadi.

"Kau fikir semua benda dalam dunia ni kau akan dapat walaupun sebenarnya kau hanyalah manusia kerdil yang tak punya kuasa" mata Taehyung menyala kerana marah. Dia mahu manusia spesies King ini nyah daripada dunia buat selamanya.

Tetapi, belum sempat Taehyung mencekik King sehingga lelaki itu mati, suara Jungkook bergema dari jauh.

"Jangan bunuh dia!" 

Jeritan itu sememangnya menaikkan lagi amarah Taehyung. Bukan itu sahaja, suara itu semakin lama semakin menjengkelkan. 

Alasan apa yang hendak dia kemukan untuk tidak membunuh King? 

Tanpa sebarang kata, Taehyung mencucuk dua bici mata King menggunakan jari telunjuk dan jari tengahnya lalu dikorek keluar isi mata tersebut.

Setelah itu, baru Taehyung menjatuhkan tegap lelaki saparuh abad itu ke atas lantai simen yang rapuh, menggunakan siku tajamnya untuk menghentam tekak lelaki itu.

Melihat keadaan King yang nyawa-nyawa ikan, seperti tersedak darah sendiri, Taehyung membuka baju lelaki itu lalu disepak kuat berkali-kali sehingga wujud kesan lebam pada badan itu.

Jungkook yang baru sampai hanya terpana di muka pintu.

"Pijak dia, sepak dia, tumbuk dia, tikam dia, apa-apa sahaja yang korang nak buat, aku benarkan" walaupun Taehyung tidak memandang, kanak-kanak yang berada di situ ketakutan.

Mereka tidak berani untuk mendekatkan diri. Apatah lagi untuk mencederakan King.

Taehyung kemudian memandang Felix dengan senyuman menyeringai, "Felix, he hurt you right?" Taehyung melutut di sebelah King lalu diraih tangan kanan King yang dihiasi dengan cincin dan jam tangan mewah.

Krak krak. Satu per satu jari lelaki tua bangka itu di patahkan. Tidak puas dekat itu, Taehyung turut mematahkan tulang tangan dan kakinya. 

Kanak-kanak yang lain hanya mampu menutup mata.

"Jungkook, the rest is all yours" Taehyung memandang ke arah Jungkook dengan mukanya yang comot dengan percikan darah sambil menjilat bibir.

"Hadiah minta maaf daripada aku" Taehyung mempersila Jungkook yang berjalan mendekati lelaki tua yang jampir ajal itu.

"Tapi Haru kata.." Jungkook masih ragu-ragu.

"Pedulikan" bisik Taehyung persis syaitan merasuk manusia.

"Alpha kepada Jungkook, apa yang dah jadi?, over"

"Kenapa kita perlu kisah tentang manusia yang tak ada kena mengena dalam survival ni? Mereka hanyalah additional characters. Kita layak untuk diberi penghargaan sebegini. Aku sarankan kau bertindak cepat sebelum hadiah kau hilang" Taehyung masih menghasut.

"Alpha kepada Jungkook, kau okay tak?"

"Jangan jadi naif dan kolot. Kau yang ajar aku supaya tak jadi macam tu kan?" Taehyung memprovok Taehyung.

Jungkook menangis. Baru sahaja sebentar tadi amarahnya membuak bila terdengar suara King. Tapi apabila melihat keadaan lelaki itu sebegini, rasa kasihan yang muncul dari mana mengkaburkan misinya.

"Lagipun, ni memang sebab pertama kenapa kita ada kat sini. Untuk bunuh King" Taehyung menggunakan suara dalamnya kerana Jungkook kelihatan seperti terhegeh-hegeh.

Taehyung merampas beg sandang daripada tangan Jungkook yang menggeletar sambil mata Jungkook meliar ke araha kanak-kanak yang semakin lama mengundur kebelakang. 

Taehyung menyerahkan cangkuk yang mempunyai tiga kuku kepada Jungkook.

"Do you know what is the greatest and ultimate weapon, Felix? It's definitely blazing revenge"

Usai ayat itu dinyatakan, cangkuk yang berbentuk kuku itu terus terbenam dalam kulit King, lalu menyiat kulit dan daging raksasa itu apabila Jungkook menarik cangkuk itu terus ke perut.

Habis wajah Jungkook basah dengan darah, bagaikan dia mandi dengan cecair itu. Isi perut King yang menjijikkan juga terburai keluar. 

Bagi memastikan King sememangnya sudah mati, Jungkook menggorek dada lelaki itu untuk mencari jantung tanpa belas kasihan.

Apabila dia menjumpai organ tersebut, Jungkook mengambil jantung itu dengan tangannya sendiri, lalu dihancurkan dengan satu genggaman sambil tersenyum sinis.

Taeyong yang baru sedar daripada pengsan, di sebelah mayat King, terus pengsan kembali kerana melihat badan King yang sudahpun robek.

"Jungkook to Alpha, there are nine people alive including me and five dead bodies, over"

✔ ʟᴏsᴛ ɪɴ ʜɪᴍ +ᴋᴛʜWhere stories live. Discover now