Bab 57

21.5K 1.3K 148
                                    

"Abang!" Erianna menekup mulutnya saat terlihat keadaan Rayyan. Air mata mula bergenang. Perlahan-lahan dia melangkah mendekati Rayyan namun di tahan oleh Ardell.

Rayyan pandang tak terkata. Senyuman nipis terukir di bibir. Tak lama kemudian, senyuman Rayyan mati. Pandangan sayu diberikan kepada Erianna.

"Sayang buat apa dekat sini?"

"Abang... abang tahu tak rasa nak gugur jantung saya bila dapat tahu abang terlibat dalam kemalangan. Lepas tu, cuma Asyraff dan Shawn je yang balik tapi abang tak ada. Saya risau tahu tak! Saya risau kalau saya tak dapat jumpa abang lagi. Abang pun tahukan saya tak ada sesiapa lagi selain dari awak, suami saya sendiri dan juga abang-abang saya. Tolonglah, Ray... jangan buat saya risau macam ni." Air mata Erianna tumpah setelah meluahkan segala rasa terbuku di hatinya. Ardell mengusap lembut bahu kakak iparnya. Hati dia turut terasa sayu.

Rayyan diam. Kata-kata isterinya itu... buat dia sebagai seorang suami rasa kecewa tak dapat melindungi sang isteri dengan baik. Erianna sengsara kerana dia. Ibu bapa Erianna mati kerana dia. Erianna berjauhan dengan abang-abangnya juga kerana dia.

Sedar, Rayyan! Semua yang terjadi pada Erianna berpunca dari kau sendiri. Kalau kau tak selesaikan semua masalah ni dengan lebih cepat, Erianna takkan terseksa!

"Aryan."

"Aku tak nak dengar kau cakap benda bodoh lagi, long."

Rayyan kembali mengangkat wajahnya lalu dia merenung tepat ke arah mata Aryan. Sejujurnya dalam hati, Aryan benci dengan pandangan abangnya ketika itu. Dia seakan faham apa yang Rayyan hendak dia lakukan.

"Ingat perjanjian kita, Iyan."

Aryan menggeleng kepala. "Aku takkan buat apa yang kau suruh. Aku takkan ikut apa yang kau dah tetapkan. Aku nak kau ikut kitaorang balik, Ray. Tolonglah..."

Rayyan tertawa halus. Ikut balik bersama? Dia tak rasa yang dia akan keluar dengan selamat dari tempat ni. Apa yang dia mahukan sekarang ini adalah Erianna keluar dengan selamat. Dia cuma mahukan isterinya masih dapat diselamatkan lagi.

"Aryan Ivan Ezkiel."

"Aku takkan buatlah, bodoh!" Jerkah Aryan bersama air mata sudah membasahi pipi. Matanya kelihatan agak kemerahan.

"Tembak aku, Iyan." Tiga patah perkataan yang keluar dari mulut Rayyan membuatkan semua yang berada di situ terkedu.

"No! Abang dah gila ke?! Semua kawan-kawan abang termasuk adik abang sendiri datang sini untuk selamatkan abang!" Jerit Erianna tidak setuju dengan keputusan suaminya itu.

Aryan masih diam dalam posisinya. Tangan kanan yang mempunyai sepucuk pistol digenggam dengan kuat. Gila. Permintaan abangnya itu memang gila!

"Yan... aku tahu kau dengar. Just do it." Kata Rayyan perlahan. Dirinya yang terikat kemas pada sebatang kayu tak mampu membuat apa-apa. Hanya satu saja jalan penyelesaian.

Adiknya, Aryan Ivan.

"Kau dah gila ke, Ray?! Kitaorang susah payah cari location kau, datang selamatkan kau. Tiba-tiba kau boleh minta permintaan gila suruh Aryan tembak kau?!" Marah Shawn. Dadanya berombak menahan amarah. Dalam keadaan macam ni, bertekak teruk sekali pun takkan selesaikan masalah.

"Ray, kau sedar tak apa kau kata ni?" Soal Haikal risau. Tanpa pengetahuan Erianna, mereka yang lain sudah dapat agak benda ni akan terjadi.

Erianna ingin melangkah menghampiri Rayyan tetapi Ardell lebih pantas menarik lengan kakak iparnya itu.

"Akak, jangan!" Halang Ardell.

"Why?! Lepaskan tangan akak, El! Akak nak selamatkan suami akak! Bukan tu ke tujuan asal korang semua datang sini?!"

Mrs. RayyanWhere stories live. Discover now