Bab 59

33.7K 1.4K 129
                                    

6 tahun kemudian...

Tok! Tok!

"Yes, come in!" Laung suara Erianna dari dalam bilik kerjanya.

Pintu bilik tersebut dibuka oleh pembantu Erianna di butik itu. Alya tersenyum melihat bosnya sibuk menyiapkan pelbagai reka bentuk baju terbaru untuk event fashion show tak lama lagi.

"Kak Rian."

Erianna mengangkat wajahya sebelum senyuman terukir di bibir. "My handsome boy. Sini dekat mama." Kata Erianna lalu bangun dari tempat duduk. Tangan didepakan menanti pelukkan seseorang.

"Mama!" Tubuh kecil itu berlari menuju ke Erianna lalu memeluk erat tubuh Erianna.

"Iye, sayang. Maaf harini mama tak dapat nak ambil Raykal dekat kindergarten. Mama sibuk sikit lately ni. Nanti bila mama free, mama bawa Raykal beli toys baru eh?" Erianna rasa serba salah pada anak lelakinya itu kerana dia sudah berjanji mahu mengambil Raykal di kindergarten. Tapi dia pula sering sibuk kebelakangan ni.

Raykal senyum. "Don't worry, mama. Raykal faham mama sibuk kerja. Raykal okay je lagi pun tadi Aunty Alisha yang ambil Raykal."

"Aunty Alisha?"

"Betul lah tu apa Raykal bagitahu." Satu suara datang dari arah pintu. Erianna mengalihkan pandangannya lalu dia tersenyum.

"Kenapa tiba-tiba ambil Raykal? Kau kan selalu sibuk dekat hospital, Doktor Alisha Hazreen." Kata Erianna membuatkan Alisha tertawa kecil.

"Lupalah tu. Harini aku cuti itu yang saja pergi ambil Raykal. Nasib sempat aku bagitahu Alya dulu jangan ambil Raykal dekat kindergarten."

Erianna tersenyum senang hati. Dia berpelukkan seketika dengan Alisha. Dah lama tak berjumpa sejak Alisha ditukarkan kerja ke unit kecemasan di sebuah hospital swasta milik Asyraff.

Oh ya, Alisha dan Asyraff telah selamat mendirikan rumah tangga sebelum Erianna berpindah kembali menetap di Malaysia semula. Begitu juga Mikayla dan Arrisa. Masing-masing selamat sudah berjumpa pasangan hidup.

Haa yang dulunya selalu bergaduh bila berjumpa, tiba-tiba je berjodoh pula. Siapa lagi kalau bukan Mikayla Arlyna dan Shawn Hazwan? Itulah orang tua selalu cakap, jangan benci-benci nanti jadi sayang. Kan dah tiba-tiba jadi suami isteri hahaha. Pasangan ini berkahwin selepas beberapa bulan majlis Alisha dan Asyraff. Bila masa detik bunga cinta datang pun tak tahu.

Dan pasangan yang terakhir, tak lain tak bukan mestilah Qisya Arissa dan Haikal Lucas. Perjalanan mereka berdua sangatlah mudah. Satu hari tu, Haikal tiba-tiba melamar Arissa jadi pasangan hidup. Semua tak percaya. Rupanya Haikal dah lama ada hati dengan Arissa cuma pilih untuk berdiam diri. Lepas tengok rakan-rakannya sudah mula mendirikan keluarga sendiri, jadinya dia pun terdetik untuk buat perkara yang sama.

Tamatlah kisah zaman bujang masing-masing. Macam tak percaya je. Bermula dari saling tidak mengenali, tup tup berjodoh akhirnya.

"Asyraff tak balik ke minggu ni?"

Alisha menggeleng kepala. "Rasa macam tak. Lately ni dia busy hal syarikat sana lepas tu nak training budak-budak lagi."

"Tapi bukan ke dia dah lama tak balik sini?"

"Haah tapi aku okay je. Lagi pun aku dekat sini selalu sibuk dekat emergency room. Tak selalu balik rumah. Kalau rasa nak rehat pun, dekat bilik dalam hospital tu je."

Erianna tersengih. "Itulah siapa suruh terima tawaran pindah ke unit kecemasan tu. Dah elok-elok dulu kau jadi doktor dekat wad biasa."

"Alah... apa salahnya nak merasa tempat lain pula. Kalau tak bila lagi? Lagi pun ni aku baru je dua bulan pindah ke unit kecemasan. Masih baru lagi, banyak benda nak kena belajar juga."

Mrs. RayyanWhere stories live. Discover now