Bab 20

5.5K 328 10
                                    

"Alhamdulillah, Cik Naura tak apa-apa. Dia cuma mengalami masalah pernafasan, tapi jangan risau, ianya hanya sekejap. Sekarang ni, Cik Naura dah kembali stabil. Dan tubuh badan dia berikan tindak balas positif. Saya jangkakan Cik Naura akan sedar dalam masa terdekat."

Aku mengunggapkan kata syukur apabila mendengar apa yang diperkatakan oleh doktor di hadapan aku. Air mata yang membasahi pipi sebentar tadi aku seka perlahan sebelum tersenyum. Alhamdulillah syukur.

"Kalau tak ada apa-apa, saya minta diri dulu"

Doktor lelaki itu mula melangkah meninggalkan kami di hadapan ward ICU itu.

"Alhamdulillah syukur" Ezzry juga mengungkapkan kata syukur. Dia betul-betul gelabah bila aku call dia cakap Naura sesak nafas. Syukur tak ada apa-apa yang berlaku.

"Jom tengok akak. Mana tahu dia sedar kejap lagi"

Aku mengangguk sebelum memandang suamiku di sebelah. Hafiz hanya senyum sedikit.

Baru sahaja kami ingin melangkah ke arah pintu ward, tiba-tiba sahaja aku terdengar seseorang memanggil nama aku dengan agak kuat, dan aku rasa aku kenal suara itu.

"Aisya!" Suara itu kedengaran seperti sedang marah. Aku mengalihkan badan kearah suara itu. Kelihatan Clinton sedang berjalan laju ke arah kedudukanku. Wajahnya seperti bengang dan marah.

"Kenapa Clinton?" Aku menyoal tidak mengerti. Tiba-tiba sahaja datang dengan memanggil nama aku kuat. Dia tak tahu ke ni hospital? Mana boleh buat bising.

"Kamu jangan ingat saya tak tahu. Kami penyebab Naura jadi macam tu"  ayat kasar itu masuk kedalam telinga aku apabila Clinton memberhentikan langkah di hadapan aku, Hafiz dan Ezzry.

Aku terpana. Aku terkejut apabila Clinton berkata begitu. Aku tidak terkejut kerana dia tahu tentang kemalangan itu, tetapi aku terkejut kerana dia berkata aku sebegitu rupa.

Rahang Clinton diketap. Aku nampak dia genggam penumbuk. Dia betul-betul marah sekarang ini.

"Kamu dengar sini, kalau bukan sebab kamu, Naura takkan ada dalam tu. Kawan jenis apa kamu ni? Sanggup biarkan kawan baik sendiri kena langgar semata-mata nak selamatkan diri. Kamu memang tak tahu malukan" Clinton semakin menengking. Suaranya semakin lama semakin meninggi.

Matanya tajam memandang aku dihadapan.

Aku hanya diam. Satu persatu ayat pedih Clinton menusuk masuk kedalam hati aku. Air mata aku mula bergenang. Aku tidak membalas mahupun melawan, sebaliknya aku hanya mendiamkan.

"Clinton, kau jangan tinggi suara dengan isteri aku" Hafiz mula menyebelahi aku.

Aku nampak wajahnya marah. Matanya juga tajam memandang Clinton di hadapan.

Clinton merengus sinis. Mungkin dia tidak puas hati apabila Hafiz masuk campur dalam urusannya.

"Hafiz, urusan aku dengan Aisya, bukan dengan kau" Clinton mula menempelak. Mereka membalas renungan tajam.

"Masalahnya dia isteri aku. Apa masalah kau" Suara Hafiz juga tidak kurang tingginya.

Ini pertama kalinya aku dengar dia marah sebegini rupa. Humairah pernah cakap yang Hafiz takkan berdiam diri kalau ada orang berkasar dengan orang yang disayang.

Kali ini Clinton gelak sinis pula. Matanya memandang aku kembali.

"Kamu memang tak tahu malu kan? Boleh ada dekat sini, melawat Naura. Kononnya nak tunjuk baik dengan dia. Padahal kamu yang buat dia jadi macam tu. Dasar perempuan tak tahu malu!"

"Kau memang dah kurang ajar!" Hafiz bergerak laju ke arah Clinton. Tangan Hafiz kasar memegang baju Clinton.

"Cukup!" Aku berkata separuh menjerit. Sebelum suasana menjadi lebih parah, baik aku hentikan semua ini.

Takdir Terindahku √Where stories live. Discover now