Bab 14

6K 354 12
                                    

Aku memandang luar tingkap. Aku tidak tahu kemana pandangan aku dituju. Sudah 2 hari berlalu semenjak aku tahu tentang sakit ini. Sudah 2 hari juga aku melawan dengan menelan ubat tahan sakit. Dalam jangka masa itu juga aku berusaha menyembunyikan sakit yang aku rasa.

Ya, aku tipu. Aku tipu suami aku. Aku tipu dia, aku tunjukkan yang aku sihat. Aku tunjukkan yang aku gembira, padahal apa yang aku rasa adalah sebaliknya. Aku sakit, aku lemah. Aku tidak rasa yang aku mampu laluinya.

Aku sudah seperti hilang akal. Apa yang aku tahu sekarang ini adalah aku rasa bodoh dengan keputusan yang telah aku ambil, tapi aku terpaksa. Ya aku terpaksa. Demi keluarga aku, demi suami aku. Tapi keputusan itu sebaliknya buat aku.

Aku memejamkan mata. Aku cuba mengawal perasaan. Perasaan yang sedang berbolak balik ketika ini. Ya, aku gembira dengan keputusan yang aku buat, tetapi aku turut berasa takut dengan apa yang telah dipilih.

Aku tak nak apa yang keluarga aku rasa sebelum ini berulang kembali. Aku taknak mereka bersedih kerana aku. Cukuplah selama 2 tahun mereka menahan derita kerana aku. Cukuplah hidup mereka huru hara disebabkan aku. Cukuplah aku buat mereka sakit. Aku taknak menjadi penyebab kepada kesedihan mereka lagi.

Hafiz, suami aku. Aku tahu aku berdosa Ya Allah, aku tahu aku berdosa... Tapi aku terpaksa. Bukan niat aku untuk merahsiakannya. Aku cuma taknak dia lalui apa yang keluarga aku pernah lalui dahulu. Aku tak sanggup melihat penderitaannya.

Adara dan Naura, sahabat aku. Hanya mereka yang tahu. Hanya mereka penyalur kekuatan aku ketika ini, tapi aku tahu, aku sudah membuat mereka marah. Aku terpaksa, sungguh aku terpaksa. Aku tak nak ayah aku tahu sakit ni.

Aku membuka semula mata sebelum aku menarik nafas dalam-dalam. Cukuplah aku melayan perasaan untuk hari ini. Aku sudah lama menyendiri di dalam bilik ini. Aku takut Hafiz syak sesuatu dekat aku. Aku perlu keluar bertemu dengannya. Aku perlu buat seperti biasa, walaupun sebenarnya diri aku tidak seperti dahulu lagi. 

Aku bangun daripada duduk. Katil aku betulkan sedikit sebelum aku menarik nafas sekali lagi. Kawal Aisya, kawal. Kau boleh buat. Kau kuat!

"Fadhila Aisya Makaila!"

Aku terkaku. Aku tersentak. Aku mula berasa tidak sedap hati. Suara itu, suara Hafiz. Tetapi nada suaranya tidak seperti biasa. Walaupun ianya bukan seperti marah ataupun tengking, tetapi aku dapat dengar tegas dan geramnya.

Aku memandang ke arah pintu. Ya Allah, apa pula kali ini? Kenapa suami aku panggil aku dengan suara sebegitu?

Aku tidak membuang masa, aku pantas berjalan keluar daripada bilik tidur lalu menuruni tangga.

Aku nampak belakang Hafiz apabila menuruni tangga. Badannya tegak, tidak menyandar pada belakang sofa. Sekali lagi aku diserang rasa tidak sedap, ditambah pula dengan rasa takut. Aku dapat rasakan aura tidak kena pada lelaki itu.

Aku sedarkan diri aku sedikit. Sabar Aisya, kawal perasaan takut kau. Insyaallah, tak ada apa.

Aku mula melangkah mendekati Hafiz, muka aku sedaya upaya dibiasakan.

"Awak panggil saya?" Aku memulakan bicara. Soalan aku memang kedengaran bodoh, sudah pasti lelaki ini memaggil aku. Tidak cukupkah nama penuh aku dipanggil, membuktikan dia memanggil aku?

Tetapi apa aku kisah, itu sahaja yang terlintas di dalam fikiranku untuk memulakan bicara.

Aku berdiri di sebelah, mata aku memandang wajahnya.

Pandangan Hafiz yang tadinya terarah ke hadapan, dipusingkan menghadap aku. Aku telan liur apabila dia memandang tepat kearahku.

Pandangan matanya tajam menikam mataku. Bukan menikam lembut, tetapi menikam kasar. Wajahnya kelihatan seperti sedang menahan amarah. Aku nampak dia mengetapkan rahangnya, membuatkan aku semakin takut.

Takdir Terindahku √Where stories live. Discover now