Bab 37

5.8K 318 53
                                        

Kaki aku sudah tidak mampu menahan beratnya tubuh. Boleh aku katakan lapan puluh peratus  mengharapkan pegangan angah. Kaki aku juga digagahkan untuk berjalan. Air mata usah dicakap, mengalir tanpa henti dan dipinta. Perit yang aku rasakan kini sudah tidak mampu aku gambarkan. Sakit sehingga aku rasa tidak mampu untuk hidup.

Lelaki yang aku sayang, yang aku cinta telah selamat meninggalkan aku secara rasminya. Apa yang perlu aku tunggu hanyalah surat penceraian, dan aku pasti si dia akan membuatnya secepat mungkin kerana dia pakar dalam hal sedemikian.

Ketika angah memimpin aku ke pintu rumah, tiba-tiba sahaja ibu keluar disebalik pintu. Wajah ibu terus berubah apabila melihat keadaan aku.

"Ya Allah adik! Kenapa ni?" Ibu dengan penuh panik menyoal aku. Aku tidak mampu menjawab. Mulut aku bagaikan terkunci rapat.

"Adik, kenapa ni? Bagitau ibu" buat sekian kalinya. Nampaknya ibu betul-betul risau ketika ini. Mana tidaknya, melihat keadaan aku yang bergantung sepenuhnya dengan kekuatan pegangan angah.

"Hafiz... Dah ceraikan adik" tersekat-sekat aku mengucapkan ayat tersebut.

Menyebut sahaja namanya sudah membuat hati aku sakit, apatah lagi menyebut perkataan cerai. Aku gagahkan untuk bercakap. Kasihan aku melihat wajah ibu yang gusar itu.

"Tak. Hafiz takkan buat macam tu. Hafiz takkan ceraikan adik" Ibu menggelengkan kepala.

Serentak itu air mata ibu mengalir. Nampaknya ibu tidak percaya dengan kebenaran ini. Pasti sukar untuk dia terima, tetapi inilah kenyataannya. Hafiz telahpun menceraikan aku.

Perlahan-lahan angah meletakkan aku pada kerusi batu yang berada di hadapan rumah. Air mata aku langsung tidak mengeluarkan tanda untuk berhenti. Masih galak mengalir. Wajah aku usah dicakap, pucat dan sangat berkerut.

"Dia dah lafaz talak dekat adik ibu. Dia dah ceraikan adik" Angah pula bersuara kali ini. Dia perlu yakinkan ibu bahawa aku bukan lagi bergelar isteri kepada Said Hafiz Murtaza.

Secara tiba-tiba, ibu memegang kepalanya dengan agak kuat. Perit sekali wajah ibu ketika ini. Sama seperti peritnya aku untuk terima kenyataan.

Aku tidak bercakap apa, sebaliknya aku masih tersendu. Sakit sangat rasa ini. Aku tahu aku perlu kuat, tetapi sekarang tiada langsung kekuatan itu dalam diri aku. Apa yang tinggal hanyalah kecewa yang jatuh seiring dengan gelingan air mata.

.

.

.

Tiga hari telah berlalu semenjak aku diceraikan. Sejak daripada hari itu, aku tidak diizinkan langsung untuk membuat kerja rumah. Aku juga tidak dibenarkan untuk duduk bersendirian. Sepanjang tiga hari itu, ibu menemani aku untuk tidur.

Aku juga tidak diizinkan untuk duduk di dalam bilik sendiri pada siang hari, jika aku mahu bersendirian, aku perlu duduk di luar rumah ataupun di ruang tamu. Yang penting tidak bersendirian. Aku tidak pula membantah, aku tahu setiap peraturan yang angah letakkan untuk kebaikan aku. Mungkin angah risau aku membuat sesuatu diluar kawalan. Aku juga tidak menolak kemungkinan itu.

Tidak mustahil angah berfikiran begitu, sepanjang tiga hari ini air mata aku tetap mengalir. Tidak selalu, tetapi pasti akan jatuh membasahi pipi setiap hari. Aku tidak dapat menahan rasa sedih, walaupun diri aku semakin dapat menerima kenyataan. Sukar untuk aku buang perasaan sedih ini walaupun sedikit sebanyak aku memperoleh kekuatan.

Setiap hari, Naura dan Adara akan menghubungi aku. Sepanjang perbualan mereka sedaya upaya untuk membuat aku ketawa dan gembira. Mereka betul-betul berusaha untuk membuat aku melupakan kesedihan yang aku alami. Pada awalnya aku pelik juga dari mana mereka mengetahui tentang penceraian ini, tetapi aku tahu ibu yang memberitahu mereka. Jika tidak takkanlah pada malam kejadian itu mereka terus menghubungi aku dan terus menerus memujuk aku beserta dengan kata-kata semangat.

Takdir Terindahku √Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang