Deringan phone milik Daniel menerima panggilan dari seseorang dengan pantas diangkatnya tanpa melihat nama mahu pun nombor terlebih dahulu.
"Hello?"
"Daniel, ni aku. Shawn."
Buat seketika membulat mata Daniel selepas mendengar suara Shawn di hujung panggilan. Aryan, Haikal dan Zach memandang pelik ke arahnya. Dah kenapa muka terkejut macam nampak hantu?
"Shawn?! Kau dekat mana, bro? Macam mana kau boleh call aku? Ray dengan Asyraff okay tak? Korang bertiga dekat mana sekarang ni? Kau tahu tak kitaorang dekat sini risaukan pasal korang! Terkejut kitaorang dapat tahu korang dekat sana terlibat dalam kemalangan. Macam mana benda ni boleh jadi?" Dalam senafas Daniel menyoal bertubi-tubi.
Aryan memberi isyarat menyuruh Daniel membuka loud speaker bagi mereka yang lain turut dengar bersama. Daniel mengangguk faham sebelum menekan butang loud speaker.
"Daniel, dengar sini baik-baik. Aku tak boleh bercakap lama. Ini pun aku curi-curi pinjam phone doktor dekat sini. Aku takut kalau ada budak-budak Uncle Farron dapat detect. Ni, aku nak bagitahu tadi aku dah bagi mesej dekat budak-budak Ray sediakan private jet untuk aku dengan Asyraff balik Milan. Doktor pun dah bagi kebenaran and diaorang akan bantu kitaorang berdua curi keluar dari hospital ni. So, korang dekat sana stand by tunggu kitaorang sampai."
Daniel terdiam seketika. "Kau dengan Asyraff? Habis Ray macam mana?"
Giliran Shawn pula terdiam di hujung panggilan. Tangannya yang berbalut dengan kain putih direnung kosong.
"Aku... aku tak tahu. Kali terakhir aku nampak dia waktu kemalangan tu, budak-budak Uncle Farron bawa dia dan Fran masuk dalam kereta."
Aryan tersentak. Haikal dan Zach pula berpandangan satu sama lain. Daniel pula memejamkan matanya. Berita yang baru saja didengari itu membuatkan empat orang jejaka itu tak terkata sesama sendiri.
"Shawn, apa yang penting sekarang ni kau dan Asyraff selamat pun itu dah cukup. Pasal Ray... kita bincang kemudian. Sementara kau dekat sana tolong jaga diri baik-baik. Kitaorang akan tunggu korang berdua sampai."
Shawn mengetap bibir. Cuba menahan sebak yang tiba-tiba hadir dalam hatinya.
"Bagitahu Aryan... aku minta maaf. Aku gagal untuk lindungi Ray."
"Shawn Hazwan."
Shawn tersentak tatkala terdengar suara Aryan di dalam talian tersebut. Dia tak sangka yang Aryan turut ada bersama dengan Daniel ketika itu.
"A-Aryan."
Aryan menghembus nafas berat walaupun hatinya ketika itu tidak tenteram. "Right now, please... I just only want both of you safely arrived without anything bad happened. Itu pun dah cukup bagi aku. Soal abang aku, bila kau sampai sini kita bincang semula. Apa yang penting, korang berdua." Katanya mendatar. Cuba menahan rasa dalam hati.
Shawn merenung lagi tangannya yang berbalut kain putih. Dia hanya mengalami cedera ringan. Hanya Asyraff seorang yang berada di kondisi tidak stabil. Ianya akibat dari kelajuan motor Asyraff lebih laju berbanding Shawn dan pelanggaran dari kemalangan itu membuatkan kecederaan yang di alami Asyraff agak teruk.
"Shawn, dengar cakap aku. Jangan fikir benda ni berpunca dari kau. Aku kenal kau macam mana. Ingat, apa yang penting korang berdua selamat sampai balik sini." Kata Aryan seakan mengerti mengapa Shawn berdiam diri.
"Aku minta maaf, Yan..."
"It's okay. We will talk about this later."
YOU ARE READING
Mrs. Rayyan
ActionBOOK 1 [NEW VERSION] MRS. RAYYAN Current status is complete. He is back with new version. He is the main character ; Rayyan Hans Ezkiel.