Aku memerhati wajah lelaki di hadapanku siling berganti. Wajah ayah sangat tegas, begitu juga along dan angah.
Wajah Hafiz pula sebaliknya. Walaupun dia sedang berdepan dengan 3 orang lelaki yang benar-benar tajam pandangan mereka, aku dapat nampak wajahnya tenang sahaja. Tidak seperti gusar ataupun gentar. Betullah tekaan aku tentang lelaki ini, dia bukan orang biasa.
"Alhamdulillah, soalan kedua lepas"
Aku terdiam. Apa yang diperkatakan oleh ayah itu benar-benar buat aku terkejut. Sungguh, ini pertama kalinya dalam hidup aku ada orang yang telah berjaya menjawab 2 soalan dengan betul dan tepat.
Soalan pertama meminta lelaki itu membacakan doa tahlil, dan dia berjaya membacanya dengan lancar tanpa tersekat. Soalan kedua pula meminta supaya lelaki itu memberikan 8 tanggungjawab lelaki selepas bergelar suami. Yang ini benar-benar membuatkan aku terkejur.
Bukan sahaja jawapannya yang lancar tanpa sebarang keraguan, malah dia juga memberikan jawapan lebih daripada apa yang dipinta beserta huraian dan contoh tanpa dipinta.
Aku memandang wajah along. Sejak daripada mula Hafiz masuk kedalam rumah, sehinggalah dia sudah berjaya melepasi soalan yang kedua, wajah along tetap keras dan tegas. Berbeza sedikit dengan angah, ketika Hafiz sampai ke rumah, dia melayannya dengan baik dan mesra tetapi apabila sampai kepada sesi soal jawab, dia terus bertukar menjadi tegas.
Ibu yang berada di sebelah mengusap sedikit tanganku. Aku memandang ke arahnya lalu aku nampak senyuman manis pada bibirnya. Entah mengapa, aku dapat rasakan yang ibu gembira dengan calon bakal menantunya yang ini.
Selama ini, bila ada orang yang cuba untuk menjawab soalan yang ditanyakan oleh ayah, aku nampak wajah ibu seolah-olah risau. Tetapi kali ini, wajah ibu kelihatan gembira.
"Hafiz, kamu dah lepas 2 soalan yang pakcik bagi. Sekarang ni, hanya ada satu saja lagi ujian. Kamu akan menjadi imam dalam solat Zuhur di rumah pakcik. Boleh?" Ayah memandang wajah Hafiz sebelum dia tersenyum sedikit.
"Insyallah, boleh pakcik." Dengan nada suara yakin, Hafiz menjawab.
.
.
.
Aku terdiam. Aku bungkam. Sungguh, aku terpana. Suaranya... Sungguh-sungguh membuatkan air mata aku mengalir tanpa dipinta. Bacaan dalam solatnya, beserta dengan bacaan doa selepas solat. Lancar, jelas dan yang paling penting sekali, merdu. Ya Allah, adakah benar ini jodohku? Adakah ini lelaki yang selalu muncul dalam mimpiku?
Seluruh ahli keluarga mengaminkan doanya. Aku dengan pantas menyapu air mata yang telah pun jatuh nembasahi pipi sebelum aku bergerak menyalami ibuku.
"Dia calon yang terbaik adik. Pilih dia sebagai suami" Ibu memeluk tubuhku dengan erat. Daripada suaranya, aku terdengar nada kegembiraan.
Kami meleraikan pelukan sebelum ibu mengusap kepalaku.
"Ibu dan ayah takkan paksa adik. Adik buat pilihan yang terbaik untuk hidup adik"
Aku menganggukkan kepala sebelum tersenyum.
Aku mula bergerak ke arah along. Wajahnya kelihatan tidak ceria. Ada juga biasan risau melalui matanya. Tanpa menyoal, aku hanya menghulurkan tangan, meminta untuk salam.
"Along sayang adik. Pilih yang terbaik bagi adik"
Kata-kata along membuatkan aku sebak. Jarang sekali abang sulungku itu berkata begitu. Walaupun selama ini dia berserta angah sering mengusikku, tetapi mereka sentiasa melindungi aku walau dalam apa jua keadaan.
YOU ARE READING
Takdir Terindahku √
Romance"Apa nama awak?" "Fadhila Aisya Makaila. Awak boleh panggil saya Dhila." "Tapi saya nak panggil awak Aisya" Terdiam aku dibuatnya. Tidak pernah dalam sejarah hidup, ada orang mahu memanggilku Aisya. "Saya minta maaf, tapi saya dah tersuka awak tanpa...