Taehyung masuk ke dalam bilik kebal kepunyaan Haru. Sekarang bukan masa untuk bermain dan bersantai. Haru dalam bahaya. Taehyung terus bersila di hadapan Haru seperti biasa. HAru hanya memandang wajah Taehyung tanpa bicara. Haru sesekali bergerak kesana kemari kerana bosan melihat telatah Taehyung.
"Haru, saya ada benda nak cakap dengan awak" Taehyung bersuara.
Walaupun suaranya tenggelam timbul, Haru masih mendekatinya dan meletakkan telapak tangannya pada cermin tersebut. Dia mahu Taehyung sedar tentang kehadirannya disitu dan dia mahu Taehyung membincangkan apa sahaja yang terbuku di hati lelaki itu walaupun dia tidak mampu bertutur secara logik.
Taehyung memandang Haru. Hatinya menjadi sebak. Rasa serba salah mencucuk dalam terus ke kalbu. Beberapa saat yang berlalu sudah mampu membuatkan Taehyung menangis teresak-esak sehingga kot putihnya basah disirami air matanya sendiri.
"Tae..hyung"
Walaupun dengan suara yang garau dan bisikan yang menakutkan, Taehyung dapat rasa betapa risaunya wanita di hadapannya ini. Namun dia sendiri tidak berdaya. Dia sendiri tahu bahawa Haru amat membenci lelaki itu dan sekarang, dia perlu memujuk Haru ke neraka semula.
Taehyung mencengkam bajunya dan menumbuk perlahan dadanya. Air liur terasa bagaikan tidak mampu ditelan, pernafasannya terganggu dan anak matanya langsung tidak mahu mencari kelibat Haru. Rasa serba-salah ini akan menghantui dirinya.
Dia sendiri tidak sangka bahawa dia mempunyai cukup perikemanusiaan untuk berasa seperti ini. Kenapa dan macam mana wanita di hadapannya ini, yang tidak mampu bertutur dan mendengar atau berkata dengan betul dan tepat mampu untuk mengusik hatinya yang diingatkan sangat beku?
"Tae..hyung"
Sekali lagi Haru memanggil. Kali ini, Haru menepuk kaca itu kuat supaya Taehyung mampu mendengar suaranya. Dia mahu Taehyung untuk memandangnya. Dia tidak mahu Taehyung berubah dan tidak menghiraukannya. Kalau semua itu terjadi, siapa lagi yang akan menemaninya di hari akan datang? Dia akan keseorangan seperti dulu.
"Tae..hyung"
Namanya dipanggil lagi. Kali ini, kaca itu ditumbuk pula. Perasaan Haru tidak tertahan. Kalau ikutkan hati dan perasan, mahu saja dia tumbuk cermin itu sehingga pecah dan memeluk lelaki yang longlai di hadapannya. Namun, dia tidak mempunyai kudrat seperti dulu. Akhirnya, jatuh juga air mata yang disimpan lama olehnya. Dia tidak sangka bahawa dia akan menangis disebabkan oleh seorang lelaki yang hanya baru dikenali tidak sampai sebulan. Magis jenis apa yang telah memabukkan dia? Dia sendiri masih keliru.
"Haru, saya minta maaf" dengan suara yang tersekat-sekat dek sedu-sedan yang berterusan. Air mata terus mengalir tanpa segan silu.
"Haru, awak kena lari" Taehyung akhirnya bertemu mata dengan wanita di hadapannya.
Haru terpana. Tidak pernah lagi orang mengarahkannya untuk lari. Dia tidak faham dengan situasi sekarang.
"Namjoon dah berjaya hasilkan bahan kimia yang bersesuaian dengan awak dan dia nak masukkan awak semula ke dalam Black Zone. Awak kena lari. Dia minta saya pujuk awak. Saya tak mampu. Saya tak mampu untuk tikam belakang awak Haru. Saya minta maaf. Saya sendiri tak tahu macam mana nak lepaskan awak tapi awak kena lari. Dan saya nak minta maaf juga sebab minta awak lari" Taehyung menghantukkan kepalanya pada cermin dimana tangan Haru berada betul-betul bertentangan dengan kepalanya itu.
