"Tembak aku, Iyan." Tiga patah perkataan yang keluar dari mulut Rayyan membuatkan semua yang berada di situ terkedu.
"No! Abang dah gila ke?! Semua kawan-kawan abang termasuk adik abang sendiri datang sini untuk selamatkan abang!" Jerit Erianna tidak setuju dengan keputusan suaminya itu.
Aryan masih diam dalam posisinya. Tangan kanan yang mempunyai sepucuk pistol digenggam dengan kuat. Gila. Permintaan abangnya itu memang gila!
"Yan... aku tahu kau dengar. Just do it." Kata Rayyan perlahan. Dirinya yang terikat kemas pada sebatang kayu tak mampu membuat apa-apa. Hanya satu saja jalan penyelesaian.
Adiknya, Aryan Ivan.
"Kau dah gila ke, Ray?! Kitaorang susah payah cari location kau, datang selamatkan kau. Tiba-tiba kau boleh minta permintaan gila suruh Aryan tembak kau?!" Marah Shawn. Dadanya berombak menahan amarah. Dalam keadaan macam ni, bertekak teruk sekali pun takkan selesaikan masalah.
"Ray, kau sedar tak apa kau kata ni?" Soal Haikal risau. Tanpa pengetahuan Erianna, mereka yang lain sudah dapat agak benda ni akan terjadi.
Erianna ingin melangkah menghampiri Rayyan tetapi Ardell lebih pantas menarik lengan kakak iparnya itu.
"Akak, jangan!" Halang Ardell.
"Why?! Lepaskan tangan akak, El! Akak nak selamatkan suami akak! Bukan tu ke tujuan asal korang semua datang sini?!"
"Disebabkan Asyraff tak ada dekat sini jadinya Shawn Hazwan. Aku, sebagai ketua dalam kumpulan ni... aku arahkan kau bawa isteri aku pergi dari sini. She shouldn't be here. You know this place is dangerous for her. Now, bring Erianna get out from here." Arah Rayyan mendatar. Dia telah guna kuasa pangkatnya berharap agar Shawn patuh suruhan dia. Dan pangkat Shawn pula hanyalah bawah dari Asyraff.
Erianna tergamam. "No! Saya tak nak pergi dari sini! Ray, tergamak awak buat saya macam ni? Abang dah tak sayang saya ke? Abang sedar tak saya ni isteri abang. Saya sanggup berkeras untuk keluar dari tempat ni bila Daniel suruh tadi semata-mata untuk tolong selamatkan awak juga, Ray. Tapi... abang pilih untuk Aryan bunuh abang? Are you crazy, Rayyan?!" Air mata Erianna kembali menderas tumpah. Dia kecewa dengan tindakan suaminya itu.
Rayyan tak mampu berkata apa-apa. Lihat wajah Erianna juga dia tak mampu. Hatinya sakit mendengar tangisan gadis itu.
"Listen here, Erianna Adrylene. Aku kahwin dengan kau bukan sebab cinta tapi hanya untuk selamatkan kau dari Adam Dazril. Semua layanan kasih sayang aku pada kau selama ni hanyalah tipu semata. Dari dulu lagi... aku tak pernah sayangkan kau, Erianna Adrylene. Aku hanya ambil kesempatan. Dan aku juga dah ragut segala kebahagian yang kau ada selama ni. Kau kena ingat hidup aku penuh berdarah. Sepatutnya orang macam aku ni tak perlukan perempuan dalam hidup aku."
Zzap!
Kata-kata Rayyan membuatkan semua orang di situ tergamam tak terkata. Terkejut. Siapa sangka Rayyan berani melontarkan kata-kata seperti itu pada seorang gadis yang bergelar isteri kepadanya.
Erianna jatuh terduduk serta air matanya terus tumpah. Hatinya remuk selepas dengar kata-kata Rayyan. Jadi... selama ni Rayyan tak pernah sayangkan dia? Rayyan kahwin dengan dia sebab kesian? Sebab nak selamatkan dia dari Adam?
