Bab 19

5.2K 328 4
                                    

Aku yang tadinya kusyuk melihat gambar-gambar aku, Naura dan Adara di bilik kerja terus melangkah laju ke arah bilik tidur apabila terdengar bunyi telefon milik Hafiz. Sudah berkali-kali telefon itu berbunyi. Jika si pemanggil sanggup menghubungi berkali-kali, pasti ianya penting.

Aku masuk ke dalam bilik tidur. Kedengaran bunyi air daripada bilik air. Ni mesti dia tengah mandi. Ambil feel ke apa sampai bunyi telefon tak dengar?

Aku mendekati telefon pintar Hafiz yang diletakkan di atas katil. Baru sahaja aku mengambil telefon itu, panggilan tersebut terus terhenti. Sempat aku melihat nombor yang terpampang pada skrin itu. Nombor sahaja? Siapa pula yang call malam-malam macam ni?

Aku meletakkan kembali telefon itu ke atas katil. Kaki aku ingin melangkah keluar daripada bilik. Baru sahaja beberapa tapak aku melangkah, bunyi notification mesej daripada telefon Hafiz kedengaran. Aku tidak tahu mengapa, tetapi hati aku kuat menyuruh aku melihat siapa yang menghantar mesej kepada suamiku.

Aku berkira-kira sejenak. Nak tengok ke tak? Nak tengok ke tak?

Setelah beberapa ketika bermain teka teki dengan diri sendiri, akhirnya aku mengambil keputusan untuk melihat mesej tersebut.

Aku berjalan ke arah telefon itu semula lalu alat elektronik itu diambil. Aku melihat skrin telefon itu.

+6011 xxx xxxx
Jumpa tempat biasa

Aku mengerutkan dahi. Jumpa tempat biasa? Malam-malam buta macam ni?

Aku mula rasa tidak sedap hati. Perasaan aku kuat mengatakan ada sesuatu yang tidak kena. Takkanlah dia cu...

Aku menggelengkan kepala. Apa kau fikir ni Aisya? Takkanlah dia sanggup buat kau macam tu? Dia sayang kau kot.

Aku berfikir sejenak. Tapi sayang tak bermakna tiada niat untuk kahwin lain kan? Aku menampar pipi kiri aku perlahan. Aisya! Tolonglah jangan fikir bukan-bukan. Insyallah, dia takkan buat kau macam tu.

Aku memandang kembali skrin telefon pintar itu. Aku tahu password telefon ini kerana Hafiz pernah memberitahu aku. Tarikh perkahwinan kami dijadikan kata kunci untuk benda ini. Walaupun aku boleh pastikan sama ada tekaan aku betul ataupun tak dengan melihat semula mesej-mesej Hafiz dengan penghantar mesej ini, tetapi aku berasa bersalah untuk melakukan itu.

Selama ini Hafiz tidak pernah sesekali berasa sangsi ataupun ingin melihat apa yang berada didalam telefon pintarku. Dia sentiasa cakap yang dia percaya dengan aku dan dia tidak ada langsung rasa sangsi ataupun ragu-ragu dengan aku.

Jika terdetik sekalipun, dia tidak pernah menuduh ataupun berburuk sangka dengan aku. Dia selalunya bertanya kepada aku jika terjadi sesuatu.

Aku meletakkan kembali telefon pintar itu dimana ia berada sebelum ini. Aku tidak mahu mengganggu privasinya. Walaupun kami dua bergelar suami isteri, tetapi tidak bermakna semua benda perlu dikongsi. Pasti ada rahsia yang dia hendak simpan sendiri.

Aku mula melangkah keluar daripada bilik. Perasaan sangsi dan buruk sangka itu pantas aku buang.

Aku dengar pintu bilik air dibuka apabila aku sudah setengah perjalanan ke bilik kerja. Aku hanya mengendahkan. Buat seperti aku tidak tahu apa-apa.

.

.

.

Takdir Terindahku √Where stories live. Discover now