"Kimia? Berjaya?" Haru menggigil. Dia teringat seseorang.
Tidak mungkin.
"Taehyung... mata... pandang... mata" Haru tiba-tiba memberi arahan kepada Taehyung dengan suku kata dan perkataan yang betul. Taehyung yang terkejut dengan perkembangan itu terus sahaja memandang tepat pada mata Haru.
Haru yang pertama kalinya menunjukkan seluruh wajahnya yang putih pucat dengan mata berwarna merah menyala, menyisirkan semua rambut yang menghalang pandangannya ke belakang terus sahaja memandang tajam tepat ke dalam mata Taehyung.
Tiba-tiba Taehyung terdengar bunyi pintu terbuka namun selepas itu, segala jenis bunyi yang berada di sekitarnya seperti tertutup terus. Dia seolah-olah pekak. Namun matanya masih tepat memandang retina mata Haru. Badannya terasa berat. Matanya tidak mampu berkerdip. Masa terasa seperti berhenti.
Bunyi desingan yang kuat mengejutkan dirinya. Sekarang dia berada di dalam kegelapan dan beranggapan bahawa dirinya sudahpun mati. Namun cahaya terang yang datang entah dari mana, menyilaukan pandangannya. Apabila matanya terbuka luas, sebuah layar lebar yang bergerak pantas berada di sekelilingnya bagaikan dia sedang berada di dalam satu bulatan. Dia dapat menyaksikan ulang tayang beberapa peristiwa bersejarah, beberapa peristiwa pembunuhan dan beberapa peristiwa yang menyayat hati.
Semakin lama, dia sendiri tidak mengenali biodata diri. Dia leka dengan segala tayangan yang dimainkan secara fast forward itu sehingga langsung tidak terfikir tentang dari mana dia datang.
Suara jeritan seorang wanita yang amat Taehyung kenali memanggil namanya kuat sehingga dirinya terjatuh ke belakang. Kali ini, Taehyung berada di hadapan rumahnya yang jauh dia tinggalkan. Dia bangkit. Punggung disapu walaupun tiada secebis tanah yang melekat.
"Tae!" suara itu memanggil dirinya sekaligus menyebabkan dia berpusing ke belakang secara spontan.
Kini, dihadapannya ialah sebuah ladang besar dengan seorang kanak-kanak berlari laju meninggalkan neneknya di belakang. Neneknya itu masih tersenyum riang melihat gelagat cucunya yang aktif berlari meninggalkan dirinya yang dimamah usia itu.
"Cepatlah, nek! Tae dah tak sabar nak makan strawberi yang Tae sendiri tanam ni!" sahut budak lelaki itu, sambil berlari dengan kakinya yang pendek dengan menjinjit sebakul strawberi yang bersaiz besar dan ranum.
"Alahai, tak lari mana buah tu cu" neneknya dengan penuh kepayahan dibalas.
Tanpa disedari, Taehyung baru sahaja membiarkan dirinya ditembus oleh dua orang manusia yang dikenalinya itu.
Mereka berdua duduk di atas pangkin. Budak lelaki yang sudah duduk terlebih dahulu itu tanpa segan silu menjamah buah strawberi yang katanya ditanam oleh dirinya sendiri. Si nenek pula sibuk memanaskan air untuk santapan mereka berdua. Sesekali kepala budak lelaki itu diusap dan nenek itu ketawa gembira melihat cucunya makan dengan penuh semangat.
Taehyung mendekati dua orang itu namun langkah tiba-tiba berhenti sendiri. Badannya terasa ringan dan dirinya terasa seperti sedang terbang. Kepalanya terasa berat kemudian matanya terkatup rapat.
YOU ARE READING
✔ ʟᴏsᴛ ɪɴ ʜɪᴍ +ᴋᴛʜ
Science Fiction° ᴬ ᴹᴬᴸᴬᵞ ᶠᴬᴺᶠᴵᶜ ᶠᴿᴼᴹ ᴿᴬᵁˢᶻᵞᴰᴬᴵ ° in which his whole existence is a labyrinth. cover made by my best buddy: @cryingat5am Publish : 30/12/2019 End :11/3/2020