Assalamualaikum dan selamat malam. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang sudi baca dan sokong cerita Takdir Terindahku. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pembaca yang sudi memberikan komen dan kata-kata semangat kepada saya.
Tujuan saya menghasilkan chapter ini bertujuan untuk menanyakan kepada para pembaca tentang kesampaian cerita ini. Saya berniat untuk menghantar cerita ini kepada syarikat penerbitan, jadi sebelum saya mula edit, saya nak minta pendapat daripada pembaca tentang cerita ini. Jika anda ada ruang dan masa, saya sangat berterima kasih jikalau anda sudi untuk menjawab soalan di bawah.
1. Sejauh manakah cerita ini memberi kesan kepada anda? (Menangis, menjerit, sakit hati, marah, dan lain-lain)
2. Adakah cerita ini layak untuk dihantar kepada syarikat penerbitan?
3. Adakah scene sedih yang berada di dalam cerita ini mampu membuatkan anda mengalirkan air mata?
4. Ada tak bab dalam cerita ini yang hambar dan tidak sepatutnya berada dalam cerita ini?
5. Adakah tahap suspens itu sampai kepada anda?
6. Daripada skala 1-10, berapakah tahap kemarahan anda terhadap Hafiz sewaktu dia meninggalkan Aisya sehinggalah bercerai?
7. Daripada skala 1-10, berapakah tahap kesedihan anda ketika Aisya diceraikan?
8. Daripada skala 1-10, berapakah tahap kesedihan anda ketika Aisya merasa sakit kehilangan Hafiz?
9. Daripada skala 1-10, berapakah tahap kesedihan anda ketika Hafiz sedang tenat?
10. Daripada skala 1-10, berapakah tahap kesedihan anda ketika Aisya pengsan selepas bersalin?
11. Daripada skala 1-10, berapakah tahap kesedihan anda ketika Aisya melawat Naura?
12. Daripada skala 1-10, berapakah tahap kesedihan anda ketika Aisya melawat Hafiz yang terbaring lemah dipukul?
13. Daripada skala 1-10, berapakah tahap kesakitan yang dapat anda rasakan ketika Aisya kemalangan dan ditembak?
14. Daripada skala 1-10, berapakah tahap keeratan persahabatan yang dapat anda rasakan ketika Aisya bersama Naura dan Adara?
15. Daripada skala 1-10, berapakah tahap sweet cerita ini?
16. Daripada skala 1-10, berapakah tahap psycho Kazril?
17. Daripada skala 1-10, berapakah tahap kemesraan Aisya, Along dan Angah?
17. Adakah anda dapat meneka bahawa Emma itu adalah orang suruhan Hafiz?
18. Adakah anda dapat meneka bahawa Hafiz terpaksa meninggalkan dan menceraikan Aisya?
19. Adakah cerita ini mampu memberikan banyak moral dan pengajaran kepada anda?
20. Adakah cerita ini mampu membuktikan bahawa remaja dapat menghasilkan sebuah karya yang mampu berada seiring dengan novel di pasaran luar?
21. Jikalau novel ini dikeluarkan sebagai sebuah buku, adakah anda akan membelinya?
Soalan tambahan
22. Cuba teka berapa umur saya 😂
Terima kasih banyak saya
ucapkan atas kesudian
anda menjawab soalan
diatas. Semoga anda semua
dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala
urusan.
Salam sayang,
Syrfhynsknh ❤️
ANDA SEDANG MEMBACA
Takdir Terindahku √
Romance"Apa nama awak?" "Fadhila Aisya Makaila. Awak boleh panggil saya Dhila." "Tapi saya nak panggil awak Aisya" Terdiam aku dibuatnya. Tidak pernah dalam sejarah hidup, ada orang mahu memanggilku Aisya. "Saya minta maaf, tapi saya dah tersuka awak tanpa...
