Scene Rayyan dan Fran dalam tahanan Uncle Farron.
Pakk!!Uncle Farron jatuh terduduk selepas menerima tendangan terkena tepat pada bahagian dada. Terbatuk-batuk Uncle Farron mungkin dari faktor usia juga. Tak padan dah tua sibuk nak berlawan lagi. Patut umur macam tu pergi duduk diam je dekat rumah sudahlah.
"Unlce tahu sebab apa sampai sekarang Ray masih tak mengalah dengan uncle?" Soal Rayyan dalam keadaan nafas tercungap-cungap. Kesan darah di tepi bibir dia kesat dengan hujung baju.
"Ray buat semua ni sebab keluarga Ray. Uncle jangan ingat Ray tak tahu kejadian beberapa tahun lepas. Arwah daddy dan arwah Arrayyan. Punca kemalangan tu dari uncle, bukan? Uncle buat semua tu sebab arwah daddy melawan tak nak ikut segala yang uncle mahukan. Am I right?"
Uncle Farron kembali berdiri. Kotoran debu pada pakaiannya di tepuk beberapa kali. Dia mengeluarkan satu plastik yang mengandungi serbuk putih lalu dihisap penuh nikmat.
"It's drugs." Gumam Fran perlahan. Fran menapak beberapa langkah ke belakang dan berdiri bersebelahan Rayyan.
"Ray. What should we do? They are having drugs."
Vince turut menyambil kesempatan buat perkara yang sama seperti Uncle Farron. Kini barulah Rayyan dan Fran faham kenapa Uncle Farron dan Vince langsung tidak terkesan selepas berlawan banyak kali.
"Bangsat. Patutlah nyawa liat semacam rupanya ambil benda sampah tu!" Kata Rayyan penuh rasa geram. Nak guna senjata pun, awal lagi Uncle Farron bagi peraturan 'no weapons allowed'.
"Apa kita nak buat sekarang? Kau nak letupkan tempat ni ke?" Soal Fran membuatkan Rayyan segera menoleh ke arahnya.
"The hell?! Kau gila ke nak mati katak sekali dekat sini? Aku pun tak tahu nak buat macam mana melainkan kita main kotor terpaksa guna apa-apa yang boleh lawan dengan dua setan ni."
Fran hanya menjungkitkan kedua bahunya. Manalah tahu kalau tiba-tiba Rayyan jadi otak gila macam adik lelaki dia sorang tu. Siapa lagi kalau bukan Aryan. Ini kalau Aryan mahu diletupkan terus tempat tu.
"Should we start again?" Soal Uncle Farron sambil merenggang otot badan.
Rayyan dan Fran mengeluarkan sebilah pisau belati dari celah kasut masing-masing. Uncle Farron dan Vince sekadar memerhati.
"What are you going, Hans?"
"Fair and square. Both of you are having drug then let us use something like this." Pisau belati tersebut diputarkan beberapa kali.
Uncle Farron tersengih sinis. Tidak ketinggalan juga, Vince pergi mengambil dua buah pedang buatan Japan yang tergantung di dinding bilik kurungan itu. Salah satunya diberikan kepada Uncle Farron.
"Katana." Serentak Rayyan dan Fran berkata selepas mengenal pasti jenis pedang itu.
"Yeah, it's katana." Kata Vince lalu membuka sarung pada pedang katana tersebut. Fran pasti tahu tentang pedang katana yang telah lama Uncle Farron simpan.
YOU ARE READING
Mrs. Rayyan
AksiyonBOOK 1 [NEW VERSION] MRS. RAYYAN Current status is complete. He is back with new version. He is the main character ; Rayyan Hans Ezkiel.