"H-how could you say that, Ray..." Erianna menangis teresak-esak. Tangan kirinya menekup mulut. Lebat air matanya tumpah.
Rayyan kembali diam. Sebenarnya bagi dia, dia juga turut sakit melepaskan semua kata-kata itu. Dia terpaksa. Bilik yang menempatkan dia di kurung itu di kawal oleh pakciknya. Pasti segala perbualan mereka semua jelas didengari.
"Pergi, Shawn. Bawa dia keluar dari sini." Perlahan suara Rayyan mengarah Shawn buat sekian kalinya. Rayyan masih tunduk pandangan ke bawah. Langsung dia tidak melihat wajah isterinya.
"Bro..." Shawn pandang ke arah Rayyan. Dia memejamkan matanya lalu dengan hati yang berat, dia menarik Erianna pergi dari situ. Ardell, Alisha dan Mikayla turut ikut bersama.
Erianna langsung tidak membantah. Hatinya benar-benar hancur. Dia berharap apa yang Rayyan katakan semua mimpi. Tetapi tidak. Rayyan tak menghalang dari dia pergi. Erianna kecewa.
"Why... why he do this to me?" Soal Erianna perlahan. Air matanya tak henti mengalir.
Kini tinggal Aryan, Haikal, Zach dan Daniel yang masih berada dalam bilik kurungan tersebut. Dalam tangan masing-masing tak lepas dari pegang senjata.
"Ray, kau fikir tak apa kau dah kata? Kau memang tak sayangkan Rian ke? Habis usaha kau selama ni? Sia-siakan macam tu je? Aku tak rasa yang kau tak pernah cintakan Rian. She's the only one can make you happy, Ray. Kenapa kau sanggup buat dia macam tu?" Kini giliran Zach pula menyoal.
"Korang takkan faham." Balas Rayyan perlahan. Air mata lelakinya turut gugur.
"Apa yang kitaorang tak faham, Rayyan Hans Ezkiel?! Kau sedar tak yang kau dah lukakan hati isteri kau? Hati Erianna, Ray! Kita semua dah kenal lama... apa kau maksudkan yang kitaorang tak faham kau lagi?!" Suara Haikal naik seoktaf. Geram dengan kata-kata Rayyan seperti orang tak berfikir.
Rayyan memejamkan matanya. Tak... korang takkan faham situasi aku. Selagi aku ada dekat sini, selagi tu nyawa Erianna takkan selamat.
"Aryan Ivan Ezkiel, kau tahukan hanya siapa je yang boleh bunuh aku. Then... just do it. Don't waste our time. Janji dengan aku, bila aku dah tak ada nanti tolong jagakan Erianna."
Aryan menggelengkan kepala. "No, aku takkan buat. Aku takkan buat benda bodoh tu, long. Tolonglah... aku belum gila lagi untuk bunuh abang sendiri." Balasnya perlahan. Aryan masih setia menunduk.
"Just do it, Yan!" Marah Rayyan sambil merenung tajam ke arah adiknya. Tolong... aku tak nak korang buang masa dekat sini. Aku nak korang selamat sebelum Uncle Farron tiba.
"Aku takkan buatlah, sial!" Marah Aryan semula. Dia melawan renungan tajam abangnya.
Bamm!!
Pintu di buka secara kasar. Haikal dan yang lain terus mengacukan senjata mereka. Beberapa orang melangkah masuk ke dalam dengan bawa bersama lima orang yang amat mereka kenali.
"Shawn! Erianna!" Haikal terkejut melihat keadaan Shawn agak teruk. Lebam di bahagian muka serta penuh berlemuran darah.
Rayyan tersentak. Matanya menghala ke arah Erianna. Wajah isterinya itu... dan dia terlihat wajah seseorang sedang tersenyum sinis ke arahnya.
"Hey, what party is going on here?"
"APA KAU DAH BUAT DEKAT ISTERI AKU?!!"
YOU ARE READING
Mrs. Rayyan
ActionBOOK 1 [NEW VERSION] MRS. RAYYAN Current status is complete. He is back with new version. He is the main character ; Rayyan Hans Ezkiel.