Bab 30

5.8K 332 22
                                        

Aku membuang pandangan ke luar tingkap. Wajah Naura dan Adara yang aku lihat di lapangan terbang tadi bermain di fikiran. 

"Janji dengan aku yang kau akan telefon kitorang kalau apa-apa terjadi"

Sejak ayat itu diungkapkan, aku naik pening. Sepatutnya aku yang cakap ayat itu kepada Naura, tetapi kali ini terbalik pula. Naura yang mengatakan ayat itu kepada aku. Seolah-olah memberi peringatan awal kepada aku. 

Fikiran aku mula melayang kepada perbualan aku dan Naura di telefon tempoh hari. Dia mengatakan bahawa ada sebab kenapa dia tahu yang Hafiz takkan izinkan aku mengikutinya. Jika dia mengatakan bahawa Hafiz risau tentang aku, aku boleh terima... Tetapi dia menyatakan bahawa lambat laun aku akan tahu. Bermakna itu bukanlah sebabnya.

Aku memejamkan mata seketika. Pening kepala aku apabila memikirkan tentang itu. Aku rasa seperti semua orang sedang sembunyikan sesuatu daripada aku. Apa sebenarnya yang tengah terjadi sekarang ini? Kenapa semua orang berahsia dengan aku?

Akhirnya, aku menyandarkan belakang pada seat kereta. Mata aku pejamkan erat. Kepala aku serabut, fikiran aku bercelaru. Aku nak tahu apa yang sedang terjadi, tapi aku tahu Naura, Adara ataupun suami aku sekalipun takkan beritahu aku. Jika tidak, pasti dari awal lagi mereka memberitahu aku. 

Tiba-tiba, aku teringatkan sesuatu. Along. Takkanlah along bersekongkol dengan merek. Aku geleng kepala sedikit. Tak, aku tak rasa macam tu. Along selalunya akan memihak kepada aku. Aku tak rasa yang along bersubahat dengan mereka. Ini bermakna perangai along sewaktu di mall tempoh hari adalah disebabkan perkara lain.

Tangan aku naik memegang kepala aku. Ya Allah, kenapa semakin berselirat? Along berperangai pelik, Hafiz selalu sangat balik lambat daripada kerja, dia juga tak izinkan aku pergi mana-mana tanpa pantauannya, Naura dan Adara pula pergi ke Dubai atas sebab yang aku sendiri tidak tahu. Kenapa semua ni terjadi? Kenapa perlu rahsiakan daripada aku?

"Aisya"

Aku memalingkan kepala ke kanan. Wajah Hafiz yang sedang memandang aku ditatap. Aku pandang sekilas ke arah hadapan sebelum memandangnya semula. Lampu isyarat tengah merah, patutlah dia pandang aku.

"Ya" Aku menjawab panggilannya.

Aku nampak dahinya terkerut sedikit, sebelah keningnya juga terangkat.

"Kenapa ni? Awak ada masalah ke? Serabut je abang tengok dari tadi" Tangannya naik lembut mengusap kepala aku yang dilitupi tudung. 

Aku gerakkan sedikit badan, menghadapnya. Dia dilihat pandang semula ke hadapan dan meneruskan pemanduan apabila lampu bertukar hijau. 

Aku berfikir sejenak. Nak tanya ke tak? Nak tanya ke tak? Kalau tanya belum tentu dia jawab. Kalau tak tanya pula macam mana aku nak tahu?

Aku helakan nafas. Tanya je lah.

"Abang, abang rasakan... kenapa Naura pergi Dubai? Dia kan baru je keluar hospital." Aku mula bertanya. 

Aku nampak dia selesakan sedikit belakangnya sebelum sebelah tangan dilepaskan daripada stereng. Matanya masih tajam memandang hadapan.

"Kenapa awak tanya abang?" Dia menyoal tanpa memandang aku.

"saja tanya, mana tahu abang ada pendapat"

"Abang pun tak tahu sayang. Kenapa Aisya tak tanya dia sendiri? Tanya Dara ke?"

"Saya dah tanya, tapi diorang cakap diorang tak tahu macam mana nak bagitau. Bila saya tanya sekali lagi, diorang cakap lambat laun saya akan tahu. Kenapa eh?" Aku cuba tanya sekali lagi.

Takdir Terindahku √Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang