Bab 11

6.7K 386 10
                                    

Aku merenung ke luar tingkap. Apa yang Hafiz beritahu aku tadi menyebabkan aku mula berasa sedih. Hafiz memberitahu bahawa petang ini kami akan balik ke rumahnya. Dia cakap rumahnya boleh tahan jauh daripada rumah ini. Maknanya aku akan susah untuk jumpa keluarga aku dan hari ini aku perlu tinggalkan mereka.

Aku mula berasa sebak. Kalau boleh aku taknak jauh daripada ibu dan ayah. Aku juga taknak jauh daripada along dan angah. Walaupun diorang tu suka menyakat dan menyakitkan hati, tapi diorang baik. Diorang selalu manjakan aku.

Walaupun aku tidak tinggal serumah dengan mereka, tetapi boleh dikatakan setiap hari aku akan balik sini dan selalu juga tidur di rumah ini. Bila aku dah tinggal dengan Hafiz, bermakna aku akan jarang balik sini.

Air mata mula gugur membasahi pipi. Adik taknak tinggalkan rumah ni!

Tiba-tiba sahaja, aku dapat rasa sentuhan pada wajahku. Pantas aku mengalihkan muka ke arah dimana sentuhan itu datang.

Muncul wajah Hafiz pada pandangan.

Aku terkejut sedikit. Entah bila dia berada di sebelah pun aku tidak tahu. Tapi tidak pula aku bertanya.

Tangannya lembut mengusap air mata yang berada di pipi kiriku.

"Saya tak suka tengok awak nangis." Hafiz mengusap pula air mata yang berada di belah kanan.

Aku hanya diam, tidak menjawab ataupun menghalang tindakannya.

"Kenapa ni? Awak ada masalah ke?" Lembut sahaja dia menyoal.

Aku tidak membalas, sebaliknya aku hanya merenung wajahnya dengan mata yang bertakung.

Aku dengar dia hela nafas sedikit. Mungkin tidak senang melihat keadaan aku sebegini.

"Sayang, janganlah buat saya macam ni. Saya tak boleh tengok awak menangis." Nada suaranya seolah-olah merayu. Dahinya terkerut, wajahnya tampak risau.

Aku mula rasa tidak senang. Rasa kasihan mula wujud apabila dia benar-benar hendak tahu apa yang jadi.

"Saya taknak tinggalkan ibu. Saya taknak tinggalkan ayah. Saya taknak tinggalkan along dengan angah. Saya taknak berpisah dengan diorang." Aku mula menangis kembali. Air mata aku laju turun membasahi pipi. Aku teresak-esak memandangnya.

Hafiz menggapai kedua-dua belah tanganku sebelum digenggam erat. Matanya tepat merenung anak mataku.

"Aisya, saya tahu awak sayang sangat dekat diorang. Tapi, awak dah kahwin. Awak dah ada suami. Awak sanggup ke nak tinggalkan saya sorang-sorang?"

Pantas aku menggelengkan kepala. Walaupun baru 5 hari kami bergelar suami isteri, aku sudah mula sayang dengannya dan tak mahu berpisah.

Dia senyum dahulu sebelum mengusap air mataku.

"Awak jangan risau. Nanti bila kita ada masa lapang, kita balik sini"

Aku terus bergerak memeluk tubuhnya. Aku dapat rasakan pada awalnya dia agak terkejut dengan tindakanku, sekejap sahaja sebelum dia memelukku dengan sebelah tangan.

"Janji yang kita akan balik sini selalu." Aku letakkan sebelah wajahku pada badannya. Aku tidak mengapa tiba-tiba aku berani bertindak begini. Mungkin aku sudah mula selesa dengannya.

"Janji" Hafiz mengusap kepala aku dengan sebelah lagi tangannya.

Aku meleraikan pelukan.

Hafiz sekali lagi mengusap air mataku. Nampaknya dia tidak jemu berbuat demikian.

"Dah, taknak nangis lagi. Kalau along nampak awak nangis macam ni, lunyai saya kena belasah"

Aku ketawa sejenak. Aku mengelap sedikit pipiku, menghapuskan sisa air mata yang mengalir sebentar tadi. Apalah kau Aisya. Belum apa-apa dah menangis. Buat malu kaum wanita je.

Takdir Terindahku √Where stories live. Discover now