Bab 56

21.3K 1.3K 212
                                    

"Korang boleh masuk sekarang. Aku dah buka lock pintu tu." Beritahu Asyraff melalui earpiece apabila terlihat Daniel telah tiba di hadapan bilik Erianna dikurungkan.

"Thanks, Raff."

Penuh berhati-hati Daniel membuka pintu tersebut. Dia menyuruh Ardell, Alisha dan Mikayla masuk terlebih dahulu. Jelas dari pandangan tiga orang gadis itu, mereka terlihat Erianna duduk di kerusi dengan tangan dan kaki telah diikat.

"Rian!" Jerit Alisha dan Mikayla serentak tetapi tidak terlalu kuat. Risau kalau pihak musuh dapat mengesan keberadaan mereka di aras tersebut.

"Alisha! Mikayla!" Erianna berasa lega melihat keadaan dua orang rakannya masih baik-baik saja.

"Kak Rian okay? Ada sakit mana-mana tak?" Soal Ardell risau. Habis dilihat seluruh tubuh kakak iparnya itu bagi memastikan tiada sebarang kecederaan.

Erianna hanya tersenyum lalu kepala digelengkan. "Akak okay. Dekat sini ada orang yang jagakan akak."

Alisha, Mikayla dan Ardell terkejut. Mereka berpandangan satu sama lain. Siapa pula yang baik hati tolong jagakan Erianna dekat sini?

"Siapa?" Secara kebetulan mereka bertiga menyoal dengan serentak.

"Don't tell me..." Ardell menduga sesuatu dan Erianna menganggukkan kepalanya. Dia pasti apa yang Ardell fikirkan sama seperti yang dia ingin beritahu.

"Girls! Cepat sikit. Kita tak boleh lama-lama dekat sini." Tegur Daniel menyentakkan empat orang gadis itu.

Alisha dan Mikayla kembali meneruskan tugasan tergendala tadi. Selepas tali berjaya dibuka, mereka berempat terus menghampiri Daniel di muka pintu.

"Aryan mana? Yang lain?" Soal Erianna pada Daniel.

"Diaorang pergi cari Ray. Sekarang, you kena ikut I keluar dari tempat ni. Rasanya semua budak-budak Uncle Farron dah tahu kita ceroboh tempat diaorang."

Boom!!

"Arghhhh!!" Daniel segera melindungi empat orang gadis itu apabila aras mereka berada, kawasan paling hujung sekali baru saja meletup.

"Shawn! Kenapa boleh ada letupan dekat sini?!" Soal Daniel lantang.

Shawn mengesan kawasan tersebut. Tiba-tiba dia terlihat susuk tubuh seseorang berbadan sasa. Matanya membulat. Nak lepaskan tembakkan pun rasanya tak lepas dari jarak dia berada.

"Daniel, bawa diaorang keluar jalan lain. Zach! Hantar backup tingkat atas. Kita ada masalah besar sekarang ni. Orang kanan Uncle Farron yang paling kuat... dia ada dalam bangunan tu!"

Zach dan Daniel tersentak. Tak lain tak bukan... orang kanan yang dimaksudkan oleh Shawn adalah Vince. Salah seorang anak buah Uncle Farron merangkap orang kanan paling tinggi posisi dia. Dan Vince juga orang paling kuat dalam kumpulan tersebut selain dari Uncle Farron.

"Macam mana dia boleh ada dekat aras ni?" Soal Daniel cemas. Sudahlah tugas dia kena lindungi empat orang gadis itu.

"Aku tak tahu. Bila masa dan macam mana dia boleh ada dekat situ pun aku tak tahu. Nampaknya keadaan semakin keroh. Korang kena cepat." Balas Shawn risau. Aryan dan yang lain mesti tengah sibuk mencari Rayyan. Dia tak mahu mengganggu tugas Aryan.

Daniel menyuruh Ardell jalan terlebih dahulu. Diikuti Alisha, Erianna dan Mikayla. Akhir sekali, Daniel yang berada di belakang. Mereka berlima cuba keluar menggunakan jalan lain dengan penuh berhati-hati.

Asyraff menyaksikan segalanya melalui rakaman CCTV. Dia juga dapat lihat kehadiran Vince secara tiba-tiba di aras Daniel berada. Dia pun tidak perasan bagaimana Vince boleh ada di situ.

Mrs. RayyanWhere stories live. Discover now