Bab 1

15.1K 534 10
                                        

Aku menutup mulut apabila terasa ingin menguap. Mata aku mula berasa kuyu lalu aku menyandarkan badan ke belakang. Aku memandang dua orang rakan baikku, Naura dan Adara yang cantik memakai baju yang direka oleh Puan Suraya, iaitu ibu kepada Adara.

Aku juga melihat ke arah dua orang lelaki yang sedang membetulakan rambut mereka di hadapan cermin. Seorang memakai baju melayu sedondon dengan Naura manakala seorang lagi memakai baju sedondon dengan Adara.

Aku mula bosan. Inilah yang jadi apabila setiap kali design baju raya akan dikeluarkan oleh Butik Chempaka ini. Aku hanya mampu melihat dua orang rakan baikku menjadi model, manakala aku hanya menjadi pemerhati.

Aku mencapai telefon pintar milikku yang diletakkan pada meja kecil di sebelah. Aplikasi Instagram mula aku buka. Perlahan-lahan jariku menolak lembut skrin telefon itu.

"Aisya, bosan ke?"

Aku terus mengalihkan wajah apabila mendengar seseorang menegur. Kelihatan Puan Suraya sedang tersenyum kearahku.

Aku menutup aplikasi Instagram itu sebelum telefon ditutup lalu kembali diletakkan di atas meja. Wanita yang sudah aku anggap sebagai ibu itu dipandang.

"mestilah aunty. Aisya tak boleh nak jadi model pada rekaan aunty kali ini" Sayu sahaja aku bercakap. Padahal aku sudah biasa dengan keadaan begini. Setiap tahun perkara seperti ini terjadi.

"Nak buat macam mana Aisya, kamu tak ada adik lelaki. Koleksi kali ni adalah untuk pasangan suami isteri untuk raya. Naura dengan Adara ada adik lelaki, kamukan anak bongsu. Kamu nak ke aunty suaikan kamu dengan model lelaki?" Sengaja Puan Suraya bertanya begitu walaupun dia sudah tahu apa jawapan yang bakal diterima.

Pantas aku menggeleng kepala. Taknak aku. Untuk koleksi husband and wife sekurang-kurangnya perlu memegang tangan mahupun bersalaman. Naura dengan Dara tak apalah sebab model lelaki yang digandingkan dengan diorang adalah adik diorang sendiri.

"Aunty dah agak dah. Kamu kena tunggu sekejaplah sementara nak tunggu turn kamu" Puan Suraya ketawa sedikit apabila melihat wajahku sudah berubah bosan.

Wanita itu bangun daripada duduk lalu berlalu ke arah Adara dan Naura yang sudah siap untuk photoshoot.

Aku memandang ke arah pintu. Disebabkan pintu butik ini adalah pintu kaca, jadi aku dapat melihat keadaan luar butik. Badanku yang tadinya menyandar terus tegak apabila ternampak seekor kucing berwarna kelabu putih sedang menjilat badannya pada kawasan parking kereta bertentangan dengan butik.

Aku menajamkan mata memandang haiwan berbulu itu. Dekat situ rupanya kau Bubu, penat aku cari kau tadi.

Aku memandang ke arah kawasan photoshoot. Kelihatan Naura dan adiknya, Naufal sedang mengatur kedudukan mereka. Aku berfikir sejenak. Tu baru Naura dengan Naufal, belum Adara dengan Atiqh lagi. Baik aku keluar main dengan Bubu dulu sementara tunggu diorang.

Aku menggapai beg tangan putih milikku yang diletakkan pada meja sebelum berdiri. Telefon pintar diambil sebelum dimasukkan ke dalam beg tangan.

Aku mula melangkah ke arah Puan Suraya yang sedang mengarahkan Naura membetulkan butang baju melayu Naufal.

"Aunty, Aisya nak keluar kejap."

Puan Suraya mengalihkan wajah memandang aku.

"Yalah, tapi jangan lama sangat. Hati-hati" Sempat wanita itu berpesan.

"Baik aunty"

Baru sahaja aku ingin melangkah, seseorang memanggilku menyebabkan aku kembali berpaling.

Takdir Terindahku √Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang