[51]⭐

3K 115 3
                                    

Adrianne memecut menuju pulang kerumah . tak lama itu , Iphone nya berdering . dia pun melekapkan earphonenya ditelinga bagi menjawab call . kang kalau jawab macam tu saja , disaman padah pula .

" haa asal ? " , soal Adrianne dengan wajah cemberut .

" anak ikan dah selamat masuk dalam akuarium keyh chaw " , ujar Edwin . sebaik sahaja dia mendengar jawapan daripada Edwin , Adrianne mengukir senyuman sinis lalu dia menamatkan panggilan tersebut .

" sekali kau dah masuk dalam cengkaman helang , jangan berangan untuk terlepas . kau silap orang sebab cari pasal dengan aku " , ujar Adrianne sendiri . sambil tersenyum kemenangan , dia meneruskan pemanduannya pulang kerumah . isterinya lebih penting !
.
.
.

Sesampainya dirumah , access card diseret dengan gopoh lalu diredah masuk kedalam . seusai menutup pintu , dia pantas berlari menuju keatas , kebiliknya . tombol pintu dipulas . sebaik sahaja dia masuk didalam bilik itu , kelihatan Hazel masih lagi tidak sedarkan diri . dia pantas menghampiri si isteri .

" sayang , bangun sayang " , ujarnya sambil menepuk nepuk pipi isterinya dengan perlahan namun tiada sebarang reaksi . diletakkan jari telunjuknya di hidung isterinya pula . nafas perlahan sahaja . tanpa buang masa , dia terus mencempung si isteri menuju ke kereta . dia risau . sangat risau . tak lama itu , Audinya laju membelah lebuh raya menuju ke hospital .

" God , please protect my wife " , doanya didalam hati . sekali sekala direnungnya si isterinya yang pengsan . hatinya mula resah .

Hospital...

Adrianne sedari tadi asyik mundar mandir dihadapan bilik rawatan . bagai kucing hilang anak aja lagaknya . gila tak risau , sudah masuk 10 minit isterinya didalam bersama doktor lelaki itu . doktor lelaki gaiss !!

" apa yang lama sangat kat dalam tu ? rogol bini aku ke apa ha ? ei kalau aku tahu dia buat gitu , aku suruh Aaron shoot harta berharga dia kang biar lunyai , mandul terus " , bebel Adrianne sendiri .

" ehem saya hanya memeriksa isteri encik saja . takde masa saya nak apa apakan isteri encik " , balas seseorang . Adrianne pantas berpaling kebelakang . opocot , nasib baik tak terkeluar segala mak nenek atuk latahnya . buat malu saja nanti . mana tak terkejutnya apabila ditegur oleh seorang doktor kacak .

" eh maaf doktor saya gurau saja " , ujar Adrianne sambil tersengih . tangannya naik menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal .

" apa apa sajalah . by the way , isteri saya nak jumpa encik dalam bilik " , kata doktor yang bertanda nama 'Ifdal' itu .

" bilik ? ", soal Adrianne musykil .

" bilik doktor , encik . bukan bilik tidur " , balas Doktor Ifdal serius . Adrianne hanya mampu tergelak kecil . entah kenapa , dia kelihatan amat bodoh pada hari ini .

" baiklah saya minta diri dulu . jangan tanya pula bilik tu kat mana . bilik tu kat depan awak saja " , pamit Doktor Ifdal . sempat lagi dia memerli secara sarkastik . lalu kakinya melangkah pergi meninggalkan Adrianne yang terpinga pinga . Adrianne berdecit tanda geram . kakinya mula diatur menuju ke bilik isteri kepada doktor itu tadi . baru sahaja diketuk sekali , terdengar laungan suara dari dalam . Adrianne mula kecut .

' mak aih , garang betul suara ' , kutuk Adrianne didalam hati . perlahan lahan kakinya mula menapak masuk . sempat lagi dia berperangai bodoh .

' sayang , kalau biy kena pancung ngan doktor ni an sayang jaga diri tahu ? biy tak bawak pistol ni ' , ujarnya dalam hati . dengan helaan nafas berat , dia melangkah perlahan lahan kearah doktor wanita yang ayu memakai shawl berwarna merah jambu . ayu ? kalau Hazel tahulah yang dia beranai memuji wanita lain , alamatnya esok kepalanya tercabut mungkin .

" ha silakan duduk encik " , jemput doktor yang bertanda nama 'Alina' itu . wajah cantik itu tampak serius saja . huh , laki dengan bini sama saja .

" er macam mana dengan isteri saya doktor ? " , soal Adrianne .

" macam mana awak jaga isteri awak ni ? dia overdose ubat tidur tahu ? ianya bukan sahaja mampu bahayakan dirinya , malah boleh bahayakan kandungan dia tahu ? " , bebel Doktor Alina .

