"Assalamualaikum"
Aku yang sedang menyuapkan cucur udang ke dalam mulut terus beralih ke arah pintu apabila kedengaran suara yang sangat aku kenali.
"Waalaikumussalam" salam lelaki tersebut dibalas oleh seluruh ahli keluarga aku. Aku nampak dia berjalan mendekati meja makan.
"Haa, Hafiz. Baru balik?" Sapaan ayah membuatkan lelaki itu mengangguk.
"Ya ayah. Banyak benda nak kena buat dekat pejabat, itu yang lambat sikit."
"Duduk sini Hafiz. Makan cucur yang adik buat ni." Ibu yang tadinya duduk bersebelahan aku bangun lalu bergerak ke rak cawan.
Satu cawan diambil lalu dibawa ke meja.
Aku senyum dahulu memandangnya sebelum aku bangun lalu menarik perlahan tangannya, mengikut aku. Dia melabuhkan punggung pada kerusi yang kosong di sebelah aku.
"Terima kasih" Hafiz berkata begitu apabila ibu meletakkan secawan teh 'o' panas di hadapannya.
"Korang nak balik bila?" Along yang baru sahaja mencapai cucur udang bertanya sebelum mula mengunyah.
"Rasanya lepas maghrib"
"Alang-alang nak balik malam, apa kata kita buat bbq malam ni? Nak tak?" Angah muncul memberi idea. Kesemua ahli keluarga memberi perhatian kepada angah yang sedang meletakkan cawan ke atas meja.
"Bbq?" Aku menyoal. Tiba-tiba nak buat bbq, dah kenapa?
"Ha'ah. Dah lama tak buat bbq."
"Boleh juga. Bahan-bahan ada nak buat. Kebetulan along ada beli sotong pagi tadi, boleh bakar sotong sekali" Ibu kedengaran setuju dengan cadangan along.
Terus mata aku bersinar. Sotong bakar. Sedapnya!
"Boleh tak Hafiz? Korang baliklah lewat sikit. Spent time dengan kitorang"
Hafiz memandang aku yang berada di sebelah apabila angah bertanya begitu. Dia nampaknya teragak-agak.
Aku terus membuat muka simpati dan kepala dianggukkan.
"Please" ujar aku perlahan sebelum Hafiz ketawa kecil.
"Ok. Lagipun sejak dua menjak saya serabut dengan kerja. Sekurang-kurangnya boleh hilangkan stress"
"Bagus sangat lah tu. Boleh kamu rasa air tangan adik. Dia pandai tau buat perencah untuk bbq" Ayah mula memuji aku. Aku apa lagi, kembang semangkuk lah.
Hafiz memandang aku dengan wajah sedikit terkejut.
"Awak tak pernah bagitau saya pun"
"Awak tak tanya" laju sahaja aku menjawab sebelum aku dan dia ketawa.
.
.
.
"Adik, pergi ambil ayam yang adik dah perap tadi. Api dah siap, dah boleh bakar ni." Along mengibas-ngibas arang yang telah dinyalakan dengan api menggunakan tudung periuk.
Aku mengangguk. Langkah dibawa masuk ke dalam rumah lalu menuju ke dapur. Beberapa bekas berisi ayam, ikan dan sotong yang sudah diperap dengan segala bahan rempah ratus.
Laju aku melangkah keluar lalu membawa bekas itu kepada along. Sempat juga aku ambil beberapa penyepit bersama.
"Nah" Aku hulurkan bekas yang berisi ayam dan ikan kepada along. Sotong kena tunggu sekejap sebab tak muat.
Along menyambut huluran aku lalu bekas itu dibukan sebelum satu persatu perapan ayam diletakkan di atas pemanggang diikuti dengan ikan. Aku yang berada bertentangan dengan along hanya memandang. Aku suka tengok orang bakar-bakar ni.
YOU ARE READING
Takdir Terindahku √
Romance"Apa nama awak?" "Fadhila Aisya Makaila. Awak boleh panggil saya Dhila." "Tapi saya nak panggil awak Aisya" Terdiam aku dibuatnya. Tidak pernah dalam sejarah hidup, ada orang mahu memanggilku Aisya. "Saya minta maaf, tapi saya dah tersuka awak tanpa...