"Macam mana awak boleh rapat dengan Clinton sampai macam tu sekali? Dia cerita masalah dia dekat awak pula tu, padahal awak baru je kenal dia" Wajah Hafiz yang berada disebelah aku pandang.
Setelah berjumpa Naura dan Clinton sebentar tadi, Clinton sempat memberitahu bahawa nanti dia akan call Hafiz untuk belajar berkenaan Islam.
Pelik aku dibuatnya, mereka baru sahaja berjumpa sekali. Dan sebentar tadi merupakan perjumpaan ketiga selepas perjumpaan kedua di kenduri kahwin aku tempoh hari. Gaya mereka seperti rapat.
Aku nampak Hafiz angkat bahu.
"Saya pun tak tahu. Mungkin dia rasa senang dengan saya. Lagipun saya ada bagitau dia yang saya pernah rasa apa yang dia rasa."
Aku memikirkan apa yang Hafiz beritahu aku sewaktu di cafe tengah hari tadi. Daripada tadi lagi aku sudah fikir apa yang dimaksudkan oleh suamiku. Dia pernah rasa apa yang Clinton rasa? Rasa yang mana satu? Rasa sayang dengan orang berlainan agama? Ataupun rasa keliru berkenaan dengan agama?
Perasaan ingin tahu betul-betul membuak ketika ini. Aku ingin merungkai apa yang dimaksudkan oleh Hafiz.
Aku mula turun daripada katil. Aku ingin menanyakan Hafiz. Aku mula melangkah keluar daripada bilik. Satu persatu kaki diatur ke arah ruang tamu. Tadi aku nampak Hafiz dan along sedang bersembang diruang tamu.
Aku mengagak yang mereka masih lagi berbual disitu, dan tekaan aku tepat. Along masih lagi berbual dengan Hafiz. Aku menggelengkan kepala sedikit. Mentang-mentang along dah baik dengan Hafiz, tak menyabar nak bersembang sampai nak mandi pun tak sempat.
"Amboi along, tak mandi lagi? Sayang sangat ke nak buka baju kebanggaan along tu?" Aku mula menyindir lalu aku mendekati Hafiz. Hafiz mengenjakkan sedikit badannya ke tepi, memberi ruang kepada aku untuk duduk disebelahnya.
Aku terus mengambil tempat lalu memandang along yang sedang memandang tajam ke arahku.
"Adik ni kalau tak perli along tak boleh kan?"
Aku hanya tayang muka tak bersalah. Macamlah orang takut dengan dia.
"Mana ada adik perli. Betul apa, along kan selalu bangga dengan adik bila pakai baju polis along tu. Perasan diri hensem la, ramai la orang minat la. Geli adik dengar" Aku membuat gaya hendak muntah.
Sejak daripada awal penglibatan along dalam kerjaya polis lagi dia sudah riak bila memakai seragam lengkap itu. Bukan dekat aku je dia membangga, angah pun dah naik berbulu bila dengan ayat masuk bakul angkat sendiri along tu.
"Dah memang kenyataan. Ramai tau yang cuba nak ngorat along, along je yang tak layan"
Aku membuat muka. Aku dengar Hafiz gelak sedikit.
"Macam lah adik percaya. Pergilah masuk bilik, mandi. Daripada pagi pakai baju tu, busuk tau tak?"
"Along peluk kejap lagi baru tau" Along mula mengugut. Dia acah ingin bangun daripada sofa dan bergerak memelukku.
YOU ARE READING
Takdir Terindahku √
Romance"Apa nama awak?" "Fadhila Aisya Makaila. Awak boleh panggil saya Dhila." "Tapi saya nak panggil awak Aisya" Terdiam aku dibuatnya. Tidak pernah dalam sejarah hidup, ada orang mahu memanggilku Aisya. "Saya minta maaf, tapi saya dah tersuka awak tanpa...