Bab 50

8.3K 318 21
                                    

"Ya Allah Hafiz! Berapa kali ibu nak cakap, jangan dukung!" 

Hari ni saja sudah masuk kali ke 4 aku dengar ibu berkata begitu. Aku hanya diam memandang suami aku yang kelihatan sedang berebut anak dengan ibu.

"Hafiz ok la ibu. Ibu janganlah risau" Hafiz masih lagi dengan perangai degilnya. Dia cuba untuk menjauhkan tangan ibu daripada mengambil anak terunanya itu. 

"Jangan risau kamu cakap?! Kamu tu dah la berdiri sebelah kaki je, sebelah tangan pegang tongkat, sebelah tangan lagi pegang Hud. Kang dua-dua jatuh pula." Ibu masih lagi berusaha untuk mengambil Hud daripada dukungan Hafiz. 

Aku daripada jauh hanya menggelengkan kepala. Ya Allah, dah macam budak-budak. 

Dalam diam aku tersenyum. Sungguh, aku mengagumi kebesaran yang Maha Esa. Siapa sangka kami diberikan peluang sebesar ini? Hafiz yang sebelum ini tenat dan berada di tahap kritikal diberikan keajaiban untuk menemani aku ketika bersalinkan anak keduaku. 

Angah memberitahu bahawa doktor hampir sahaja ingin menanggalkan alat bantuan pernafasan kerana tidak sanggup membiarkan Hafiz terseksa lagi. Sungguh besar keajaiban yang Allah SWT berikan. Hafiz bukan sahaja memberikan respon positif sebelum sempat doktor menanggalkan alat bantuan pernafasan, malah beberapa ketika selepas itu dia menyedarkan diri dan keadaannya bertukar stabil.

Angah juga berkata bahawa doktor yang menyambut anak aku memberitahu pada ketika itu aku baru sahaja selamat melahirkan Hud. Aku juga masih diberikan peluang untuk bersama-sama suamiku membesarkan anak kami. 

Aku yang sebelum ini berada pada tahap kritikal kerana telah tumpah darah selepas bersalin diberikan keajaikan. Apa yang membuatkan aku terharu adalah pada ketika ini, ahli keluarga serta sahabat handai tidak henti-henti menderma darah kepada aku memandangkan aku kehilangan darah yang sangat banyak akibat tembakan dan bersalin. 

Sungguh aku teramat bersyukur. Benar... tiada yang mustahil bagi Allah. Dalam Surah Yasin ayat 82, 'Kun fayakun' yang bermaksud, 'Jadilah engkau! Maka ia terus menjadi.' Segala yang berlaku adalah kekuasaan Allah SWT. Jika Allah kehendakinya, maka terjadilah ia. Jika Allah tidak kehendakinya, maka tidak terjadilah ia.

Emma juga telah keluar daripada hospital seminggu sebelum aku dibenarkan pulang. Mujur dia tidak mengalami kecederaan parah.

"Hafiz berdiri dua kaki la ibu" Hafiz masih lagi tak beralah. Dia masih lagi tidak mahu memberikan Hud kepada ibu.

Wajah ibu berubah dahulu sebelum bercekak pinggang.

"Siapa suruh kamu berdiri dua kaki? Sebelah kaki kamu tu tak sembuh lagi. Jangan paksa kaki tu." Ibu sudah marah. 

Aku perasan Hafiz berubah gelisah. Nampaknya dia sendiri dah buat masalah. Kasihan pula aku tengok ibu yang dari tadi lagi tak senang hati melihat Hafiz mendukung Hud. 

Anak dara aku yang tidur dalam dakapan aku usap dahulu.

"Abang, bagilah Hud dekat ibu. Kalau nak pegang, duduklah. Jangan berdiri, nanti abang jatuh" Aku dah penat tengok pertelingkahan antara ibu dan Hafiz yang berebutkan Hud. Sebelum ibu mengamuk, lebih baik aku redakan keadaan.

"Kalau duduk nanti dia nangis" Hafiz masih lagi berkeras. Dia tetap nak dukung Hud.

"Kalau macam tu, abang ambillah Mariam ni. Dia tengah tidur." Aku cuba menawarkan Mariam sebagai tukaran. Mariam ini senang dijaga. Jika dia tidur, susah untuk dia terjaga. Dia juga jarang menangis berbanding Hud. Hud lebih mahukan perhatian. 

"Abang dah main dengan Mariam tadi sebelum dia tidur. Abang nak dukung Hud pula" 

Aku tepuk dahi perlahan apabila Hafiz berkata begitu. Boleh tahan keras kepala suamiku ini. 

Takdir Terindahku √Where stories live. Discover now