Bab 43

5.7K 304 19
                                    

"Sayang!" 

Aku yang baru sahaja menutup pintu tandas terus beralih memandang pintu bilik yang sedang terbuka apabila mendengar suara Hafiz. Tanpa berfikir panjang, aku terus mengatur langkah ke luar bilik lalu dengan penuh berhati-hati aku menuruni tangga. Perlahan-lahan kaki aku melangkah turun. 

Apabila aku sudah hampir ke bawah, Hafiz yang terdengar derapan kaki aku terus laju ke arah aku lalu sisa anak tangga yang bakal aku turun didakinya. Dia memegang aku dengan erat, membantu aku untuk turun. Aku tidak menolak, sebaliknya hanya membiarkan.

Aku melabuhkan punggung di sofa sebelu Hafiz mengambil tempat disebelah. Badan dia hadapkan ke arah aku.

"Kenapa abang?" Aku menyoal dahulu sebelum betulkan kedudukan. Agak tidak selesa dengan kedudukan tadi.

"Kazril, dia ajak sayang keluar esok" nada suara Hafiz kedengaran risau. Aku tahu, susah untuk dia biarkan isterinya keluar dengan lelaki itu.

Wajah aku terus berubah sebelum pantas aku menggelengkan kepala.

"Taknak... Saya taknak keluar dengan dia" suara aku berubah takut. Sungguh aku taknak keluar dengan lelaki psyco itu. Dia betul-betul dah gila. 

Aku bertambah takut dengan Kazril apabila Hafiz menunjukkan gambar rakan-rakannya yang terlantar di hospital akibat perbuatan Kazril. Itupun setelah aku meminta untuk melihat keadaan rakan-rakannya yang sanggup berkorban demi menyelamatkan aku. 

Kazril memang dah melampau. Ramai rakan-rakan Hafiz yang sudah sebulan di hospital. Ada yang patah tangan, patah kaki, luka pada kepala dan yang paling teruk, patah tulang rusuk akibat dipukul dengan kayu. 

Jujur aku menangis ketika melihat gambar itu. Oleh sebab itu Hafiz berat untuk memberi aku melihat gambar kawan-kawannya. 

"Sayang, abang tahu sayang takut... tapi lagi lambat Kazril percayakan sayang, lagi bahaya sayang dan keluarga kita. Abang tak kisah kalau dia nak apa-apakan abang, tapi abang tak nak dia apa-apakan sayang dan keluarga kita" 

"Kenapa abang cakap macam tu? Dia tak boleh buat apa-apa dekat abang. Dia tak boleh apa-apakan suami saya" Aku mula beremosi. 

Aku tak suka apabila Hafiz berkata begitu. Dia seolah-olah sudah tidak kisah tentang diri aku dan anak yang sedang aku kandung. 

Air mata yang baru sahaja mengalir aku kesat dengan pantas. Sekarang bukan masa yang terbaik untuk menangis. 

"Sorry sayang. Abang takkan cakap macam tu lagi. Maafkan abang"  Dia usap pipi aku yang aku kesat sebentar tadi. Pasti dia perasan akan titisan jernih itu jatuh dari mata aku walaupun seketika. 

"Saya nak dia kena penjara cepat. Saya taknak dia buat apa-apa dekat kita, tapi saya takut. Macam mana kalau dia buat apa-apa dekat kandungan ni? Saya taknak hilang anak kita" Aku emosi semula. Hati ibu mana yang tak risau jika nyawa anak berada dalam bahaya. Aku taknak apa-apa terjadi kepada anak ini.

"Dengan izin Allah, abang janji yang abang takkan biarkan dia apa-apakan sayang dan anak kita. Insyaallah, Allah akan sentiasa pelihara kita."

.

.

.

"Aisya, Kazril dekat sana" Emma menunding jari ke arah Kazril yang sedang duduk di atas kerusi berdekatan dengan taman permainan. 

Aku hanya diam tidak bersuara. Jauh di sudut hati, aku sangat takut untuk berjumpa dengannya. Tipulah kalau aku cakap aku dah tak resah dan risau apabila Hafiz berjanji yang dia takkan biarkan Kazril apa-apakan aku. Tak mustahil untuk lelaki psyco seperti itu tidak mengapa-apakan aku. Fikirannya sudah tidak waras.

Takdir Terindahku √Where stories live. Discover now