" apa tadi ? kandungan ? " , soal Adrianne pelik . gais , kandungan itu apa ? okey , selenga Adrianne sudah mari .

" ya kandungan . awak ni suami jenis apa ? isteri sendiri mengandung pun awak tak tahu ? " , tambah Doktor Alina lagi . direnung tajam lelaki dihadapannya .

" er apa apa jelah doktor . maknanya saya akan jadi bapa la ya ? " , soal Adrianne lagi . Doktor Alina menepuk dahi . hailah , ini jenis orang pun ada ke ?

" ya , Encik Adrianne . awak bakal jadi bapa dalam masa 8 bulan 10 hari lagi . bukan ibu sebab awak lelaki . tahniah lah ya ? " , ujar Doktor Alina sambil tersenyum tipis . suaranya sudah dikendurkan . Adrianne meraup wajah tanda gembira .

" terima kasih , doktor . Im so happy " , ucap Adrianne .

" bukan pada saya . pada Allah yang meletakkan satu nyawa didalam rahim isteri awak . dan berterima kasihlah pada isteri awak kerana mengandungkan anak awak " , kata Doktor Alina . Adrianne tersenyum sambil menganggukkan kepalanya .

" pastikan jangan beri dia buat kerja kerja berat , pantau keadaan dia . ha ini , buku rekod isteri awak . nanti bawa dia pergi check up mengikut tarikh ya ? " , nasihat Doktor Alina lagi sambil menghulurkan sebuah buku rekod kehamilan kepada Adrianne . Adrianne menyambut huluran itu sambil tersenyum .

" oh ya , lupa nak bagitahu . isteri awak terpaksa ditahan di wad hari ni . saya nak pantau keadaan dia memandangkan pengambilan ubat tidur yang berlebihan . mungkin lusa dia dibenarkan pulang " , ujar Doktor Alina .

" masalahnya bukan dia atau saya yang bagi dia ubat tidur " , ujar Adrianne .

" tak kira la siapa pun yang beri , tetap dah masuk dalam badan dia " , balas Doktor Alina . Adrianne mengeluh .

" apa apa jelah . boleh saya melawat isteri saya sekarang ? " , soal Adrianne mendatar .

" ha silakan " , arah Doktor Alina . Adrianne menapak pergi . dalam hati sudah berbakul bakul makian dihadiahkan kepada doktor wanita itu .

' nasib aku tak bawak pistol je kalau tak , kau kene bungkus dalam laci bilik mayat au ' , bisik hati Adrianne . kakinya mula menghampiri bilik wad VIP isterinya . tombol pintu dipulas dengan perlahan . kelihatan isterinya sedang enak tidur diatas katil . lalu dia melabuhkam punggung diatas kerusi disisi kanan katil isterinya itu . tangannya naik mengelus pipi si isteri . tak lama itu , mata Hazel perlahan lahan terbuka .

" eh sayang dah bangun ? " , soal Adrianne . soalan bodoh . Hazel mencebik sambil menjeling pabila mendengar soalan cepuperak eh cepumas dari suaminya .

" sayang dekat mana ni ? " , soal Hazel pelik . tangannya naik mengurut pelipis kepalanya yang berdenyut denyut . kesan hentakan mungkin .

" sayang dekat Glenaneagles ni . tadi sayang pengsan dekat rumah " , ujar Adrianne sambil tersenyum tipis .

" pengsan ? " , soal Hazel pelik . dia cuba mengingati kembali apa yang terjadi namun secara tiba tiba kepalanya sakit .

" hei stop stop . jangan banyak berfikir . sayang tak sihat lagi ni . tidur okey ? " , nasihat Adrianne sambil mengusap kepala Hazel dengan lembut . tak lama itu mata Hazel memberat . dia tidur . tiba tiba Iphone milik Adrianne berdering perlahan . Adrianne melangkah kehujung bilik lalu menjawab panggilan tersebut . dari Edwin .

" aku rasa ada orang follow up pergerakan kau do . better kau upah orang kita jaga and pantau bilik isteri kau . aku takut dia attack isteri kau kat situ . kalau dia boleh senang senang attack Hazel dekat rumah , tak mustahil kat situ pun dia berani buat " , nasihat Edwin .

" tapi siapa musuh aku tu ? " , soal Adrianne pelik .

" masih dalam siasatan " , ujar Edwin lalu dia menamatkan panggilan itu . Adrianne berdecit tanda geram . lalu dia menghubungi anak buahnya .

" aku nak 3 orang pantau bilik bini aku mulai hari ni " , arah Adrianne lalu dia menamatkan panggilan .

" aku akan buat apa sahaja demi isteri aku . demi anak aku . demi hak aku " , ujarnya tegas .

She 's My Hazel✔️Where stories live. Discover now