Aku buang pandangan ke hadapan. Taman permainan yang tiada kanak-kanak itu dilihat dengan pandangan kosong. Sedikit sebanyak cahaya mentari pagi ini menyakitkan mata aku.
Aku rendahkan pandangan memandang rumput sebelum aku sandar kebelakang. Kaki aku yang tidak menjejak tanah digoyang perlahan. Keluhan perlahan dilepaskan.
Apa yang aku baca di media sosial sebentar tadi membuatkan aku berfikir panjang.
Pilih orang yang sayangkan kita, berbanding orang yang kita sayang.
Secara diam aku setuju dengan apa yang diperkatakan. Apabila baca sahaja ayat tersebut, ia membuatkan aku teringat dua insan yang pernah muncul dalam hidup aku. Bekas kekasih dan suami yang tinggalkan aku.
Suami yang dahulunya cintakan aku hanya tinggal kenangan. Sekarang ini hanya aku sahaja yang mencintainya. Bekas kekasih yang dahulunya aku cintai, kini hanya dia yang mencintai aku.
Aku pejamkan mata sebelum nafas berat sekali lagi aku hembus. Aku tahu apa yang aku buat ini salah, aku bandingkan suami aku dengan lelaki lain. Akan tetapi, tidak layakkah untuk aku bandingkan dia dengan orang lain jika dia sudah buat aku tersiksa begini?
Mungkin apa yang tertulis di media sosial itu ada benarnya. Jika kita memilih orang yang mencintai kita, kita akan dijaga dengan sebaik mungkin. Jika kita memilih orang yang kita cintai, hanya kita sahaja yang menjaganya, dia masih belum tentu lagi akan menjaga kita.
Aku membuka mata semula apabila sesuatu terlintas di kepala otak aku. Mungkin Kazril orang yang terbaik untuk jaga aku. Sudah jelas lagi tersuluh yang Hafiz tidak lagi mencintai aku. Jika tidak, takkanlah dia sanggup tinggalkan aku sebegini.
Sekonyong-konyong, apa yang ibu cakap pada aku dua hari lepas terngiang semula.
"Jangan sesekali buat perkara yang Allah benci"
Aku pegang kepala aku dengan kedua belah tangan sebelum mata aku terpejam erat. Kepala aku tundukkan serapatnya. Tanpa sedar, air mata aku tiba-tiba sahaja mengalir. Ya Allah, bantulah aku. Aku tersepit. Aku tak nak buat perkara yang aku sendiri tak sanggup, tetapi aku tak mampu lagi untuk terus hidup begini.
Aku membuka mata lalu mata aku terpandangan perut aku yang semakin menampakkan bentuk. Tangan aku yang tadinya berada di kepala perlahan-lahan turun mengusap kandungan aku yang kini sudah mencecah 5 bulan.
"Sayang, tolong mama. Mama dah hilang arah. Mama tak tahu apa yang perlu mama buat. Mama masih sayangkan papa, tapi papa dah tak sayang mama"
Jari aku naik mengusap air mata yang semakin lebat menurun. Tidak elok aku terus melayan perasaan semasa mengandung.
"Sayang jangan risau ok. Walau apa pun yang jadi, mama tetap akan jaga sayang dengan nyawa mama sendiri. Tak ada siapa boleh ambil sayang daripada mama." Tangan aku mengusap perut aku.
Aku janji aku akan jaga anak ini sebaik mungkin walaupun mungkin tanpa lelaki bergelar suami.
Ketika aku sedang leka melayan perasaan, notifikasi daripada telefon pintar aku telah mengalih perhatian aku. Telefon yang aku letak di sebelah aku capai sebelum membukanya.
Emma 🌺
Assalamualaikum awak. Awak free tak sekarang? Saya nak ajak awak keluar pergi pasaraya. Jom.Aku ketawa kecil apabila membaca mesej itu. Walaupun baru sahaja aku mengenali gadis ini, tetapi dia seakan-akan sudah lama berkenalan dengan aku. Aku juga selesa berkawan dengannya. Entah mengapa, aku berasa selamat apabila berada dekat dengannya. Dia betul-betul prihatin dengan aku, tambah-tambah pula apabila dia tahu aku sedang mengandung.
YOU ARE READING
Takdir Terindahku √
Romance"Apa nama awak?" "Fadhila Aisya Makaila. Awak boleh panggil saya Dhila." "Tapi saya nak panggil awak Aisya" Terdiam aku dibuatnya. Tidak pernah dalam sejarah hidup, ada orang mahu memanggilku Aisya. "Saya minta maaf, tapi saya dah tersuka awak tanpa...