Bab 53

20.5K 1.2K 129
                                    

Bamm!!

"Sial!! Kau memang bangsat! Orang tua bodoh!" Tangan Aryan mula kemerahan selepas menumbuk permukaan meja kayu itu dengan kuat.

Haikal, Zach dan Daniel terasa gerun melihat amarah adik kepada ketua mereka itu. Jarang-jarang nak tengok Aryan mengamuk begitu sekali. Biasanya dialah lelaki yang paling cool.

"Daniel, tak dapat apa-apa maklumat lagi ke?" Soal Aryan dingin. Wajah Daniel di renung tajam.

"B-belum lagi." Balas Daniel perlahan. Langsung tidak memandang tepat ke arah anak mata Aryan. Seram woo! Serupa nak baham orang tahu tak?!

Aryan merengus kasar. Rambutnya di ramas dengan kasar. Tak guna! Lepas kehilangan abangnya, tak sangka yang dia bakal hadap kehilangan kakak iparnya pula.

"Teruskan cari! Aku nak secepat yang mungkin. Kita tak boleh buang masa. Silap hari bulan ada yang nyawa melayang." Arah Aryan tegas sebelum berlalu keluar dari bilik latihan itu.

Bamm!!

Secara serentak terhinjut bahu tiga orang jejaka itu. Lepas pemergian Aryan, barulah semua menghembus nafas lega. Boleh rasa berpeluh satu badan ni dibuatnya. Aryan kalau tengah serius macam tu, janganlah pernah nak bergurau-senda. Takut-takut berlubang je kepala kejap lagi.

"Apa kita nak buat sekarang ni?" Soal Zach seperti otaknya tidak dapat berfungsi ketika itu.

Haikal menghembus nafas berat. "Aku pun tak tahu. Asyraff dengan Shawn pula tengah dalam keadaan macam tu. Haih... apa nak jadi dengan kita semua sekarang ni? Ray hilang, Asyraff dengan Shawn pula cedera. Tinggal kita je orang kanan yang boleh bantu Aryan."

Zach dan Daniel setuju dengan apa yang dikatakan oleh Haikal. Jika tiada mereka bertiga, siapa lagi nak bantu Aryan tengah dalam waktu macam nyawa hujung tanduk ni?

"Kita cuba dulu mana yang boleh. Selebihnya berdoa jelah jalan terakhir." Kata Daniel mengundang tawa kecil dari Haikal dan Zach.

"Amboi... tengah waktu susah macam ni baru tahu nak berdoa, eh?" Zach mengusik.

Mendengar usikkan Zach, Daniel terus melontar jelingan tajam. "Cakap baik sikit! Tak pernah lagi aku ni tinggal solat apa semua. Sibuk-sibuk belajar sambil kerja pun, solat aku utamakan juga."

Zzap!

Zach tersengih sambil menggosok belakang lehernya. Aduh... kan percuma gitu je kena satu das sindiran. Eh! Tapi korang semua jangan salah faham, aku pun tak pernah tinggal solat okay. Cuma tulah haha bila nak berhenti kerja gelap ni pun tak tahu.

🔥

Seminggu kemudian...

Keadaan Asyraff semakin stabil tetapi masih belum sedarkan diri. Shawn pula tangannya yang patah hampir pulih. Sejak pulang dari Hong Kong, Shawn lebih memilih untuk mendiamkan diri. Dia masih menganggap semua yang berlaku ini berpunca darinya.

Zach melangkah masuk ke ruangan dapur dan kebetulan terlihat Mikayla sedang berada di singki. Tiba-tiba satu idea datang dalam fikiran Zach. Dia tersengih.

"Mikayla!"

"Oi, mak kau meletup!" Latah Mikayla tanpa sengaja terkejut akan sergahan Zach. Laju tangan mengusap dada.

Mikayla segera berpusing lalu mata dikecilkan melihat Zach sedang tersengih. Mungkin mahu mengetawakan dia sebab tak sengaja melatah tadi. Ishh!

"Tak reti bagi salam ke?" Mikayla menjeling.

"Hahaha okay I minta maaf. You tengah buat apa tu?"

"Kemas dapur. You datang sini nak apa-apa ke?"

Zach bersandar pada tepi kitchen island. Tangan disilangkan ke dada. "Shawn ada turun makan?"

Mrs. RayyanWhere stories live. Discover now